Inspirasi

Selepas 2 Tahun, Ini Video “Selamat Tinggal Malaysia” Dari Patrick

Patrick Watkins, seorang pelancong yang berasal daripada United Kingdom telah mengfilmkan sebuah video yang amat menarik mengenai kenangan beliau setelah dua tahun menetap di Malaysia.

Patrick membuat video khas ini untuk mendedikasikan kepada semua rakyat Malaysia terutamanya mengenai keindahan Malaysia melalui kaca mata Patrick.

Selama 2 tahun berada di Malaysia, Ini adalah video 3 minit yang telah direka khas untuk tatapan kita semua.

Caption yang diletakkan oleh Patrick juga dalam video ini sangat menyentuh hati :

“After living in Malaysia for 2 and a half years, it is time for me to leave. So I made this video in dedication to all of the amazing things I saw and did whilst I was there. This is my experience in Malaysia bundled up into a 3 and a half minute video” – Patrick Watkins

Bagaimana, cantikan rakaman yang telah dihasilkan?

Ini sedikit info untuk anda mengenai video yang telah dihasilkan. Bagi yang baru-baru belajar mengenai video editing ini, ada beberapa perkara yang boleh kita pelajari bersama.

Perkongsian info ini adalah daripada creative director Tams Idea Digital Agency iaitu Tuan Mohd Ezzaidy kepada Team JobKartel.

Huraian dibawah merupakan huraian bagi mereka yang masih baharu belajar seperti admin sendiri :

1. Penggunaan Transition 

Major editing yang telah dilakukan didalam video ini dipanggil sebagai Transition Method. Apa maksud transition ? Lihat video pada saat ke-0:28 hingga ke-0:31. Ia menukar satu tempat ke tempat yang lain.

Bagi anda yang mahukan tutorial bagaimana nak buat video ini menggunakan Adobe Premiere Pro, boleh lihat tutorial disini : Smooth Zoom Transition

2. Penggunaan Timelapse

Bahasa yang mudah difahami adalah apabila anda shot sebuah video, anda kekalkan kedudukan kamera dan mula merekod mengikut durasi masa yang anda inginkan.

Contohnya anda boleh lihat pada durasi video ini pada minit 1:12 – 1:14

3. Penggunaan Hyperlapse

Hyperlapse adalah teknik fotografi untuk mencipta gerakan yang dimasukkan sekali time-lapsed di dalamnya.

Dengan bahasa mudah, ia akan tercipta secara manual dengan mengerakkan kamera dengan jarak yang dekat diantara shot ke satu shot yang lain.

Anda boleh lihat contohnya pada saat  ke-0:55.

4. Kesan Suara & Muzik Yang Baik

Patrick juga meletakkan kesan suara yang baik apabila setiap kali transition berlaku.

Dan lagu yang dipilih untuk video ini juga sangat menarik. Ia sesuai dengan visual budaya Malaysia yang ingin ditonjolkan.

Sekali lagi jika anda ingin belajar mengenai editing video, boleh layari Chungdha.nl  dan pergi ke bahagian Tutorial.

Dan untuk hasil keseluruhan Video yang telah dihasilkan, ini antara komen-komen netizen mengenai video ini :

Jika anda mahu mengenali Patrick dengan lebih dekat, boleh follow :

Instagram : Travelwithpatrick

Youtube Channel : PatrickWatkins

Patrick Watkins – Travel films | Inspirational videos | Awesome content. All filmed and edited by me Patrick – filmmaker and world traveller.

Pendapat anda?

Notice: Undefined variable: logo_output in /home/forge/jobkartel.com/wp-content/plugins/mobile-menu/includes/class-wp-mobile-menu-core.php on line 200
Left Menu Icon