Kerjaya

Tips Bagaimana Untuk Menilai Tawaran Sesuatu Kerja

bagaimana untuk menilai tawaran sesuatu kerja

Ini tips bagaimana untuk menilai tawaran sesuatu kerja.

Penilaian tentang tawaran kerja yang anda baru sahaja terima merupakan perkara yang sangat penting, anda perlulah menilai dengan sangat teliti kerana keputusan yang anda akan buat ini sebenarnya akan mempengaruhi masa hadapan anda.

Perkara terakhir yang anda akan buat dengan keputusan terburu–buru ialah menyesali perkara tersebut.

Tapi apapun admin nak beritahu, ini hanyalah sebuah tips yang bukan diboleh pakai oleh semua pihak.

Ada yang minat untuk menjalani kerjaya di dunia startup, jika pilihan anda kearah ini, sememangnya ia lebih mencabar, memerlukan daya tahan kerja yang tinggi serta memakan banyak masa anda.

Terpulang kepada diri anda yang menentukkannya. Okay jom ketahui..

Bagaimana Untuk Menilai Tawaran Kerja

Anda kena tengok secara keseluruhan – dari segi gaji, kepentingan, faedah-faedah serta persekitaran kerja – bukannya slip gaji anda semata-mata sahaja. Anda kena tengok kelebihan dan keburukan yang ada dan ambil masa untuk fikirkan tawaran tersebut.

Kami menyarankan anda untuk sekurang-kurangnya meminta majikan anda sedikit masa untuk anda fikirkan tawaran tersebut terlebih dahulu.

Ini ada 5 perkara yang anda perlu fikirkan dahulu sebelum anda bersetuju dengan tawaran kerja yang diberikan:

1. Hal Kewangan

Duit bukanlah satu satunya perkara yang perlu dipertimbangkan, tetapi, ia merupakan perkara yang agak penting. Adakah anda memang inginkan tawaran tersebut? Jika tidak, adakah anda tidak akan rasa terhina dengan gaji yang anda akan terima nanti?

Adakah anda mampu untuk bayar tunggakan bil anda? Jika jawapannya tidak, tolak terus tawaran tersebut tanpa perlu berfikir panjang.

Pastikan anda dibayar setimpal dengan kerja dan usaha anda, dan yang paling penting anda berpuas hati dengan bayaran tersebut.

Percayalah yang tak ada siapa pun yang akan kekal dengan kerja yang mereka tak puas hati terutamanya tentang hal gaji. Sekiranya tawaran yang anda dapat bukanlah sesuatu yang anda jangka, anda boleh cuba berunding sekali lagi dengan bakal majikan anda.

2. Kelebihan Dan Faedah

Selain daripada gaji, anda juga perlu tengok apa kelebihan serta faedah tentang tawaran yang diberikan.

Kadang kadang, kelebihan yang anda terima juga sama penting dengan apa yang dapat dengan ‘paycheck’ anda.

Sekiranya anda tak begitu pasti dengan kelebihan yang ditawarkan, janganlah ragu ragu untuk bertanya tentang maklumat yang lebih terperinci.

Anda juga perlu mengambil tahu soal insurans kesihatan dan nyawa, jumlah cuti serta program-program yang lain. Tidak salah untuk anda tanya berapa banyak kos yang syarikat anda sediakan untuk pekerja mereka.

Sekiranya ada beberapa pilihan lain yang ada, anda boleh minta salinan tentang plan tersebut supaya anda boleh lihat kelebihan pakej dengan syarikat yang lain.

Ini ada tips tentang macam mana cara untuk menilai plan pencen masa hadapan anda dengan melihat :

  • Perbandingan Kelebihan Kerja
  • Bagaimana Untuk Bandingkan Kelebihan Majikan

3. Jumlah Waktu Kerja dan Travel

Sebelum anda terima tawaran kerja tersebut, pastikan anda faham tentang berapa jumlah anda perlu kerja dan jadual kerja anda. Anda juga perlu pastikan sekiranya anda perlu bekerja di luar kawasan.

Jika jawatan yang anda dapat itu memerlukan lebih kurang 45 atau 50 jam waktu bekerja dalam masa seminggu dan malangnya anda sudah terbiasa untuk bekerja sebanyak 35 jam waktu bekerja sahaja,

Anda boleh jangka yang anda perlu berusaha lebih sedikit untuk pastikan anda dapat bekerja dengan jumlah waktu yang telah ditetapkan.

Anda juga perlu mempertimbangkan masa yang anda habiskan untuk pergi dan pulang waktu bekerja. Adakah banyak masa yang akan terbuang sewaktu anda ulang alik ke tempat kerja serta adakah anda perlu membayar tiket parking?

4. Fleksibiliti Dan Budaya Dalam Syarikat

Selalunya, pekerja yang ada anak kecil ataupun yang tinggal dengan orang tua mereka,mereka ingin jadual kerja mereka lebih fleksibel.

Tapi untuk sesetengah orang, keupayaan untuk memenuhi waktu kerja sebenarnya sesuatu sangat penting. Sebenarnya ianya sangat penting untuk anda berasa selesa dengan persekitaran yang anda akan bekerja nanti.

Ada seorang calon untuk jawatan customer service menyatakan bahawa dia tidak boleh menerima jawatan tersebut, walaupun dengan gaji yang agak lumayan, ini kerana dia perlu meminta kebenaran dahulu sekiranya dia ingin ke tandas.

Jika anda masih tak pasti dengan budaya yang diamalkan anda juga boleh bertanya jika anda boleh luangkan lebih banyak masa dalam pejabat dan cuba bergaul dengan pekerja yang lebih berpengalaman ataupun supervisor.

5. Masalah Peribadi 

Tidak dinafikan bahawa semua orang ada masalah peribadi mereka sendiri. Kadangkala kerja yang bagus untuk awak boleh jadi kerja yang sangat teruk untuk sesetengah orang.

Sebenarnya boleh jadi juga jika anda terima sahaja apa apa jawatan yang bukan pilihan pertama anda hanya disebabkan anda benar benar perlukan ‘paycheck’ tersebut untuk menyelesaikan masalah-masalah peribadi anda.

Ambillah sedikit masa untuk tengok kelebihan dan keburukan sesuatu tawaran itu. Anda juga boleh senaraikan apa yang patut supaya lebih mudah.

Anda juga perlu dengar dan ikut kata hati, jika anda rasa ada benda yang tak kena, jadi lebih baik anda fikirkan terlebih dahulu.

Ingatlah, hidup anda masih belum berakhir jika anda tak jumpa kerja yang sesuai. Siapa tahu anda akan terima kerja yang lebih bagus berbanding sebelum ini.

Jadi, memang tak salah jika anda ambil sedikit masa untuk anda pertimbangkan keputusan untuk terima atau tolak jawatan yang ditawarkan itu, dan lebih baik untuk anda suarakan keputusan anda dalam bentuk penulisan. Dengan cara ini, ia akan kelihatan lebih beradab dan jelas.

Semoga tips bagaimana untuk menilai tawaran sesuatu kerja ini dapat membantu anda memilih kerjaya dengan lebih baik demi masa hadapan anda yang lebih baik.

Pendapat anda?
Share: