Umum

4 Situasi Panas Yang “Dibuat-Buat” Ketika Sesi Temuduga

Situasi panas, ia merupakan perkara menarik untuk dikongsi kepada anda semua. Jarang orang tidak mengetahui mengenai perkara ini. Ada beberapa ‘trick’ kadangkala panel temuduga lakukan ketika membuat sesi temuduga.

Perkara-perkara seperti ini jika anda tidak ‘alert’, ia akan menenggelamkan anda ke dasar laut dan seterusnya meletakan anda calon ‘tidak layak’ untuk bekerja di syarikat tersebut.

Lihat 4 situasi yang selalu “dibuat-buat” oleh panel temuduga :

1. GAYA

  • Formal
  • Tidak Formal

Dua perkara ini anda perlu bijak mengimbanginya, kerana ada beberapa ketika suasananya begitu formal dan anda perlu menjadi formal dan ada masanya ianya kelihatan santai dan anda perlu menjadi seorang yang kelihatan sedikit santai.

Suasana ini dibuat untuk melihat anda sama ada mampu untuk ‘adapt’ kepada suasana sekeliling yang berlaku kepada diri anda.

2. SIKAP

Panel temuduga akan bermain beberapa situasi untuk melihatkan bagaimana sebenar-benar sikap anda, contohnya jika anda mendapati dan merasakan perkara ini berlaku, hati-hati dan cepat- cepat untuk bertindak mengikut kesesuaian suasana. Antaranya :

  • Ia akan membuatkan anda rasa seperti ada yang tidak kena.
  • Buatkan anda rasa bosan.
  • Melakukan suasana yang membuatkan anda kurang selesa.
  • Membuatkan anda rasa terganggu dan hilang fokus.
  • Bermain emosi dengan soalan-soalan yang bole menekan anda.   

3. GANGGUAN KECIL

Ini juga pernah berlaku dimana ada beberapa perkara yang direka untuk melihat bagaimana anda bertindak balas dengan keadaan sebegitu. Ingat, kuncinya adalah menunjukan profesionalism setiap apa yang berlaku. Contoh gangguannya :

  • Ada seseorang datang ke bilik temuduga anda
  • Mereka pelawa kopi semasa temuduga nak mula
  • Keluar masuk bilik ketika menemuduga anda
  • Main laptop atau handphone semasa temuduga
  • Jawab telefon / berbual dengan orang lain 

4. TEKANAN

Kadang-kadang mereka tidak perlukan test yang specifik untuk melihat sejauh mana ’emotional intelligent’ anda. Mereka cuma adakan sedikit tekanan sahaja sudah dapat kenal pasti sejauh mana EQ anda.

Kalau anda pernah lalui perkara ini atau akan lalui, tenang sahaja dan jangan cepat melatah. Antaranya :

  • Lewatkan sesi temuduga
  • Sengaja tanya soalan tricky untuk buat anda rasa gementar
  • Buat anda tertunggu-tunggu
  • Sengaja adakan statement negatif untuk melihat bagaimana anda respon dengannya
  • Sengaja buat tergesa-gesa
  • Melihat anda dengan merenung untuk membuatkan anda tidak selesa

Ini antara perkara-perkara yang kadangkala dilakukan oleh panel temuduga. Kerana apa? Ini penting, orang yang boleh mengawal EQ nya adalah seorang yang hebat !

Mampu bekerja dalam tekanan yang tinggi dan dapat menyesuaikan diri dengannya merupakan individu yang dicari untuk semua syarikat.

Jika anda mempunyai latar belakang bijaksana sekalipun, jika anda tidak mahir mengawal EQ. Antara anda berhenti kerja dahulu, ataupun anda diberhentikan.

Anda mahu yang mana ?

Pendapat anda?