Umum

Kenapa Syed Syaddiq Dipilih Sebagai 20 Anak Muda Paling Berpengaruh Di Dunia

Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa Syed Saddiq dipilih sebagai 20 anak muda yang paling berpengaruh di dunia kan? Baru-baru ini Apolitical telah menyenaraikan beliau sebagai antara nak muda yang paling berpengaruh di dunia dalam  “100 Future Leaders: The World’s Most Influential Young People in Government”.

Beliau yang baru berusia 25 tahun merupakan Menteri Belia dan Sukan di Malaysia sekaligus menaikkan nama negara apabila menjadi calon termuda dari Asia selain daripada Menteri Teknologi Maklumat dan Pembangunan Luar Bandar Andra Pradesh di India.

Bagi yang masih belum tahu, Apolotical adalah sebuah organisasi yang ‘mengumpulkan’ semua penjawat awam dan membuat dasar di 140 negara. Ia berpangkalan di London.

Apa Yang Melayakkan Syed Saddiq Dipilih Sebagai Antara Anak Muda Yang Berpengaruh Di Dunia

Calon yang (layak) dipilih berdasarkan perubahan baru yang mampu dibuat dalam karier politik. Hal ini disebabkan oleh pandangan serius pihak mereka terhadap setiap perubahan yang bakal dilakukan oleh pemimpin muda di dunia. Oleh itu, Syed Saddiq tersenarai kerana cadangan beliau yang  mahu menurunkan had umur mengundi ke 18 tahun.

Apolitical menyenaraikan calon yang layak berdasarkan perncalonan dari pemerintah, organisasi antarabangsa seperti Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), OECD , univerti dan perniagaan (syarikat).

Syed Saddiq Anak Muda Berwawasan Tinggi Bervisi Jauh

Beliau sememangnya meminati bidang ini malah pernah menolak tawaran biasiswa bernilai kira-kira RM400,000 untuk melanjutkan pengajian di Oxford University, England demi untuk terus aktif dalam politik. Pengorbanan beliau membuahkan hasil apabila berjaya dipilih sebagai Ahli Parlimen Muar setahun kemudian.

Ahli parlimen yang dilahirkan 6 Disember 1992 tersebut sangat aktif dalam aktiviti debat dan pernah bekerja sebagai pensyarah sambilan dalam bidang pengucapan awam, penyelidik di Bait Al-Amanah dan pelatih debat di UIA dan pasukan debat kebangsaan.

Beliau sangat dikenali sewaktu zaman universitinya sebagai pelajar yang lantang mengeluarkan idea dan pendapat. Malah pernah memenangi Anugerah Penceramah Terbaik di Asia pada Kejohanan Debat Parlimen British Asia sebanyak tiga kali.

Saddiq juga pernah meraih anugerah Pendebat Terbaik (ESL) di kejohanan Australasia, Cambridge dan Oxford Inter-varsities pada 2012-2014.

Saddiq yang merupakan anak bongsu daripada 4 adik beradik memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan pernah belajar Royal Military College (RMC), Sungai Besi. Seperti yang diketahui, RMC adalah institusi pendidikan yang amat mementingkan disiplin.

Oleh itu, beliau terinsiprasi untuk membangunkan belia yang menjadi aset negara dan tanamkan semangat cintakan negara. Beliau juga pernah menjadi Pegawai Penyelidik kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke-7.

 

[BACA : Berapa Gaji Permulaan Untuk Fresh Graduate ]

Pendapat anda?
Share: