Kembara

Terokai Pasar Terapung Di Thailand, Destinasi Yang Wajib Anda Kunjungi Tahun Ini

Terokai Pasar Terapung Di Thailand, Destinasi Wajib Anda Kunjungi Tahun Ini

sumber gambar daripada artwolfe.com

Anda pernah terokai pasar terapung di Thailand? Ramai di antara kita yang belum pernah terokai pasar terapung di Thailand ini. Terdapat banyak lokasi pasar terapung yang anda boleh kunjungi di Thailand. Semuanya mempunyai konsep yang sama tapi sedikit berbeza dari segi keluasan dan populariti di kalangan penduduk Thailand. 

Pasar terapung Tha Kha berada di daerah Samut Songkhram. Perjalanan ke pasar ini mengambil masa lebih kurang sejam dari bandar Bangkok. Berbanding pasar lain yang lebih padat dan ramai. Pasar ini adalah di antara pasar terapung yang paling tenang dan santai yang anda boleh kunjungi.

Kali ini kami akan kongsikan dengan anda maklumat tentang pasar yang menarik ini. Dan juga produk tempatan, makanan yang anda boleh dapati di pasar terapung Tha Kha.

Terokai Pasar Terapung Di Thailand, Destinasi Wajib Anda Kunjungi Tahun Ini

Sebenarnya terdapat banyak pasar terapung di Bangkok, Thailand. Antaranya ialah Khlong Lat Mayom, Amphawa, Talin Chan dan Damnoen Samduak. Di kalangan penduduk Thailand, pasar terapung Damnoen Samduak merupakan pasar paling popular dan padat.

Sekiranya anda mencari pasar yang lebih santai dan mempunyai suasana kampung. Pasar terapung Tha Kha adalah destinasi terbaik untuk anda kunjungi. Kebiasaannya pasar ini beroperasi lima hari seminggu.

Tapi mengikut maklumat penduduk tempatan, ianya kini dibuka pada hari sabtu dan ahad juga. Sehingga ke hari ini, pasar ini masih menjadi tempat untuk orang berjual beli barangan tempatan dan makanan.

Terokai Pasar Terapung Di Thailand, Destinasi Wajib Anda Kunjungi Tahun Ini

Disebabkan pasar ini terletak di kawasan kampung dan jauh dari jalan utama. Cara terbaik untuk ke sana ialah dengan menyewa kereta atau teksi. Sebaiknya anda gunakan khidmat ‘tour guide’ ataupun bertanya dengan penduduk tempatan.

Di sepanjang pasar ini, anda akan dapati ramai peniaga-peniaga yang menggunakan bot sebagai tapak mereka berniaga. Terdapat juga peniaga yang tidak menggunakan bot,menjadikan tebing sungai sebagai kedai mereka. Ada yang menjual sayur, buah dan makanan tempatan.

Ianya bukanlah pasar yang besar, tapi bagi saya terdapat banyak untuk dilihat dan dikunjungi. Dan pastinya pasar ini merupakan lokasi yang tepat sekiranya anda ingin mengelak dari tempat yang sesak dengan pelancong.

Di sini anda akan merasa seperti berada di kawasan kampung dan akan membuat anda merasa lebih santai dan tenang.

Terokai Pasar Terapung Di Thailand, Destinasi Wajib Anda Kunjungi Tahun Ini

Di sini terdapat makanan seperti telur goreng tiram, satay ayam ala thai dan ‘ba mee moo’, ‘khao tom mad’ dan lain-lain. Yang menariknya semua makanan ini dimasak di atas bot. Tapi anda perlu berhati-hati, ada di antara makanan di sini tidak halal untuk Muslim.

Anda juga boleh dapati produk tempatan seperti gula kelapa, minyak kelapa dan juga madu disini. Buah dan sayur segar juga dijual di pasar ini. Kebanyakan peniaga ini menanam sendiri buah dan sayuran. Sudah pastinya anda akan dapati produk disini segar dan berkualiti.

Selain dari makanan, buah dan sayuran. Di sini terdapat juga perkhidmatan untuk menyusuri kawasan sepanjang sungai dan kampung. Anda boleh mengupah bot untuk merentasi kawasan sungai untuk menikmati udara yang segar sambil melihat pemandangan yang menarik.

Saya pasti, sekiranya anda datang ke Bangkok pasti anda tidak akan lepaskan peluang untuk berkunjung ke pasar terapung Tha Kha.

 

Pendapat anda?