Work Life Balance

Tanda-Tanda Pekerjaan Anda Terlalu Membebankan

Okay, tak dinafikan ramai yang akan mengeluh saat jejakkan kaki ke office. Namun ia bukan bermakna kita benci kerja di situ tapi kita rasa penat dan tidak bersemangat untuk melakukannya. Dan tanpa disedari pekerjaan ini sebenarnya membebankan diri kita.

Ini adalah 4 Tanda Pekerjaan Anda Terlalu Membebankan:

1. Tak Sempat Makan

Perkara biasa apabila melihat pekerja yang selalu tidak sempat untuk keluar makan tengahari. Masa seolah-olah amat terbatas dan hanya cukup untuk menyiapkan kerja.

Kadang-kadang kita makan sekadar untuk mengalas perut dan akan rasa lapar semula untuk jangka masa yang lama. Malah, kita sanggup menahan rasa lapar sehingga selesai segala kerja yang ada.

2. Ingatan Semakin Lemah

Kita akan jadi pelupa. Disaat pekerjaan kita makin bertambah, kita akan mudah lupa tentang banyak perkara. Ini kerana beban kerja akan membuatkan seseorang itu stress.

Apabila stress melanda, maka daya ingatan juga semakin lemah. Fikiran yang tertekan sudah pasti tidak elok untuk faktor psikologi. Disebabkan itu, otak kita tidak akan begitu peduli tentang hal lain selain perkara tersebut (hal yang buat kita tertekan). 

3. Kesihatan Sering Terganggu

Mereka yang terlampau sibuk berkerja akan sangat mudah didatangi penyakit. Hal ini kerana sistem kekebalan tubuh kita terganggu akibat dari pola hidup yang semakin tidak terurus. Selain ingatan yang semakin lemah, pekerjaan yang  banyak juga memberikan kesan seperti kepala yang selalu sakit.

Pola hidup yang tidak terurus biasanya disebabkan kerana selalu berfikir akan kerja yang harus diselesaikan. kita akan mula mengabaikan kesihatan dan juga tidak menjaga pemakanan anda. 

Pasti terasa seperti mahu menjerit sekuat hati dan melepaskan segala tekanan yang sedang ditanggung kan?

4. Tiada masa untuk diri sendiri

Jangankan untuk orang lain, waktu untuk diri sendiri saja selalu tidak ada. Ini adalah antara ciri-ciri bahawa kita sedang berhadapan dengan tugas yang terlalu banyak.

Padahal, mempunyai waktu untuk diri sendiri sangat penting supaya kita kembali bertenaga untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.

Apabila kerja terlalu banyak, kita tidak akan mempunyai masa memanjakan diri sendiri. Seolah-olah seluruh waktu hanyalah untuk kerja.

Apalah artinya menerima gaji tanpa dapat menikmati hasil dari gaji tersebut? Otak kita juga memerlukan waktu rehat tanpa perlu untuk memikirkan hal kerja. Oleh itu, ambillah cuti buat seketika waktu untuk pergi bercuti bersama tersayang.

Boleh bekerja tapi jangan sampai membebankan diri. Anda perlu bijak membahagikan masa. Malah, anda juga harus menyesuaikan diri dengan bebanan kerja yang diberi agar sebarang masalah dapat dielakkan semasa menyiapkan kerja-kerja tersebut. 

Pendapat anda?
Share: