Startup

Pengurusan Sumber Manusia, Semuanya Mudah Dengan Kakitangan.com

Pasukan kakitangan.com

Pengurusan sumber manusia ataupun dalam Bahasa Inggeris nya dipanggil sebagai Human Resources (HR) merupakan satu jabatan dimana semua syarikat memilikinya.

Antara skop kerja seorang HR meliputi aktiviti-aktiviti perancangan tenaga manusia, proses pengambilan dan pemilihan, mengurus gaji dan faedah para pekerja, menyediakan latihan spesifik untuk pembangunan kakitangan serta apa sahaja yang melibatkan perhubungan yang melibatkan syarikat.

Tuntutan perbelanjaan atau expense claims boleh menjadi rumit sekiranya tanpa sistem yang betul dan baik. Banyak Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) masih lagi menggunakan borang kertas untuk pekerja memohon claim sambil dilampirkan resit perbelanjaan.

Cara ini mempunyai kelemahannya. Contohya, ,jika borang tersebut hilang sebelum sampai ke manager, pekerja mungkin diarah membuat permohonan baru dan ia akan membawa kemungkinan sesuatu pembayaran itu akan menjadi lewat.

Bayangkan, dengan teknologi ini, proses tuntutan perbelanjaan boleh lebih cekap lagi di mana pekerja boleh ambil gambar resit melalui kamera dalam telefon mereka dan muatnaikkan ia untuk membuat tuntutan secara online.

Manager atau majikan pun boleh meluluskan tuntutan tersebut secara online. Ini adalah salah satu sistem baru yang dilancarkan oleh Kakitangan.com. Ada satu lagi produk berkenaan sumber manusia/HR juga sama dilancarkan. 

Apabila dilihat ruangan skop kerja ini, mana-mana syarikat yang tidak mempunyai jabatan pengurusan sumber manusia akan cenderung mengalami masalah yang melibatkan urusan dalaman dan luaran sesebuah organisasi. 

Cabaran menjadi seorang pengurus sumber manusia hari ini semakin mencabar dan berubah mengikut kepesatan teknologi yang bergerak pantas membuatkan jabatan seperti ini perlu bertindak kepada peringkat yang lebih tinggi.

1. Kewujudan Kakitangan.com

Kakitangan.com merupakan platform dalam talian bagi sumber manusia (HR), senarai gaji dan tuntutan perbelanjaan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sebarang industri.

Platform yang disesuaikan untuk kegunaan mudah alih ini membolehkan pengguna menguruskan senarai gaji, permohonan cuti, faedah pekerja, tuntutan perbelanjaan dan dokumen berkenaan HR dengan cekap di satu lokasi pusat. 

Founder mereka iaitu Effon Khoo lihat sistem di dalam pengurusan HR di Malaysia ini perlu dibantuk dan dijadikan ianya satu pengurusan yang lebih mudah.

Beliau sendiri mengalami kesusahan dalam menguruskan urusan admin dan HR daripada proses pengambilan pekerja, kelulusan pengambilan cuti kerja, dan merekod penilaian prestasi pekerja.

Kini dengan kakitangan.com tercipta satu Software As A Service (SaaS) di Malaysia dimana ia dapat membantu peniaga SME untuk bergerak dengan lebih efisien di dalam membangunkan bisnes mereka ke arah kerja-kerja yang boleh di automasikan.

Kakitangan ini sebenarnya telah ditubuhkan pada Februari 2015. Ia merupakan satu platform pengurusan sumber manusia dimana ia bertujuan untuk menyelaraskan proses dan menghapuskan masalah yang sering dihadapi melibatkan pengurusan sumber manusia yang masih menggunakan cara “tradisional”.

Melalui Kakitangan.com. Effon Khoo mengharapkan dapat meringkan beban pekerja dan menyumbang kepada persekitaran yang produktif dan menyenangkan di dalam sesebuah syarikat.

“Misi kami adalah untuk menjimatkan masa eksekutif HR dan kewangan, pengurus dan pemilik perniagaan kecil yang sibuk supaya mereka dapat menumpukan kepada perkara yang benar-benar penting – mengembangkan perniagaan mereka”.

Kakitangan.com dimiliki oleh Coastal Hectare Sdn. Bhd.

2. Kemudahan Yang Ditawarkan

Kakitangan-dot-com-Image-2-apply-mobile

Kemudahan awal-awal penubuhan kakitangan.com pada permulaanya dulu, mereka telah mewujudkan sistem permohonan cuti dan faedah pekerja kepada syarikat yang ingin gunakannya secara PERCUMA.

Selain itu kakitangan.com juga ada mengeluarkan penggunaan sistem pembayaran gaji. Ia boleh dilakukan secara automatik tanpa anda pening kepala untuk setup sendiri secara manual. Sistem ini juga meliputi pengiraan KWSP, SOCSO, LHDN, potongan gaji pro-rata dan cuti tanpa gaji.

Lebih menarik, slip gaji juga disediakan secara elektronik oleh sistem pembayaran gaji kakitangan.com. Selepas ini pekerja tidak perlu lagi kumpul kertas slip gaji. Semuanya boleh diakses menggunakan web kakitangan untuk membuat semakan slip gaji yang lepas.

Kakitangan-dot-com-Image-1-approve-desktop-

3. Kisah Crowdfunding Kakitangan.com

Kakitangan.com pernah melancarkan kempen “Crowdfunding” ekuiti pada pitchIN dengan sasaran pembiayaan minimum RM200,000. Tanpa disangka-sangka dalam masa tempoh masa 24jam sahaja, mereka telah melepasi sasaran pembiayaan minimum dengan memperoleh RM1 juta pembiayaan daripada 63 orang total investor!

Antara salah satu faktor disebalik kejayaan kempen ini adalah daripada perkongsian luar biasa di media sosial. Kesemua pelabur yang berminat bertindak dengan cepat kerana tahu ia mungkin akan dibiayai dalam masa tempoh yang sangat sekejap.

Dan maklumat yang diterima daripada Effon Khoo juga mengatakan kebanyakkan daripada pelabur  telah menggunakan Kakitangan.com di dalam bisnes mereka. 

“Mereka sangat menyukai dan berfikir bahawa pasukan kami telah membina sebuah produk yang sangat membantu, maka pelabur sangat gembira untuk melihat Kakitangan untuk bergerak kehadapan dengan lebih pesat.

Sebab itu mereka berani melabur dengan Kakitangan kerana mereka nampak pasukan ini sedang bergerak ke arah yang sepatutnya. Mereka melabur untuk masa hadapan.”

Selain daripada kempen crowdfunding daripada pitchIN ini, Kakitangan.com juga telah mendapat geran daripada Cradle berjumlah RM150 ribu dan menyertai “Cradle’s Coach and Grow Programme” pada tahun 2015 dan “MaGIC Accelerator” pada tahun 2016.

Effon Khoo menambah, “Kesemua fund yang telah diterima adalah untuk meningkatkan penggunaan produk, menambah bilangan pengguna dan pengalaman pengguna”.

4. Bakat luar biasa di Kakitangan.com

Kakitangan-dot-com-team-photo

Ia tidak mustahil Kakitangan.com mampu menjadi sebuah startup yang menguasai dalam bidang pengurusan sumber manusia di Malaysia mahupun Asia.

Ini kerana pasukan di dalamnya terdiri daripada ex-MSFT, ex-Zalora dev leads dan P&L GM daripada syarikat NASDAQ.

Selain daripada itu, mereka juga mempunyai seorang pakar di dalam bidang HR dimana mempunyai pengalaman lebih daripada 20 tahun.

Seorang pakar faedah perubatan yang telah mencapai tahap million-dollar-round-table (MDRT ) untuk membantu pasukan ini bergerak dengan lebih jauh.

Bakat-bakat yang ada di dalam pasukan Kakitangan.com merupakan mereka yang mempunyai pengalaman yang luar biasa. Ini sekaligus membantu memudahkan perjalanan mereka untuk kehadapan dengan lebih cepat dan teratur.

Lihat Video Intro Produk Kakitangan.com dibawah :

 

Pendapat anda?