Bisnes

Tech-Startups, Sebuah Syarikat Yang Mampu Mengubah Dunia.

Di Malaysia budaya untuk mewujudkan “Tech Startups” semakin berkembang dengan baik, sebelum itu, mesti ramai diantara kita mungkin kurang faham mengenai apa sebenarnya ” Tech Startups” ?

Apa itu Tech Startups?

Tech Startups adalah sebuah syarikat yang bertujuan untuk membawa satu teknologi produk atau perkhidmatan kepada pasaran. Syarikat-syarikat ini menghasilkan produk atau perkhidmatan teknologi yang baru ataupun menyampaikan produk/perkhidmatan yang sedia ada dengan cara yang baru.

Jom tengok antara startups yang berjaya :

  •  Thelorry.com
  •  Piktochart.com
  •  Thevocket.com
  •  Lazada.com.my
  •  Tripovo.com
  •  Uber.com
  •  Grabtaxi.com
  •  Socialwalk.com
  •  Tableapp.com
  •  Skolafund.com

Sebuah Tech Startups adalah satu bisnes model yang secara generalnya, ia adalah perkara yang baru dicipta dan mengalami fasa pembangunan dan penyelidikan untuk melihat sama ada ia sesuai untuk memasuki kepada sesuatu pasaran.

Tech startups merupakan satu syarikat yang mempunyai visi yang besar. Jika dilihat idea-idea mereka yang besar ini mampu memberikan perubahan kepada masyarakat dan bagi orang yang tidak memahami kehebatan kepada syarikat startups, mereka memanggil ia sebagai ” kehebatan sebuah angan-angan di malam hari “.

Tetapi semakin banyak syarikat startups harini yang berjaya, sudah mula untuk melenyapkan persepsi seperti itu.

Fakta yang lebih menarik :

Mengikut daripada statistik yang diberikan oleh STATISTA , individu-individu yang mewujudkan startups ini majoritinya adalah lelaki yang cuba untuk manopoli pasaran dunia.

Visi mereka sungguh besar. Kajian baru-baru ini, firma VC First Round Capital, Tesla dan SpaceX boss, Elon Musk dinamakan sebagai individu pemimpin teknologi yang paling dikagumi sebanyak 23% daripada 700+ pengasas startup yang telah dikaji.

Ia mengatasi CEO kepada Amazon iaitu Jeff Bezos sebanyak 10% dan pemegang sosial media dunia iaitu pengasas Facebook, Mark Zuckerberg (6%). Populariti Musk memang tidak boleh disangkal, lihat gambar dibawah.

Apa yang dia buat?
Dia memegang kepada satu topik yang besar itu mengkaji tenaga alternatif dan penerokaan angkasa. Dia mempunyai sikap yang sangat terbuka mengenai sesuatu yang dia percaya.

Tahukah anda, pada tahun 2012, syarikat SpaceX miliknya menjadi kenderaan komersial yang pertama di dunia yang menghantar bekalan-bekalan ke Stesen Angkasa Antarabangsa. Boleh pergi sini untuk lihat kejayaan Elon Musk.

Apa yang lagi menarik untuk tech startups ini, majoriti CEO kepada syarikat startups merupakan seorang lelaki.

Pada kajian yang sama menunjukan 23% daripada responden wanita menyatakan “kekurangan role model ataupun mentor” merupakan salah satu punca utama mengapa ramai wanita tidak menjadi pemacu utama dalam tech startup dan menjadi minoriti di dalam bidang ini.

Seorang wanita yang sangat dikagumi sebagai seorang pemimpin teknologi adalah Sheryl Sandberg, COO Facebook yang mempunyai 1% responden.

Suka artikel ini ? Share kan kepada rakan Facebook anda.

 

Pendapat anda?