Kerjaya

Tips Penulisan Resume Yang Boleh Memancing Tawaran Kerja

Mencari pekerjaan pada zaman sekarang bukanlah suatu perkara yang mudah. Dek kerana desakan ekonomi yang mencabar, ramai di antara kita tidak dapat bekerja dalam bidang yang diidamkan.

Lebih-lebih lagi untuk golongan “fresh graduate”. Resume memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan peluang anda mendapat pekerjaan. Kerana di situ lah salah satu cara bakal majikan menilai keupayaan dan kelayakan anda.

Jadi anda perlu belajar teknik yang betul dalam penulisan resume. Dengan resume yang menarik dan berkesan, peluang untuk anda mendapat pekerjaan akan meningkat.

Dalam artikel kali ini, kami tuliskan beberapa teknik untuk penulisan resume yang lebih baik dan berkesan.

Interview Mastery Kit

CERITAKAN SIAPA DIRI ANDA

Ceritakan tentang diri anda dengan ringkas dan padat. Terutamanya kemahiran yang anda miliki, apa yang anda minat harus ada di dalam resume. Ini adalah untuk bakal majikan mendapat gambaran yang ringkas tentang diri anda

GUNAKAN KAEDAH SUSUNAN TERBALIK

Pastikan anda senaraikan pencapaian atau apa yang anda ceburi dalam masa yang terdekat. Majikan lebih berminat untuk tahu pencapaian terbaru anda berbanding perkara yang sudah berlalu lama.

GUNAKAN KEYWORD

Pastikan anda gunakan keyword yang sama dengan “job description” yang majikan inginkan. Sebagai contoh, di dalam iklan majikan mencari pekerja yang mahir dalam penggunaan “adobe photoshop”. Gunakan ini sebagai kelebihan dalam resume anda, dengan menyatakan anda mahir dalam penggunaan “adobe photoshop”. Tapi pastikan anda mahir dalam job “description” yang majikan nyatakan.

LATAR BELAKANG SYARIKAT LAMA ANDA

Untuk menambah lagi kualiti resume anda, selitkan maklumat yang jelas mengenai syarikat lama anda bekerja. Setiap syarikat mempunyai jenis perniagaan yang berbeza. Dengan cara ini, majikan baru akan dapat mengenal pasti kelebihan yang anda ada.

“BULLET POINT”

Untuk memastikan resume anda senang difahami. Ceritakan pencapaian atau perkara lain dalam bentuk “bullet point”. Jika anda menulis dalam bentuk perenggan, ini akan menyukarkan majikan untuk membaca dan menyebabkan resume anda kurang menarik dan berkesan.

“ EYE FRIENDLY”

Pastikan resume anda mempunyai sususan yang “eye friendly”. Dengan sususan yang rumit, ini akan menyebabkan ‘impresion’ yang kurang baik dari majikan. Seterusnya akan mengurangkan fokus dan minat majikan untuk membaca resume anda. 

EDUCATION BACKGROUND YANG PALING AKHIR

Kebanyakan majikan lebih berminat untuk mengetahui pengalaman dan skil anda. Jadi dengan meletakkan ‘education background’ di belakang sekali akan menambah kualiti resume anda. Dengan ini, majikan akan lebih berminat dengan resume anda.

Tak sukar sangat pun nak buat resume yang mampu memukau majikan. Pastikan anda mengikut ‘guideline’ di atas dalam penulisan resume. Kami yakin resume anda akan lebih menonjol dan menarik berbanding resume calon-calon yang lain.

BUAT DALAM FORMAT RESUME INFOGRAFIK 

Pasukan sumber manusia selalunya menerima beratus ratus permohonan dan ini bermakna mereka perlu menyemak beratus ratus resume untuk sesuatu kekosongan jawatan! Resume telah mengalami evolusi dimana resume yang lebih ‘menangkap’ mata akan mudah dipanggil untuk temuduga.

Anda mungkin ada latar belakang dan pengalaman yang hebat, jadi anda perlu pastikan mereka membaca resume anda. 4 daripada 5 pihak sumber manusia yang menyemak resume, lebih menggemari resume infografik berbanding resume lama.

Anda boleh dapatkan Resume Infografik Percuma disini : Resume Infografik PERCUMA

 

 

 

Pendapat anda?