Umum

Antara Bencana Terbesar Di Indonesia Sepanjang 2018

Tragedi Di Malam Konsert

Sabtu kelmarin 22 Disember 2018, kita dikejutkan dengan berita negara jiran dilanda tsunami sekali lagi namun kali ini ia berlaku di perairan Selat Sunda, Indonesia. Sehingga hari ini, Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) melaporkan bahawa bencana tersebut telah mengorbankan 222 orang, 843 cedera parah dan sejumlah mangsa masih belum ditemui.

Antara Korban Tsunami Bentan (Via : Tribunnews)

Harta Awam Yang Musnah DIsebabkan Bencana Tersebut (Via : Suara.Com)

Dikatakan  punca sebenar Tsunami itu terjadi adalah pergerakkan plat tektonik dan tanah runtuh di dasar air akibat letusan Gunung Anak Krakatoa. Malah pernah dilaporkan juga sebelum ini, gunung tersebut pernah meletus sebanyak 156 kali. Gelombang pasang surut air juga akibat pengaruh bulan purnama turut menjadi punca tragedi tersebut.

Asap Hitam Keluar Ke Permukaan Gunung Anak Krakatoa (Via : Tribunnews)

Terdapat juga video yang tular di mana menunjukkan kumpulan dari seberang iaitu Seventeen yang sedang membuat konsert di Pusat Peranginan Tanjung Lesung di Banten. Di saat sedang mahu menyanyikan lagu, ombak besar datang dari belakang dan terus menghanyutkan kumpulan pemuzik dan para penonton.


Detik Cemas Band Seventeen Dihanyutkan Ombak Semasa Konsert ( Via : Firman Shah)

Vokalis band berkenaan, Ifan dalam keadaan sebak telah mengeluarkan kenyataan bahawa pengurus jelajah Oki Wijaya, pemain bass iaitu Bani atau nama sebenarnya Muhammad Awal Purbani serta gitaris mereka Herman terkorban dalam tragedi itu. Ifan turut menambah bahawa isteri kesayangannya Dylan Sahara masih belum ditemui.

Insiden Besar Yang Melanda Indonesia Sepanjang 2018

Seperti yang kita sedia maklum, ini bukanlah kali pertama Indonesia dilanda dugaan sebegini. Banyak kes yang dilaporkan media sebelum itu nyata menggemparkan semua. Tragedi-tragedi tersebut berlaku secara mendadak tanpa kita tahu masa dan di mana tempatnya.

Di sini kami senaraikan beberapa insiden terbesar yang menimpa wilayah-wilayah di negara jiran kita dalam tahun ini :-

1) Januari 2018 : Gempa Bumi (Lebak, Banten)

Menurut laporan, gempa yang melanda daerah Lebak pada 23 Januari itu telah mengakibatkan kerosakan yang teruk. Gempa yang berkekuatan 6.1 skala Richter tersebut meranapkan hampir 2,760 buah rumah di kawasan sekitar. Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) telah mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu.

Kerugian lebih ratusan juta billion (rupiah) itu turut melibatkan 17 buah bangunan pendidikan, 7 buah rumah ibadat, 6 buah kilang, 2 buah pusat kesihatan dan 63 buah pusat serta kemudahan awam. Lebih malang lagi apabila kejadian ini mengorbankan seorang mangsa iaitu Nana Karyana (40).

Antara Kediaman Yang Musnah

Jalan Raya Yang Rosak Akibat Gempa (Via : Media Indonesia)

2) Februari 2018 : Tanah Runtuh (Brebes, Jawa Tengah)

Setelah beberapa hari hujan lebat, sekumpulan petani yang sedang menuai hasil tanaman padi mereka dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh pada jam 8 pagi itu. Runtuhan lumpur dan batuan itu menimbus para petani dalam sekelip mata.

Insiden yang berlaku pada 22 Februari itu melibatkan keluasan mencapai 16.8 hektar. Dicatatkan bahawa terdapat 5 orang yang maut dan 15 orang cedera. Pencarian mangsa yang hilang dibuat oleh penyelamat termasuk tentera, polis dan sukarelawan tempatan.

Keadaan Tanah Runtuh Dari Puncak Bukit (Detik.com)

Tanah Bercamopur Lumpu Dan Batu (Via : Viva.co)

Antara Petani Yang Terlibat Dalm Tanah Runtuh (Via : Today.Line)

3) Ogos 2018 : Gempa (Lombok, Nusa Tenggara Barat) 

Sekitar jam 6.46 petang, penduduk setempat wilayah Lombok, Nusa Tenggara Barat dikejutkan dengan gempa yang berkekuatan 7.0 skala Richter. Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofiska (BMKG) Indonesia meramalkan bahawa gempa tersebut bakal mengundang Tsunami.

Titik gempa dianggarkan berada pada 8.37 garis Lintang Selatan – 116.48 Timur tepat 18 kilometer barat laut wilayah Lombok Timur, NTB dengan kedalaman 15 kilometer. Kejadian tragis itu ‘membunuh’ hampir 564 orang dan mengakibatkan lebih 1,584 mangsa cedera parah.

Selain itu, kejadian berkenaan turut menyebabkan 42.239 rumah dan 458 unit sekolah yang mengalami kerosakkan.

Ahli Kelurga Melihat Mangsa Yang Terkorban Akibat Gempa (Via : Pusat Krisis)

Salah Seorang Mangsa Gempa Melihat Rumahnya Yang Musnah (Via : Nasional Tempo)

Harta Benda Ranap Akibat Gempa (Via : Detik.News)

4) September 2018 : Gempa (Donggala) & Tsunami (Palu) 

Dalam tahun ini, peristiwa inilah yang paling banyak memakan ‘korban’ iaitu kira-kira lebih 2,113 orang. Akibat bencana itu, jumlah mangsa yang terlibat adalah di kalangan masyarakat sekitar kawasan tersebut. Kota Palu ialah 1,703 orang, Donggala 171 orang, 223 Sigi, Parigi Moutong 15 orang, dan 1 orang Pasangkayu.

Semua ini bermula dengan gempa pertama yang berlaku di Donggala sekitar jam 2 petang dengan kekuatan 6 skala Richter  dengan kedalaman 10 km dari permukan laut. Namun ia tidak berhenti di situ sahaja, gempa yang kedua berlaku 3 jam selepas itu dengan ukuran yang lebih besar iaitu 7.4 skala Richter.

Lebih mengejutkan, beberapa puluh minit kemudian, muncul pula tsunami gergasi dengan ketinggian lebih 6 meter. Mulai dari itu, tsunami dianggarkan kerap kali berlaku gempa susulan tidak kurang dari 13 kali yang berkekuatan 5 skala Richter. Ia dikatakan berpunca daripada pergerakkan plat tektonik dasar laut.

Keadaan Masjid Baitulrahman Setelah Dilanda Tsunami Palu (Via : Theatlantic.com)

Keadaan Di Sekitar Kawasan Perumahan Yang Dilanda Musibah (Via : Sport.Tempo)

Gambar Dari Udara Kawasan Yang Ditimpa Tsunami ( Via : Voiaindonesia)

Indonesia Terletak Di Kawasan Ring Of Fire 

Kawasan Yang Terletak Di Lingkaran Api Pasifik

Mungkin ada yang membuat tekaan sendiri mengapa hanya Indonesia sahaja yang selalu dilanda dugaan sedemikian. Namun kenyataan yang paling munasabah setakat ini adalah kerana Indonesia berada di dalam kawasan Ring Of Fire atau sering disebut sebagai Lingkaran Api Pasifik.

Lingkaran Api Pasifik merupakan kawasan utama dimana banyak gempa bumi dan letusan gunung berapi berlaku. Di kawasan itu juga dianggarkan mempunyai 452 gunung berapi (lebih daripada 75% gunung berapi aktif dan tidak aktif di dunia).

Menurut kajian yang dilakukan oleh Pusat Geologi, kira-kira 90% gempa bumi dan 81% gempa bumi terbesar di dunia sememangnya berlaku di sepanjang Ring of Fire. Bukan itu sahaja, ia juga melibatkan 25 letusan gunung berapi terbesar dunia di tempat itu.

Perkara tersebut disebabkan oleh aktiviti subduksi di bahagian utara. Namun, bahagian selatan lebih berbahaya kerana terdapat sejumlah plat tektonik kecil ‘berselerakan’ dengan plat Pasifik dari Kepulauan Mariana, Filipina, Bougainville, Tonga dan New Zealand.

Aktiviti Subduksi

Malah, ia juga berlaku disebabkan pergerakkan plat tektonik serta pergerakkan dan perlanggaran plat lithospheric. Perlu diingat, kejadian seperti itu, bukan hanya berlaku di Indonesia sahaja tetapi juga di negara-negara yang berada dalam lingkaran tersebut.

Bentuk Plat Tektonik & Kedudukan Plat Lithosphere

 

 

Pendapat anda?
Share: