Umum

4 Teknik Mudah Untuk Mendapatkan Kerja Dengan Cepat Selapas Tamat Belajar

Untuk mendapatkan kerja selepas tamat belajar bukan suatu perkara yang terlalu sukar jika kita tahu bagaimana cara dan teknik yang betul.

Perkara yang benar-benar susah adalah mencari kerja yang anda idam-idamkan. Ia memerlukan masa, usaha dan tenaga yang lebih untuk mendapatkannya.

Ya, membuat resume yang lengkap dan baik merupakan salah satu faktor untuk mendapatkan kerja. Tetapi ia tidak bergantung kepada resume semata-mata.

Ia memerlukan beberapa faktor luar yang boleh menyokong lagi kenyataan-kenyataan di dalam resume anda.

Ini 5 teknik dan cara mudah untuk anda mendapatkan kerja dengan lebih cepat :

1. Mula aktif di dalam media sosial

LinkedIn merupakan perkara pertama yang perlu anda ceburi dan kuasai jika mahu memasuki dunia kerjaya profesional. “Tiada yang istimewa di media sosial, tetapi ia sangat dikenali oleh orang ramai.” 

Itu perkara yang perlu anda sedari. Ia dikenali oleh orang ramai.

Ia memberikan orang lain mampu untuk akses kepada profil, resume, dan kelayakan anda tanpa memerlukan “add friend” anda terlebih dahulu.

Selalunya pihak HR akan membuat kajian secara menyeluruh mengenai calon dimana ia bukan setakat melihat resume anda semata-mata, tetapi mereka perlu mencari tempat untuk akses mengenai diri anda dengan lebih jelas.

Dan media sosial merupakan salah satu tools yang paling mudah bagi mereka untuk mendapatkan maklumat ini. LinkedIn merupakan platform yang paling besar pihak HR gunakan untuk melihat seseorang calon yang memohon kerja.

Tips : Pastikan di setiap resume dan emel anda berikan sekali reference media sosial anda. Mulalah dari sekarang dengan menghiasi content yang baik di dalam media sosial anda untuk memberikan lebih kepercayaan kepada bakal majikan anda.

Interview Mastery Kit

2. Mula Blogging

Dimanakah subjek yang paling baik untuk saya bermula untuk blogging? Gosip, politik atau hiburan? Ketiga-tiga ini kategori haram jika anda mahu mendapatkan kerja dengan cepat.

Apa yang paling penting adalah tunjukkan kepada bakal majikan anda apa yang anda tahu. Ia lebih dari pengetahuan yang anda ada. Post sekurang-kurangnya seminggu sekali. Tetapi pastikan ia satu artikel atau post yang bagus.

Kenapa saya tegaskan artikel yang bagus? Kerana ia dapat menunjukkan kualiti diri anda sendiri kepada bakal majikan anda. Apabila dia klik mana-mana post dan melihatnya sendiri.

Dia akan melihat bertapa bagusnya anda melalui post yang anda hasilkan.

Dengan menulis artikel atau apa sahaja post yang menunjukkan sesuatu yang bernilai dapat menunjukkan kepada bakal majikan anda bahawa “you are good more than a pointer.”

Ia juga dapat menyokong statement-statement yang anda nyatakan di dalam resume. Resume merupakan ringkasan yang padat mengenai diri anda. Blog pula akan mununjukkan kepakaran anda dengan lebih jelas.

Tips : Jika sekarang anda masih lagi belajar. Postkan event/kerja yang anda attend atau sertai dan tunjukkan nilai apa yang dapat melaluinya.

Contohnya disini anda pergi sertai gotong-royong. Mungkin ada perkara-pekara bernilai yang mampu anda kongsikan seperti 5 nilai besar yang saya dapat melalui aktiviti gotong-royong.

Selain daripada ia memberikan semangat kepada orang lain, ia juga menunjukkan anda aware dan belajar sesuatu. Majikan sukakan orang yang sentiasa ada perasaan ingin belajar perkara yang baru.

Jika anda seorang yang sudah habis graduate. Flashback pengalaman lama yang pernah anda lalui dan mula kongsikannya.

3. Sertai Internship

Internship merupakan langkah pertama yang amat baik untuk menuju kerjaya masa hadapan anda  
Dengan internship anda boleh ambil pengalaman yang berharga darinya.

Banyak rakan-rakan HR selalu menasihati bahawa 3 tahun pertama adalah tahun untuk anda kejar pengalaman. Selepas itu barulah cuba untuk mencari kerjaya impian anda.

Tips : Cuba diskus dengan kaunselor atau jika anda sebagai seorang pelajar, jumpa penasihat akademik anda untuk mendapatkan nasihat mengenai perancangan anda untuk melakukan intern pada sekian-sekian masa demi mendapatkan pengalaman.

Disini anda akan mendapat idea dan perancangan yang baik akan disusun atur dengan lebih kemas.

Hari ini semua syarikat demand in experience. Rugi jika anda tidak cuba untuk mendapatkan pengalaman intern terlebih dahulu. Kerana menjadi seorang intern lebih mudah untuk dipanggil kerja daripada tawaran kerja kosong yang ada sekarang ini.

4. Sertai group spesifik niche industri anda

Ini teknik ramai yang tidak ramai yang buat. Ada banyak group sebenarnya yang mengumpulkan individu dari luar yang mempunyai kepakaran yang sama pada satu-satu group.

Cuba anda sertai group-group ini. Contohnya anda belajar bidang fotografi. Anda boleh join group-group fotografi yang ada di media sosial seperti FB dan Linkedin untuk membuat hubungan dengan mereka.

Tips : Pastikan anda aktif di dalam group yang anda sertai seperti menunjukkan hasil-hasil kerja yang pernah anda lakukan dan cuba lakukan diskusi ilmiah di dalamnya.

Di dalam group berkenaan anda akan kenal orang-orang industri anda dan memudahkan lagi anda terdedah kepada mendapatkan tawaran kerja. Lagi menarik, anda berkemungkin di OFFER sendiri oleh individu dalam group berkenaan untuk bekerja di syarikat mereka.

Masih tidak terlambat untuk anda lakukan cara ini. InsyaAllah ianya berkesan untuk memudahkan anda dalam mengejar kerjaya impian anda.

Interview Mastery Kit

Pendapat anda?