Kerjaya

Kenali Cara Pembuatan “Winning Resume”

Contoh-Resume-Terbaik

Tahukah anda cara konventional yang mempunyai sehingga 3 atau 4 muka surat adalah tidak releven pada dunia kini. Ramai mereka di luar sana berusaha untuk menjadi lain daripada yang lain dengan menggunakan pelbagai format penulisan resume yang menarik.

“Rule Of Thumb” mengatakan resume yang baik cukup sekadar 1 muka surat dan 2 muka surat maksima jika pengalaman anda kurang daripada 10 Tahun.

[Lihat : Rahsia Mendapat Kerjaya Impian Dengan Mudah]

Apa itu RESUME ?

  • Medium untuk anda menjual potensi diri kepada syarikat.
  • Ringkasan info yang padat mengenai diri anda.
  • Salah satu pemasaran melalui komunikasi tulisan.
  • Penyampaian ayat yang ringkas dan padat.
  • Satu dokumen untuk meyakinkan bakal majikan mengenai siapa diri anda dan juga bahagian apa yang anda mahir.
  • Dokumen yang menunjukan dengan jelas anda punya ‘goals’.

Kenapa ia sangat-sangat penting ?

  • Ia adalah medium komunikasi pertama diantara anda dan majikan. Ingat, first impression counts!

Perkara penting yang perlu ada ?

  • Personal Information
  • Summary of Qualification
  • Current Work Experience
  • Education and Training
  • Reference

Jangan risau, jika anda tidak tahu membuatnya sendiri, Resume Infografik ini mungkin dapat membantu.

Okay, ini part yang paling penting,

Bagaimana menulis “winning resume” :

  • Janga suruh orang lain buatkan, kerana anda seorang sahaja yang benar-benar mengenali diri anda sendiri.
  • Pastikan tiada kesalahan bahasa, minta pandangan orang yang lebih berpengalaman mengenai resume anda.
  • Pastikan ia kelihatan cantik, maksudnya disini elakkan menggunakan kertas yang murah jika anda print resume tersebut.
  • Gunakan ‘font’ yang sesuai.
  • Jujur, ringkas dan logik, jangan overclaimed/overstate.
  • Sentiasa positif, tekankan hasil kejayaan anda, elakan merendah diri.
  • Sentiasa update & edit. Pastikan anda menggunakan ayat-ayat yang betul dalam penulisan di dalam resume. Jangan buat sekali dan puas hati. Buat sehingga anda benar-benar puas hati.
  • Pastikan ia kemas, bersih dan tersusun.

Tulisan/font yang sesuai :

  • Times New Roman
  • Century Gothic
  • Gill Sans Mt
  • Arial
  • Franklin Gothic Book
  • Lucida Sans

Artikel ini manfaat untuk anda? Share it with your friends on Facebook

Anda sudah tahu cara-caranya,praktikan dan cuba buat sebaik mungkin. Share jika anda rasa ia bermanfaat ! 🙂

Pendapat anda?