Umum

Skydiving, Perkara Wajib Yang Perlu Ada Dalam Wishlist Anda.

Assalamualaikum,

Hari ini anis nak kongsi pengalaman yang amat berharga dalam hidup anis. Untuk kali pertama dalam hidup, anis telah buat “skydiving” di Cairns,Queensland,Australia.

1)Apa itu “Skydiving”?

“Skydiving” ialah sukan terjun dari kapal terbang pada ketinggian yang sederhana atau tinggi dan bebas-jatuh dan menggunakan tubuh seseorang untuk mengawal arah atau pergerakan sebelum membuka payung terjun seseorang.

Kalau nak buat “skydiving” ini, kita boleh pilih berapa ketinggian yang kita nak. Ianya terdiri daripada 6,000, 10,000, 14,000 dan 15,000 kaki dari permukaan tanah.

Lagi tinggi lagi mahal cerita dia. Oleh sebab mengikut bajet, anis telah pilih pakej 14,000 kaki, tinggi kan?

2) Harga aktiviti Skydiving

Standard harga untuk “skydiving” selalunya lebih kurang dalam $300++aud (RM1000++) tapi itu tidak termasuk video dan gambar. Jika termasuk video dan gambar, mereka akan cajs lebih kurang dalam $129(RM425).

Pada hari itu, anis telah pilih pakej 14,000 kaki termasuk video dan gambar. Ini adalah kerana mereka tidak memberi kita membawa Gopro kita sendiri, mereka yang akan rakam dan tangkap gambar kita. Harga keseluruhan untuk “skydiving” ialah $424 aud (Rm1412).

Sebelum nak buat “skydiving”, kita kenalah “booking” terlebih dahulu kerana mereka hanya mengambil beberapa orang sahaja untuk aktiviti tersebut.

Nama pun “tandem skydiving”, bermakna akan ada penerjun yang professional mengawal payung terjun untuk kita.

Kita tidak perlu buat apa-apa, hanya menikmati pemandangan dan terjun dari kapal terbang itu. Memang AWESOME ! Bagi anis, ianya tak setakut yang anis sangka.

Sebab anis tak gayat dengan ketinggian dan kalau diberi peluang, anis teringin buat lagi sekali mungkin di Dubai. Insha-Allah.

Syarikat SKYDIVE ini ada seluruh dunia, kalau nak skydiving boleh Google “Skydive in Australia, New Zealand, Dubai dan sebagainya”

Dalam keseronokkan lakukan aktiviti ini, ada beberapa perkara yang saya belajar darinya.

3) 3 perkara saya belajar dengan melakukan Skydiving 

1) Jangan takut untuk berimpian besar kerana setiap impian itu pasti akan jadi kenyataan jika kita benar-benar mahukannya. Impian itu mestilah impian yang tinggi dan besar !

Agar kita akan berusaha lebih keras untuk mencapainya dan jadikannya satu realiti yang nyata. Dulu, anis selalu berangan-angan yang satu hari nanti anis dapat melakukan “skydiving” di Cairns dan alhamdulilah ianya menjadi kenyataan.

Biarlah orang nak cakap apa tentang impian kita, biarlah angan-angan itu kekadang amat sukar untuk kita kecapi. Tapi, kita haruslah beringat yang kekuasaan Allah itu tiada tolak tandingannya.

Jika Dia berkata Kun Fa Ya Kun, maka jadi, jadilah…Tiada siapa yang dapat menghalangNya menjadikan impianmu satu kenyataan.

2) Di muka bumi ini, setiap orang ada kelemahan dan kelebihan. Tapi, kadang-kadang kelemahan itu mampu berubah menjadi kelebihan kita.

Jangan takut dengan kelemahan yang kita ada! Jadikan kelemahan itu satu langkah untuk kita memperbaiki diri kita.

Anis tak pernah naik roller coaster sepanjang umur 23 tahun sebab saya rasa saya ni gayat dengan ketinggian. Tapi selepas mencubanya dan melawan ketakutan itu, barulah saya sedar yang saya tidak langsung gentar ataupun gayat.

Semenjak itu, saya mula berkobar-kobar untuk melakukan “bucket list” yang seterusnya iaitu “skydiving”. Jika saya boleh, anda mesti boleh !

3) Jangan takut untuk melangkah lebih jauh daripada orang lain. Kita sebagai generasi Y seringkali berasa selesa dengan gaya hidup kita dan gentar untuk melangkah lebih jauh.

Ini kerana kita selesa berada di dalam “comfort zone” kita sendiri dan tidak ingin melakukan apa-apa perubahan.

Mari kita menukarkan “comfort zone” itu kepada “combat zone” kita ! Marilah kita keluar daripada zon yang selesa dan cuba untuk menghadapi segala rintangan dan cabaran yang akan datang.

Jangan gentar dan takut! Ini adalah satu permulaan untuk kejayaan anda yang akan datang. Insha-Allah semuanya akan dipermudahkan 🙂 

 

Pendapat anda?
Share: