Startup

Startup Ini Mudahkan Tajaan Untuk Pelajar IPT

Mudahkan Tajaan Pelajar IPT Dengan Sumbangan Orang Ramai

Tatkala bajet bantuan dan tajaan pelajar IPT yang layak dikurangkan dan kos sara hidup yang makin mendesak dan mencengkam, demi melihat lebih ramai para cerdik pandai yang bakal mewarisi negara tidak terputus bekalannya. 

Startup ini, Skolafund.com hadir dengan memberikan solusi dengan cara mereka sendiri. Laman web Skolafund.com ini memudahkan tajaan untuk pelajar IPT yang kurang berkemampuan. 

Pemohon yang layak perlu memohon di laman web mereka, dan mereka yang layak akan diberikan campaign mereka sendiri. Campaign ini adalah bertujuan mengumpul dana yang mereka perlukan.

 

skolafund-tajaan-pelajar-ipt

Setiap campaign akan lengkap dengan ;

  • latar belakang pelajar
  • maklumat diri
  • jurusan
  • berapa jumlah yang diperlukan dan tujuan
  • aspirasi dan cita cita pemohon 

Setiap campaign mempunyai tempoh masa tertentu bagi memberi ruang kepada pemohon lain.

Sukar untuk tidak berasa sebak apabila membaca cerita dan latar belakang pemohon. Platform yang disediakan Skolafund.com ini memberikan jalan alternatif yang lebih pantas dan kurang karenah birokrasi berbanding tajaan yang selalunya perlu menghadapi pelbagai proses.

skolafund-tajaan-pelajar-ipt-1

 

Orang ramai boleh turut serta dalam menyumbang kepada usaha alternatif ini, hanya semudah klik pada perbankan online dan anda mungkin telah menyelamatkan masa depan aset negara.

Kongsikan info ini kepada seramai yang boleh supaya lebih ramai yang akan mendapat manfaat dari usaha murni ini

Pendapat anda?