Umum

Google Translate Semakin Relevan Dengan Bantuan Sistem Neural Machine Translation

Google Translate Semakin Relevan Dengan Bantuan Sistem NMT

Rata-rata mereka yang inginkan sesuatu penterjemahan bahasa akan menggunakan aplikasi Google Translate untuk membantu mereka mendapatkan penterjamahan bahasa yang diinginkan.

Tahun 2017 merupakan tahun Ke-11 Google Translate diwujudkan.

11 tahun lepas mereka bermula  hanya perterjemahan 2 bahasa sahaja dan harini ia telah menjangkau kepada 103 bahasa. Daripada ratusan pengguna kepada ratusan juta pengguna.

Kini mereka telah meningkatkan kemesraan penggunaan Google Translate kepada tahap yang lebih baik dimana ia telah beralih daripada sistem “Statistical Machine Translation” kepada penterjemahan sistem “Neural Machine Translation” (NMT).

Google telah memulakan projek menggunakan Neural Machine Translation ini pada September 2015 dengan teknologi Tensor Flow nya yang tersendiri.

Pada September 2016, terjemahan Bahasa Cina kepada Bahasa Inggeris menggunakan sistem NMT ini telah dilancarkan.

Malaysia merupakan antara bilangan pengguna Google Translate yang paling tinggi di dunia.

Disebabkan itu Bahasa Melayu dijadikan antara bahasa yang terawal di masukan penterjemahan menggunakan sistem NMT ini. Sekarang ia telah menyokong hampir 77 bahasa setakat ini.

Terjemahan NMT ini merapatkan jurang antara terjemahan berasaskan frasa dan terjemahan manusia.

Kini mereka telah memindahkannya ke model multi-bahasa, dimana sistem ini mempelajari terjemahan untuk pelbagai bahasa. Ia mencari dokumen yang selari di website untuk dua bahasa yang berbeza dan kemudiannya memecahkannya ke dalam ayat.

NMT dapat menterjemah sesuatu ayat dengan lebih menyeluruh berbanding dahulu yang hanya terjemah mengikut frasa. Maka sesuatu penterjemahan itu akan lebih baik dan mudah difahami dari segi konteks ayatnya.

Google-Translate-Malaysia-1

Selepas ini, bagi anda yang masih  bergelar sebagai pelajar nak buat sesuatu assignment, ia mungkin dapat membantu dan memudahkan anda dalam membuat sesuatu tugas assignment yang telah diberikan.

Kalau dahulu mungkin tidak boleh guna langsung sebab ayat terjemahnya akan menjadi tunggang terbalik dan sukar difahami.

Kini sistem terjemahan Google Translate melalui sistem NMT akan menjadi terjemahan yang lebih tepat dan releven untuk digunakan.

 “Pada mulanya kami menjangkakan projek ini memakan masa selama 3 tahun. Bagaimanapun dalam tempoh lebih kurang 13 bulan setengah, kami telah berjaya melancarkannya” Kata Melvin Johnson, Research Scientist Enggineer at Google yang merupakan salah seorang yang terlibat dalam projek ini.

Admin nak kongsikan juga 5 fakta yang anda tidak tahuu mengenai Google Translate :

1. Terjemahan dokumen

terjemahan-dokumen

Anda boleh mendapatkan terjemahan terus sesuatu dokumen dengan menakan butang “translate a document” Seperti ditunjukkan gambar di atas.

2. Terjemah laman sesawang kepada apa jua bahasa

terjemahan-website

Taip website URL yang anda inginkan terjemahannya ke dalam “translation box” dan pilih bahasa yang anda inginkan.

Selepas itu anda perlu klik link di bahagian result yang telah dikeluarkan. Link itu merupakan link website yang telah diterjemah bahasanya secara keseluruhan.

3. Bercakap untuk dapatkan terjemahan

Cakap-untuk-terjemah

Sekiranya anda tahu bagaimana untuk menyebut sesuatu perkataan yang ingin diterjemah tersebut tetapi tidak tahu bagaimana untuk menulisnya, anda boleh menyebutnya terus kepada Google Translate

Klik pada ikon mikrofon di sudut kiri untuk menghidupkan input ucapan, dan mulakan percakapan anda.

4. Mendengar ungkapan sesuatu bahasa

dengar-terjemahan

Jika anda susah untuk menyebut sesuatu perkataan tersebut, anda juga boleh mendengar dengan menekan butang “speaker” untuk mendengar bagaimana ayat tersebut di ungkapkan dengan cara yang betul.

5. Simpan Terjemahan

simpan-terjemahan

Jika anda ingin menyimpan sesuatu ayat atau terjemahan, anda boleh Sign In kepada akaun gmail anda selepas itu tekan butang “Star” untuk menyimpan terjemahan yang anda inginkan.

Anda juga boleh export kesemua ayat-ayat yang pernah anda save menggunakan Google Sheet.

Sekarang kemudahan Google Translate dapat memudahkan lagi anda yang bergelar pelajar untuk melakukan sesuatu tugasan assignment yang telah diberikan. 

Tetapi perlu diingat, ia bukan tempat untuk anda ambil kesempatan. Gunakan aplikasi ini sebaik-baiknya supaya anda bukan seorang pelajar yang dikenali sebagai pelajar “copy-paste” sahaja.

Di Universiti adalah masa yang paling tepat untuk sebarang persediaan anda apabila melangkah kepada dunia pekerjaan esok.

 

Pendapat anda?

Notice: Undefined variable: logo_output in /home/forge/jobkartel.com/wp-content/plugins/mobile-menu/includes/class-wp-mobile-menu-core.php on line 200
Left Menu Icon