Work Life Balance

Boros ? Ini Tips Tabung Kewangan Yang Berkesan

Wang adalah alat pengganda sifat kita. Jika kita adalah orang baik, wang yang di tangan kita akan digunakan sebagai alat untuk menggandakan kebaikan. Jika kita adalah orang yang tidak baik, wang yang ada di tangan kita akan digunakan untuk membuat kerosakan.

  • Wang perlu diurus dengan baik, ibarat tangki air kita perlu pastikan tiada ketirisan berlaku. Situasi paling biasa adalah kita tahu dari mana duit masuk tapi tak dapat mengesan ke mana duit keluar. Lenyap begitu sahaja. Pernah hadapi situasi sebegitu ?

Saya akan berkongsi tips bagaimana untuk membuat satu guideline untuk mengawal gaji/source of income anda. Kebanyakkan pembaziran yang berlaku adalah kerana tiada perancangan kewangan yang betul dan displin yang longgar

Buat Pie Chart

Gaji anda perlu disalurkan ke tabung tabung yang bermanfaat, ini adalah 6 tabung yang anda perlu buat dan konsisten dalam menyimpan.

 

meta-chart

1. Tabung Keperluan (55%)

Tabung ini adalah untuk menampung perbelanjaan bulanan seperti makan, sewa rumah, kos pengangkutan, internet, duit kereta dan sebagainya.

Jika anda merasakan 55% adalah sikit, hati hati. Anda mungkin mempunyai gaya hidup yang berlebihan berbanding dengan pendapatan anda.

Sesuaikan 55% daripada gaji  dengan gaya hidup anda, jika perlu potong perbelanjaan yang tak perlu potong saja. Jika belum mampu untuk membayar ansuran kereta melebihi RM500, tangguhkan dulu hajat tersebut.

2. Tabung Kebebasan Kewangan (10%)

Anda pasti mempunyai cita-cita untuk memperoleh kebebasan kewangan, kebebasan kewangan adalah apabila anda boleh membuat keputusan tanpa risau tentang tahap kewangan. Apa pun cita cita anda tersebut samada menjalankan perniagaan, melabur di dalam ASB, melabur di Tabung Haji ataupun melabur di bahagian hartanah.

Apa yang anda perlukan adalah simpanan wang apabila anda berhasrat untuk melaksanakannya, ini adalah contoh kiraan jika anda bergaji RM2500 sebulan.

RM 2500 x 10% = RM 250/sebulan

RM250 x 12 = RM3000/setahun

Anda akan mempunyai lebihan wang sebanyak RM3000 setahun yang anda boleh gunakan untuk menjana lebih banyak wang. Ya khaskan tabung ini untuk menjana lebih banyak wang, jika anda mempunyai RM3000 tunai pada hujung tahun. Dimana anda akan laburkannya ?

Kepada rakan yang sedang berniaga ? Ataupun pada tabung haji ? Tak kisah yang penting jangan pada skim yang bukan bukan.

3. Tabung Pendidikan (10%)

Sebagai seorang yang bercita cita tinggi seperti anda, anda perlu kekal relevan dalam apa pun bidang yang anda ceburi. Untuk kekal relevan dan maju dalam kerjaya anda, anda perlu laburkan duit pada ilmu yang bermanfaat.

Anda akan mempunyai lebihan wang sebanyak RM250 sebulan khas untuk pendidikan, laburkanlah pada buku buku, webinar, seminar, kursus ataupun kelas yang berkaitan dengan bidang anda.

4. Joli (10%)

Cari duit penat penat takkan tak boleh nak pakai untuk berseronok langsung ? Mestilah boleh, jika anda bergaji RM2500, anda ada RM250 untuk dibelanjakan.Tabung ini perlu dihabiskan setiap bulan, kerana ini adalah untuk reward kerja keras anda.

Apa yang buatkan anda happy ? Ada yang memilih untuk shopping baju baru, barang make-up dan sebagainya. Apa apa pun pilihan anda yang penting jangan berbelanja lebih daripada RM250

5. Tabung Kecemasan (10%)

Jangan gunakan tabung ini kecuali kecemasan sahaja, dapat gaji terus asingkan RM250 untuk tabung kecemasan dan anggap ia tak pernah wujud. Ini adalah penyelamat anda apabila ada sesuatu yang tak dijangka berlaku.

Jika satu hari kereta anda rosak pada tengah bulan, mana nak cari duit ? Di tabung inilah! Jika suatu hari anda memerlukan wang sebagai wang tebusan rakan anda yang diculik. Boleh juga pakai tabung ni

6. Tabung Sedekah (5%)

Anda akan memperuntukkan RM150 setiap bulan khas untuk bersedekah, sedekah boleh menambah rasa syukur dan membunuh sifat kedekut. Kemana patut anda salurkan tabung ini ?

Jika anda seorang yang gemar membuat transaksi online, anda boleh sumbangkan dana tabung ini pada pemohon di www.Skolafund.com, laman web ini membantu mahasiswa yang menghadapi masalah kewangan dengan menjalankan kempen sponsorship

Anda juga boleh ke laman web www.mvm.org.my , Muslim Volunteer Malaysia yang giat dalam memberi bantuan kepada asnaf

Tabung ini akan berhasil jika anda mampu untuk berdisplin dan menahan nafsu daripada digoda oleh rakan rakan.

Pendapat anda?