Inspirasi

UNIQLO Mengambil Hampir 30 Pelajar Kelainan Upaya Untuk Bekerja Bersama Mereka

Uniqlo Outlet

Hari ini ramai yang mengatakan mereka yang kurang upaya sukar untuk mendapatkan kerja seperti di kedai-kedai retail jenama Uniqlo, H&M, LOL dan sebagainya. Harini ia sudah berbeza. Di Singapura mereka sudah giat membantu mereka yang kurang upaya untuk mendapatkan pekerjaan.

Ini kisah Saifullah, seseorang yang mempunyai down-sydrome. Secara ringkasnya, Down Syndrom adalah perbezaan dari segi keadaan genetik dan ia bukan dipanggil sebagai suatu penyakit. Saifullah merupakan pelajar tahun akhir di Delta Senior School (DSS) dalam bidang Retail Operations Programme untuk belajar mengenai industri retail.

Program ini mendapat sambutan yang mengalakkan apabila sebuah jenama fesyen Jepun iaitu Uniqlo Singapura membuat kerjasama bersama DSS untuk mengadakan Fashion Retail Training Room untuk pelajar kurang upaya. Mereka akan menjalani fasa pembelajaran kemahiran di dalam suasana yang realiti.

Ia termasuklah kemahiran seperti penambahan produk, paparan produk, dan asas kepada prosedur pembersihan.

“Saya sangat gembira apabila anak saya belajar lebih daripada apa yang saya jangka”- Ibu Saifullah


DSS merupakan salah satu sekolah dibawah jagaan Association for Persons with Special Needs (ASPN).

“Kami sangat percaya dalam memperkasakan mereka ini ia bukan sahaja dapat memberikan mereka satu set kemahiran  tetapi membolehkan mereka mendapat pekerjaan dan menyumbang kepada ekonomi Singapura di dalam sektor retail, ini secara tidak langsung memberikan mereka keyakinan untuk bersaing apabila mereka menghadapi dunia yang sebenar” – Victor Tay, President of ASPN

Retail program adalah salah satu tawaran daripada sekolah berkenaan dalam membantu pelajar bagi mendapatkan kemahiran, dan lagi tiga merupakan di dalam bidang F&B, Horticulture dan Hospitality.

Uniqlo merupakan salah satu organisasi yang memberikan peluang pekerjaan kepada mereka yang mempunyai kelainan upaya. Berita daripada Channel News Asia mengatakan, syarikat berkenaan sudah mengambil hampir 30 pekerja tetap bermula daripada May 2017.

“Sebagai global retailer, kami berada pada posisi yang unik dalam menjalankan bisnes untuk mengubah kehidupan. Salah satu cara kami dalam melakukan ini adalah dengan mencipta peluang kepada mereka yang selama ini telah terlepas pandang oleh masyarakat”- Uniqlo Singapura

“Kami harap ini akan membuatkan mereka merasa lebih dekat dengan masyarakat dengan cara yang lebih mendalam yang memberikan mereka kebaikan pada masa akan datang”

Saifullah merupakan salah seorang yang telah mendapat pekerjaan di Uniqlo dan menunjukkan kualiti perubahan di dalam kehidupan beliau Dari mula-mula hanya mampu memberikan respon “Ya atau tidak”. Lama kelamaan beliau sudah mempunyai penambahbaikan di dalam komunikasi seharian bersama rakan yang lain.

Tahniah Uniqlo Singapura! Ini satu initiatif yang sangat baik dalam membantu kalangan mereka yang kelainan upaya untuk bersama-sama membantu dan menyumbang di dalam ekonomi Negara.

Semoga ini menjadi pemangkin untuk syarikat-syarikat yang lain untuk bersama-sama  memberikan peluang dan membantu mereka yang sebelum ini terlepas pandang oleh masyarakat luar.

Lihat Video dibawah, salah seorang pelajar kelainan upaya, Salim yang telah mengikuti program ini akhirnya dapat berbakti untuk keluarga. Satu tangisan kegembiraan yang tidak ternilai mahalnya kepada keluarga beliau :

Sumber artikel : Channel News Asia

 

 

Pendapat anda?