Umum

Rudy Habibie, Filem Indonesia Ini Tunjukkan Fungsi Sebenar Mahasiswa

rudy-habibie

Rudy Habibie, sebuah filem kisah benar dari Indonesia yang mengisahkan cerita Presiden mereka yang ketiga iaitu BJ Habibi yang diarahkan oleh Hanung Bramantyo.

Rudy merupakan seorang yang mempunyai kepandaian intelek yang sangat tinggi dan visi yang besar. Sejak daripada kecil lagi, Rudy sangat berminat dalam mengkaji penghasilan membina kapal terbang walaupun ketika zaman kecilnya, Indonesia menghadapi satu ancaman pencerobohan dan pengeboman dari pihak Jepun.

Itu tidak mematahkan semangat Rudy untuk kekal mencapai misinya.

Rudy membesar dengan dua matlamat yang besar :

1) Bagaimana untuk menjadi seorang lelaki yang baik sebersih air di musim bunga.

Pesanan ayahnya:

“Jadilah seperti mata air. Jika air yang keluar dari sana jernih, maka semuanya akan ikut jernih. Jika yang keluar dari sana kotor, maka semuanya jadi kotor” -Ayah Habibie


2) Bagaimana untuk membina industri kapal terbang yang pertama di Indonesia.

Ketika Rudy meningkat dewasa, beliau melanjutkan pembelajarannya di Aachen, Jerman yang satu-satunya mahasiswa memiliki pasport hijau dimana ia bukanlah satu tajaan biasiswa dari kerajaan Indonesia manakala kesemua rakan-rakannya yang lain, memiliki pasport bewarna biru (mendapat tajaan dari kerajaan indonesia)

Rudy pada peringkat permulaan pembelajarannya, beliau selalu dibuli oleh beberapa rakan senior yang lain kerana cemburu dengan kepandaiannya.

Namun, Rudy tidak mengambil ia sebagai satu perkara yang boleh menghentikan misinya. Ia masih mempunyai beberapa rakan yang masih menyokongnya.

Selepas prestasinya di kampus sangat memberangsangkan (mendapat Top 2 di dalam kampus), kepandaiannya tidak boleh disangkal lagi oleh rakan-rakannya. Akhirnya Rudy terpilih menjadi ketua PPI (Persatuan Pelajar Indonesaia).

Rudy selalu berkata “Bagi menyelesaikan sesuatu perkara, kita harus mengenal pasti tiga perkara iaitu Faktanya, Masalahnya dan Solusinya”

Di dalam matlamat Rudy dalam mencapai visinya, sedikit kisah percintaan antara Rudy dan seorang gadis Jerman, Ilona. Uniknya walaupun Ilona seorang keturunan Polandia, beliau sangat fasih berbahasa Indonesia. Ini antara faktro Rudy senang untuk mendekati Ilona.

rudy habibie

Walaupun Rudy dan Ilona mempunyai hubungan yang sangat rapat, pengakhiran hubungan mereka tidak seperti yang disangka. Rudy sangat berjiwa patriotik, dia memutuskan hubungan percintaanya semata-mata kerana sumpah matinya terhadap Indonesia :

“Ilona : “Faktanya kamu cinta Indonesia. Masalahnya kamu cinta Indonesia. Solusinya—“.
Rudy : “Solusinya saya cinta Indonesia.”
Ilona : ” Dan saya yang selama ini percaya dengan mimpi-mimpimu, Itu adalah fakta dan masalahnya.”

Cerita Rudy Habibie adalah sebuah filem #jobkartelrekomen yang patut ditonton oleh semua golongan terutamanya bagi anak muda & mahasiswa di luar sana. Semangat, kerja keras, jatuh bangun dan kekuatan cintanya layak dijadikan sebagai inspirasi kepada anak muda.

Jobkartel menjamin filem ini mampu memberikan anda kepuasan yang memberikan nilai moral yang tinggi, walaupun ia terdapat kisah cinta yang tidak menjadi.

Anda akan merasakan Rudy dan Ilona memberikan rasa jiwa cinta yang sangat berbeza.

” Kalau Tuhan itu lebih besar dari agama, apa mungkin manusia lebih besar dari negaranya?”

Itu sahaja & Selamat menonton ! 

Pendapat anda?

Notice: Undefined variable: logo_output in /home/forge/jobkartel.com/wp-content/plugins/mobile-menu/includes/class-wp-mobile-menu-core.php on line 200
Left Menu Icon