Bisnes

Tony Robbins Berkongsi 2 Nasihat Kepada Usahawan Yang Sangat Berguna

   Tony Robbins Berkongsi 2 Nasihat Kepada Usahawan Yang Sangat Berguna

Siapa tidak kenal Tony Robbins, kalau anda seorang usahawan, pasti anda kenal siapa dia Tony Robbins. Ini ada 2 nasihat kepada usahawan yang sangat berguna daripada beliau.

Semasa semua sesi latihan peribadi yang dikendalikan oleh Tony Robbins sendiri, beliau mempunyai pengalaman melatih yang melebihi 30 tahun – untuk klien business nya, apa yang dia telah belajar ialah dia perlu belajar untuk buat portfolio sendiri untuk syarikatnya.

Pada bulan september lalu, pemenang bagi satu pertandingan ini berpeluang untuk dilatih secara peribadi oleh Robbins di sebuah resort di Fiji, Namale. Pemenangnya merupakan pengasas kepada sebuah perniagaan online yang berjaya yang telah pun meraih keuntungan yang bernilai jutaan ringgit.  Itu merupakan aras kejayaan bagi kebanyakan orang, setiap usahawan sebenarnya berada di kedudukan yang sangat bahaya di mana akan menentukan nasib mereka dalam business mereka.

Robbins telah pergi ke Fiji untuk luangkan masa bersama pemenang tersebut, dia ada berkata bahawa terdapat 2 perkara asas yang boleh membantunya untuk sesi latihan ini.

1. Beri Keutamaan Untuk Pelanggan Anda, Bukannya Idea Kepada Produk Anda

“Saya boleh cakap yang hanya ada satu jalan sahaja yang boleh bagi anda kejayaan dalam jangka masa yang panjang —  memang nampak mudah tapi itulah hakikatnya,” kata Robbins.

“Ini akan menambahkan lagi nilai anda berbanding orang lain.” Cara untuk anda berbuat demikian ialah dengan cara, anda sendiri kena jatuh cinta dengan pelanggan anda sendiri, bukannya dengan produk anda.

“Jika awak jatuh cinta dengan produk anda, habislah awak,” tambahnya lagi.

Antara kesalahan biasa yang usahawan selalu buat ialah, gagal untuk ketengahkan permintaan pelanggan kerana mereka dah terikat dengan identiti syarikat dan produk masing masing dari mula lagi.

Ini juga termasuklah, mengembangkan brand ataupun membaiki sesuatu yang tak penting sebenarnya boleh jadi perkara yang sangat sia sia.

Ini boleh terjadi sekiranya apa yang anda ingin buat ialah berkenaan dengan market anda dan bukanlah berkaitan dengan hubungan anda dengan pelanggan anda.

“Awak kenalah pandai untuk belajar macam mana untuk tahu lebih banyak lagi ilmu atau strategi daripada orang lain yang lebih tahu,” katanya.

2. Kenalpasti Batas Kawalan Anda Dan Belajar Untuk Atasinya

Sepanjang minggu bersama pemenang yang berjaya dilatih secara peribadi dengan Robbins, kerap kali dia menekankan kepada pemenang tersebut untuk mengenal pasti batas kawalan mereka dan membantu mereka untuk mengatasinya.

Robbins telah menggunakan contoh bermain ski : Anda merupakan seorang pemain ski yang tidak begitu handal yang bermain ski hanya pada kawasan cerun berwarna biru (untuk pemain yang tidak begitu handal) tetapi sewaktu anda meluncur turun ke bawah, anda baru sedar yang anda termasuk ke cerun berwarna hitam di mana cerun untuk pemain yang handal sahaja.

Meluncur boleh dikatakan berbahaya dan boleh menyebabkan anda jatuh jika anda hilang fokus.

Oleh itu anda perlu ada pilihan sama ada untuk fokus sepenuhnya dan cuba untuk keluar dari kawasan tersebut, ataupun meluncur atau berjalan secara perlahan-lahan hingga ke bawah.

Perasaan takut ini merupakan perasaan yang biasa di kalangan usahawan lain yang secara tiba tiba sedar bahawa mereka dikelilingi oleh orang yang lebih berjaya, contohnya seperti usahawan yang telah meraih berjuta juta keuntangan.

Menjalankan perniagaan yang menguntungkan boleh diibaratkan seperti peluncur yang handal yang meluncur di kawasan ski yang berwarna hitam. Kerana mereka sudah pun merasa selesa.

Terdapat banyak faktor sebenarnya, ini boleh menentukan sama ada sesebuah syarikat itu boleh bertahan lama dan mencapai kejayaan masa panjang, tetapi faktor yang paling penting dalam hal ini ialah keupayaan pengasas tersebut untuk menentukan batas kawalan mereka dan bersedia untuk buat lebih baik.

“Keberanian bukanlah sesuatu perkara yang anda tidak takut dengan sesuatu benda, tetapi ia bermaksud sesuatu yang anda takutkan tetapi apa pun anda tetap membuat keputusan untuk terus fokus dengan apa yang anda buat berbanding dengan apa yang anda takutkan dan dari situ lah anda cuba untuk paksa diri sendiri untuk buat lebih baik,” kata Robbins.

Terinspirasi admin baca kata-kata daripada Tony Robbins ni. Bagi yang bergelar usahawan di luar sana. Jangan berputus asa dalam mengejar cita-cita anda.

Biarlah orang di luar sana katakan anda gila dengan idea anda sendiri, yang lebih penting, anda percaya kepada diri anda sendiri yang anda mampu untuk merealisasikannya.

Semoga dengan 2 nasihat kepada usahawan daripada Tony Robbins ini mampu membuka mata anda di dalam perniagaan anda sendiri.

Pendapat anda?
Share: