Kerjaya

Resume Elon Musk Buktikan Anda Tidak Perlu Resume Lebih Dari 1 Muka Surat

elon-musk-one-page-resume

Semua orang tahu harini merupakan hari yang sangat mencabar dalam mencari sesuatu pekerjaan. Lambakan graduan dan mereka yang masih menganggur sangat tinggi setiap tahun dan tidak selari dengan peluang pekerjaan yang dapat dihasilkan di dalam Malaysia khususnya.

Antara tindakan bijak yang perlu anda lakukan adalah “Be The Best Among The Best”.

Bagaimana? Dari setiap sudut yang boleh anda tonjolkan diri anda sebagai seorang calon yang terbaik di dalam sesuatu jawatan yang dimohon. Salah satunya adalah dengan pembuatan “winning resume”.

Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan sebuah resume ELON MUSK, seorang usahawan yang paling berpengaruh dalam dunia teknologi dimana resume beliau dimampatkan hanya dengan 1 muka surat sahaja,

Klik disini untuk mengetahui biografi Elon Musk 

Resume 1 Muka Surat

 

Anda bayangkan, Elon Musk yang sudah mempunyai hampir  20 tahun pengalaman yang gemilang dan menjadi antara orang yang paling berpengaruh dalam dunia mampu membuat resume padat hanya dengan satu muka.

Mesti anda akan menjawab “Ala, dia memang dah dikenali dunia, takpayah hantar resume pun mohon mana-mana pun tetap diterima!”

Sabar, bukan itu yang cuba ditonjolkan tetapi apa yang lebih penting adalah bagaimana seseorang yang mempunyai pengalaman yang besar dan berpengaruh dalam dunia menonjolkan diri mereka melalui resume. Itu yang perlu anda ikuti.

“If you want sucess, follow people who have achieved it”

Jika nak diikutkan, seorang yang telah mencipta pembayaran secara eletronik (paypal), tenaga solar dan membuat industri “space & rocket” semestinya mengkehendaki resume lebih daripada 1 muka!

Mengikut pandangan firma Resume-writing, Novoresume percaya dengan konsep “less-is-more” dalam membuat resume.

Mereka telah mencipta contoh resume untuk Elon Musk dan memberitahu “Walaupun seseorang yang mempunyai kerjaya yang sangat cemerlang seperti beliau mampu membuat resume 1 muka” kata CoFounder Andrei Kurtuy.

Elemen Yang Perlu Berhati-Hati

Walaupun ianya adalah Resume 1 Muka, tetapi ada beberapa elemen yang perlu anda hati-hati dan tidak perlu tiru di dalam pembuatan resume anda. Contohnya pada senarai “Skills and Competencies” dan salah satu kemahiran beliau adalah “Micromanaging”.

Musk terkenal dengan piawaiannya yang sangat tinggi dan beliau sememangnya mempunyai reputasi dalam menjadi individu yang sangat tegas dan kasar dalam menjalankan sesuatu pekerjaan.

Kadang kala beliau menjelaskan dirinya sebagai seorang yang “Nano-Manager”. Ini menunjukan beliau seorang yang sangat mengawal daripada “Micromanager”.

Beliau pernah memberitahu bagaimana style beliau bekerja,

“Saya hanya melihat apa yang salah, saya tidak pernah melihat apa yang betul, ia bukan satu resipi untuk kebahagiaan.” Itulah cara beliau menjelaskan cara beliau menguruskan sesuatu pekerjaan.

Resume ini juga telah dimasukan dengan “four-level rating system” dimana sesetengah kemahiran yang telah disenaraikan, ia tidak meletakkan 4 bar penuh.

Anda perlu menimbang semula idea tersebut sebelum cuba memberikan rating kepadanya. Pastikan ia mestilah kena pada diri anda sendiri.

Anda boleh lihat contoh resume Elon Musk dibawah. Yang paling penting ia telah menunjukkan maklumat yang lengkap, dengan design resume yang betul.

Anda tidak perlu lagi membuat sebuah resume yang berhelai-helai panjangnya kerana ia sudah semakin tidak releven untuk dunia hari ini, lebih-lebih lagi jika anda seorang Fresh Graduate.

Resume Elon Musk ini boleh dijadikan sebagai contoh terbaik dalam pembuatan resume anda pada masa hadapan. Ianya ringkas, padat dan penuh dengan maklumat serta isi penting untuk majikan mengetahui tentang diri anda.

Tidak tahu nak buat resume infografik seperti ini ? Klik link dibawah untuk mendapatkan resume infografik yang kelihatan profesional, menarik dan paling penting maklumat di dalamnya sempurna untuk majikan anda teliti :

 

elon-musk-one-page-resume-1

 

 

 

 

 

Pendapat anda?