Bisnes

5 Teknik Untuk Memulakan Bisnes Dengan Modal Yang Kecil

5 Teknik Untuk Memulakan Bisnes Dengan Modal Yang Kecil

Tak tahu cara nak memulakan bisnes? Bisnes apa yang bagus untuk bermula? Bagaimana memulakan bisnes dengan modal yang kecil?

Ini semua persoalan yang selalu berlegar di minda orang yang ingin memulakan perniagaan.

Tanya lah kepada usahawan yang dah berjaya kebanyakan mereka akan memberikan jawapan yang sama. Bak kata pepatah barat, ”thousand’s miles of a journey starts with a single step”.

Jadi nak tak nak, anda perlu cuba apa-apa bisnes berdasarkan minat masing-masing. Kalau tak cuba mana nak tahu kan ?

Sebaiknya mulakan dengan bisnes yang memerlukan modal yang kecil kerana risikonya kurang berbanding dengan modal yang besar.

Dalam artikel ini kami akan kongsikan beberapa tips untuk peniaga yang ingin memulakan perniagaan dengan modal yang kecil.

MULAKAN SECARA “PART TIME”

Sekiranya anda masih bekerja, jangan terfikir untuk terus berhenti kerja kerana ada di antara anda yang mempunyai tanggungan.

Sebaiknya mulalah perniagaan anda secara sambilan. Dapatkan momentum, ilmu dan kestabilan dalam perniagaan sebelum anda berhenti bekerja.

Mengikut kajian saya, ramai peniaga di luar sana yang mula berniaga secara sambilan. Setelah yakin dengan perniagaan barulah mereka beri 100% fokus dalam perniagaan.

JADIKAN RUMAH “HEADQUARTERS” ANDA

Dengan modal yang kecil mungkin kita tak mampu untuk membeli atau menyewa pejabat. Apa kata anda mulakan bisnes di rumah. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan modal anda.

Ramai juga peniaga-peniaga menjadikan “Starbuck” atau “Coffebean” sebagai pejabat mereka. Kalau di rumah anda boleh “multitasking”, sambil berniaga anda boleh mengemas rumah, menjaga anak dan sebagainya. Mudah kan ??

BELI BARANGAN TERPAKAI

Sekiranya anda sudah mempunyai pejabat. Tak semestinya anda perlu membeli perabot ataupun peralatan yang baru.

Perabot terpakai jauh lebih murah berbanding dengan yang baru dan kadangkala perabot terpakai kelihatan masih baru.

Sudah tentu ini dapat mengurangkan modal anda. Barang elektronik seperti laptop terpakai sudah cukup untuk kita mulakan perniagaan dengan modal yang kecil.

Yang penting semuanya masih berfungsi dengan baik.

ELAKKAN PINJAMAN BANK

Ini sangat penting terutamanya bagi yang baru memulakan perniagaan. Semua bisnes terlibat dengan risiko.

Sekiranya terjadi sesuatu yang anda tidak ingini, sekurang-kurangnya anda tidak menanggung bebanan hutang.

Sekirannya bisnes anda tidak menjadi, anda tidak akan jatuh muflis kerana modal yang digunakan tidak besar.

PILIH PRODUK YANG MUDAH DIJUAL

Lakukan sedikit kajian sebelum memilih produk yang ingin dijual. Pastikan produk yang dipilih mengikut permintaan semasa.

Jika tersalah pilih produk, sukar untuk mendapat keuntungan dan akhirnya anda akan berputus asa.

Semua dari kita tak mampu untuk membina empayar perniagaan yang besar dalam sekelip mata.

Anda harus jadi realistik, dengan tindakan dan kesabaran anda akan merangkul kejayaan. Jangan gementar untuk memulakan perniagaan dengan langkah yang kecil.

Percayalah langkah yang kecil ini akan menjadi berjuta langkah yang pasti akan mencapai kejayaan. Kekalkan bersabar, realistik & tidak putus asa.

 

Pendapat anda?

Notice: Undefined variable: logo_output in /home/forge/jobkartel.com/wp-content/plugins/mobile-menu/includes/class-wp-mobile-menu-core.php on line 200
Left Menu Icon