Startup

HostelHunting, Startup Yang Membantu Pelajar Mencari Rumah Sewa

hostelhunting-bantu-pelajar

Sebagai seorang pelajar Universiti, semestinya kerisauan dalam mencari rumah sewa berdekatan dengan kawasan tempat anda belajar merupakan salah satu perkara yang agak sukar. Tetapi tidak lagi dengan kehadiran Hostel Hunting.

Hostel hunting ini adalah seperti ibilik atau iproperty jika anda pernah guna atau lihatnya sebelum ini. Tetapi keistimewaan hostel hunting ini ialah ia target kepada niche pelajar dan owner rumah. Tiada lagi sebuah website yang betul-betul fokus kepada niche pelajar apabila ia melibatkan mencari perumahan.

Permulaan HostelHunting.com

Bermula pada November 2014 di Malaysia, HostelHunting.com adalah pasaran komuniti digital untuk mencari dan menempah bilik penginapan untuk kemudahan pelajar.

Ia juga membantu pelajar mencari hartanah untuk disewa pada kawasan yang berdekatan dengan kampus universiti mereka.

Laman webnya membolehkan pelajar untuk menapis melalui penyenaraian hartanah yang disahkan mengikut kawasan atau institusi, dan berkomunikasi secara langsung dengan tuan-tuan tanah yang berpotensi melalui cara mesej kepada mereka.

HostelHunting mengambil bayaran perkhidmatan untuk setiap tempahan yang telah berjaya dibuat.

Mereka juga telah menerima sebanyak US$ 500  Ribu pada December 2015 yang terdiri daripada Singapore KK Fund, Japan’s Incubate Fund dan Malaysian’s Cradle Fund untuk membantu mereka untuk berkembang dengan lebih cepat dan meluaskan empayar mereka.

founder-hostel-huntingFounder HostelHunting.com

Sekarang ini 3 negara sudah mereka tembusi iaitu Malaysia, Singapura dan Thailand.

Matlamat besar mereka yang dikenali sebagai BHAG (* Big Hairy Audacious Goal) adalah untuk menyediakan cara yang paling mudah dan paling selamat untuk mencari dan menempah bilik untuk pelajar.

Mereka sentiasa memastikan tuan tanah yang ingin memasukan rumah mereka di dalam website Hostelhunting mestilah menyediakan informasi selengkapnya untuk membantu pelajar yang memilih dapat membuat keputusan dengan baik, seperti gambar, lokasi dan juga peraturan rumah mereka.

Jika anda melihat website ini, pelajar boleh mencari bilik dan unit. Setiap senarai yang ditunjukkan akan disertakan dengan gambar dan keterangan mengenai unit tersebut. 

Dengan adanya Hostel Hunting ini, pelajar tidak lagi perlu risau yang rumah mereka akan diambil oleh penyewa-penyewa yang lain kerana sistem mereka membolehkan pelajar untuk tempah dan pegang penginapan tersebut dengan meletakkan sedikit deposit.

Selepas anda sudah meletakkan deposit, mereka akan memastikan tuan-tuan tanah dan pengendali asrama bertanggungjawab jika ada bilik-bilik tidak sepadan dengan penyenaraian. 

Jadi, jika terdapat percanggahan yang berlaku, para pelajar mampu untuk mendapatkan refund kembali secara penuh. Polisi ini memastikan untuk mereka sendiri sentiasa berhati-hati dalam memastikan servis mereka berada di tahap kelas yang tersendiri.

Kini mereka mempunyai beribu-ribu bilik dan pangsapuri yang telah disahkan tersedia untuk anda.

Dari pemilik asrama dan institusi pendidikan, mereka memastikan ianya dibawa sekali bersama-sama dalam persekitaran yang selamat dan mudah.

Bagaimana Hostel Hunting Berfungsi ?

bagaimana-hostel-husting-berfungsi

Ia Semudah 4 langkah sahaja :

1. Layari laman web mereka di hostelhunting.com

2. Dapatkan nasihat profesional daripada wakil tempahan mereaka

3. Tempah dan lawati bilik sewaan anda mengikut tarik yang telah anda tetapkan

4. Buat keputusan dan buat bayaran tempahan secara online

Semudah 4 langkah untuk anda mula menempah bilik sewaan yang anda inginkan di Hostelhunting.com. Satu iniatiaf yang baik daripada team mereka kerana mewujudkan kemudahan ini. 

Penyertaan mereka di dalam dunia pelajar sangat menepati apa yang pelajar sendiri inginkan iaitu, kemudahan yang mudah, cepat, selamat, boleh dipercayai dan mudah diakses pada bila-bila masa tanpa perlu risau.

Tahniah Hostel Hunting daripada team JobKartel !

Untuk maklumat lanjut :

Website : Hostelhunting.com
Facebook : Hostelhunting

Pendapat anda?

Notice: Undefined variable: logo_output in /home/forge/jobkartel.com/wp-content/plugins/mobile-menu/includes/class-wp-mobile-menu-core.php on line 200
Left Menu Icon