ujian-personaliti-1

16Personalities.com, Ujian Personaliti PERCUMA Untuk Anda

Untuk mengenali diri sendiri kadang kala merupakan suatu perkara yang agak sukar. Manusia yang sentiasa berbolak balik hati dan perasaanya membuatkan ia suatu yang mencabar untuk dikenalpasti secara teliti. Ia perlukan ruang dan masa untuk mengenali diri kita sendiri.

Personaliti ini amat berkait rapat dengan dunia kerjaya anda pada masa akan datang. Saya berikan contoh, jika dalaman anda sebenarnya ke arah seorang usahawan, tetapi hari ini anda hanya terus menerus bekerja sebagai seorang pekerja makan gaji, ia akan memberikan kesan terhadap hasil kerja yang sedang anda lakukan itu.

Pekerjaan itu tidak datang dari hati, seolah-olah terpaksa rela. Sebab itu sangat penting untuk kenal betul-betul personaliti diri anda untuk menjamin dunia kerjaya yang lebih baik pada masa akan datang. Dengan ujian personaliti di 16personalities.com mungkin dapat membantu anda.

Jangan terperanjat, walaupun yang sudah berumur lingkungan 20-an, masih ramai yang tidak tahu apa kekuatan di dalam diri mereka. Jika anda tidak percaya, cuba anda tanya rakan-rakan terdekat anda yang sebaya tanyakan mereka soalan ini :

“Lepas belajar ni nak buat apa?”

Di dalam 10 orang yang anda tanyakan, semestinya ada beberapa orang yang akan memberikan jawapan seperti :

“Tak tahulah, cari jela kerja kat mana-mana yang dapat esok”

Jika anda ataupun ada rakan-rakan yang masih tercari-cari untuk mengenal pasti kekuatan diri. Mungkin ujian daripada 16personalities.com ini mampu membantu anda. Apa yang perlu anda buat, anda kena jawab kesemua soalan yang diberikan secara jujur dan lihat hasilnya.

Anda sendiri dapat menilai sama ada ketepatan ujian ini terhadap diri anda sendiri. Mungkin hasilnya akan menunjukkan persamaan atau perbezaan terhadap diri anda dan inilah yang perlu di ambil kira untuk “reflect” kembali diri anda semula.

Ada 4 peranan yang dipecahkan di dalam ujian ini, iaitu :

1. Analyts (Intuitive & Thinking)

Analist

2. Diplomats (Intuitive & Feeling)

Diplomats

3. Sentinels (Observant & Judging)

Sentinels

4. Explorers (Observant and Prospecting)

Explorers

Ini antara hasil yang mereka tunjukkan kepada anda, adakah hanya ini hasil keputusannya?

Tidak.

Ia memberikan anda hasil keputusan yang agak teliti dari segi :

– Personality Traits

– Personality Aspects (Mind, Energy, Nature, Tactics, Identity)

– Types Groups (Roles, Strategies)

Dan banyak lagi.

Selepas anda menjawab kesemua ujian yang diberikan dan anda sudah mendapat jawapannya, pastikan anda rujuk maklumat ujian itu disini :

Teori Ujian 16 Personaliti

Penting untuk anda rujuk supaya anda lebih jelas dan faham maksud di setiap hasil keputusan yang anda dapat. Jangan risau, ia tidak susah pun nak faham. Sangat mudah untuk difahami.

Selain daripada ujian personality, apa lagi yang mereka tawarkan ?

Ujian Personaliti-2

 

Ha apa tunggu lagi. Anda boleh mencubanya terus disini :

16personalities.com

 

Umum

Leave a Reply