Kerjaya

3 Soalan “Favourite” Ketika Temuduga Oleh CEO Syarikat Yang Bernilai $36 Billion Ini

soalan-ketika-temuduga-yang-suka-ditanya

Bagi yang pernah mengalami situasi hadir ke sesi temuduga berulang kali, mesti anda mempunyai pengalaman yang berbeza ketika sesi temuduga.

Salah satu perbezaanya mestilah dari segi soalan yang ditanya. Tetapi jika anda dapat lihat “trend” kepada soalan yang ditanya, ia membawa kepada maksud yang sama.

Cumanya ada beberapa soalan berbeza yang dituju khas untuk keperluan syarikat.

Disini admin nak share, CEO kepada INTUIT, Brad Smith yang mengendalikan syarikat finance and business software yang bernilai $36 Billion ini membawa pendekatan yang berlainan di dalam pertanyaannya ketika temuduga calon.

Beliau berkata, dua ciri utama yang dilihatnya dalam diri calon adalah, perasaan ingin tahu secara intelektual dan seseorang yang merendah diri.

Bila ditanya, kenapa beliau melihat dua ciri ini sebagai perkara utama dalam syarikat?

Brad Smith menjawab,

“Kita perlu sentiasa belajar dan berkembang dan kami percaya pemain yang membuat pasukannya menjadi hebat lebih bernilai daripada hanya seorang pemain yang hebat.”

Smith suka tanya 3 soalan personal yang beliau rasakan ia sebuah soalan yang menarik untuk ditanya kepada calon temuduga.

Beliau memberitahu, dengan soalan ini, ia mampu membuatkan beliau lebih nampak dan memahami adakah calon tersebut sesuai atau tidak untuk bekerja di syarikat Intuit ini.

Ini 3 soalan tersebut :

1. “Bawa saya melalui perjalanan hidup anda dan tonjolkan 2 atau 3 peristiwa yang berlaku dalam hidup yang membentuk diri anda sebagai seorang manusia seperti harini”

Soalan ini sebenarnya ditujukan kepada calon adalah untuk melihat sejauh mana ketulusan seseorang calon dalam menceritakan kehidupan mereka.

Kata Smith : “Ini bukan sebuah soalan yang saya ingin dengar cerita mengenai sebuah perkembangan karier atau memberitahu saya semua pekerjaan yang telah anda miliki sebelum ini,

Tetapi ini soalan mengenai, beritahu saya bagaimana anda membesar dengan keluarga anda dan apakah peristiwa yang telah membentuk anda untuk menjadi seperti hari ini”.

Bila ditanya Smith, kenapa soalan personal seperti ini penting untuk beliau tahu? Smith menjawab,

“Those three things shaped how I view life”.

2. “Apakah kesilapan terbesar yang pernah anda lakukan dan apakah yang telah anda pelajari darinya?”

Dengan soalan ini, Smith memberitahu dia sedang mencari seorang calon yang jujur untuk mengaku kesilapan yang telah mereka lakukan.

Dan kenapa beliau mahu dengan apa yang calon telah pelajari darinya adalah kerana beliau berharap adakah calon tersebut boleh melihat kesilapan itu sebagai sebuah pembelajaran untuk terus mereka terus berkembang ataupun sebaliknya.

Dengan jawapan dan ulasan yang diberikan mengenai apa yang telah calon pelajari darinya ia dapat menunjukkan bagaimana seseorang calon itu melihat kesilapan tersebut dengan gambaran yang lebih besar.

Adakah dengan melihat ia sebagai satu penyesalan semata-mata atau mampu melihat ia sebagai satu bentuk nilai pengajaran yang mampu memberikan impak dan kesan positif kepada diri calon tersebut.

Soalan ini tahapnya agak tinggi, ia mencabar seseorang  calon itu untuk melihat kematangan dalam mereka berfikir dan melihat sesuatu perkara tersebut.

3. “Mengapa Tidak Intuit?”

Sebagai penutup soalan ketika temuduga, Smith suka untuk merangkumi keseluruhan soalan dengan sebuah soalan yang sukar seperti ini.

Katanya, “Jika mereka hadir untuk Intuit, daripada saya tanya mereka mengapa mereka mahu bekerja disini, saya lebih suka tanya, Kenapa tidak?”

“Soalan ini dapat menunjukkan saya bagaimana keberanian seorang calon itu untuk memberitahu saya perkara-perkara yang mereka akan bergelut dalam membuat keputusan tersebut, ini akan memberikan saya peluang untuk cuba membantah dalam situasi tersebut”.

Anda faham tak apa maksudnya kepada soalan ini?

Maksudnya, apa sebab yang boleh anda kemukakan kepada Smith untuk beritahu kepada beliau bahawa syarikat INTUIT bukan tempat untuk anda pilih sebagai tempat pekerjaan baru anda.

Jika anda menjawab seperti, “Saya melihat budaya dalam syarikat ini tidak seperti syarikat multi-billion yang lain”. Disini Smith akan membantah dan melihat bagaimana reaksi anda selepas itu.

Pendekatan Smith agak berbeza dan soalan-soalannya sangat menarik untuk dipelajari dan diteliti. Jika anda sebagai seorang yang akan menghadapi sesi temuduga esok, pastikan anda kenal dan belajar mengenai syarikat yang akan anda mohon itu terlebih dahulu. 

Menarik kan 3 soalan ini? Berbeza syarikat, berbeza pendekatan soalannya.

Tapi sebenarnya, soalan-soalan ini ditanya kepada calon bukan mereka suka-suka untuk tanya tetapi untuk memastikan calon yang menjawab itu merupakan seorang calon yang betul-betul layak untuk syarikat ambil untuk menjadi sebahagian daripada ahli pasukan.

Kerana anda perlu tahu, proses untuk hiring seseorang calon masuk ke dalam syarikat ini sangat sukar dan mencabar untuk mana-mana syarikat sekalipun.

Ia memerlukan kos yang tinggi, tenaga dan masa untuk mendapatkan calon yang benar-benar layak untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.

Pendapat anda?

Notice: Undefined variable: logo_output in /home/forge/jobkartel.com/wp-content/plugins/mobile-menu/includes/class-wp-mobile-menu-core.php on line 200
Left Menu Icon