Umum

Merevolusikan Pendidikan Tinggi Di Pitch For Progress 2.0, Sertai Sekarang!

Pitch-For-Progress-

Jika anda masih berkata kenapa pendidikan di Negara kita masih di takuk yang lama, mulai harini ia akan berubah kepada level yang seterusnya.

Jika 10 tahun dahulu, kita masih belajar di meja, kerusi dan papan hitam yang sama dan harini kemungkinan anda tidak perlu lagi ke kelas untuk belajar sesuatu. Medium ke kelas mungkin hanya untuk mereka yang ingin bertanyakan soalan atau inginkan kefahaman yang lebih dekat sahaja.

Adakah ia mustahil? Tidak. Negara kita, Malaysia khusunya sedang bergerak kepada pendidikan yang melibatkan teknologi dimana ia akan meningkatkan banyak faktor terutamanya di dalam akses kepada pendidikan itu sendiri.

The Organasiation For National Empowerment (ONE)

ONE, The Organisation For National Emporwerment  atau Pertubuhan Pemerkasaan Nasional telah ditubuhkan pada Julai 2014 dimana ia adalah aspirasi daripada anak muda yang berkeinginan yang tinggi untuk menangani cabaran menginspirasi perpaduan di kalangan rakyat Malaysia dari bawah dan membantu dalam merealisasikan wawasan 2020.

Jika anda lihat keadaan Negara dimana tumpuan dalam membina Negara maju tidak ditumpukan sepenuhnya kerana pelbagai cabaran dunia global yang melembabkan pertumbuhan ini.

Matlamat organisasi seperti ONE ini mahu mencapat VISI 2020 dimana inginkan masyarakat yang kolaboratif dan pertumbuhan ekonomi yang pesat.

Rakyat Malaysia perlu fokus dengan mencari cara berdamai dan bersatu sekali lagi untuk menjadi sebuah Negara maju dan makmur menjelang tahun 2020. Ini adalah perkara yang tidak mustahil jika kita semua bersama-sama memikul tanggungjawab membangunkan Negara ini.

Pitch For Progress 2.0 (PfP)

Pitch-For-Progress-2.0-


Jika anda pernah dengar program ini, ini adalah permulaan untuk pelajar-pelajar  di Malaysia untuk berubah dan bersama-sama membentuk pembelajaran yang lebih efisien dan berkesan apabila melibatkan penggunaan teknologi dengan cara yang betul.

ONE, dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Asia-Pasific University (APU) membawakan anda satu program khas iaitu Pitch For Progress 2.0 : Revolusi Pendidikan yang akan berlangsung pada 4 hingga 6 Ogos 2017.

Pada kejayaan Pitch For Progress yang lepas mereka meneroka persepsi terhadap pendidikan tinggi. Untuk PfP 2.0 mereka akan fokus dan memberi tumpuan kepada masa depan pembelaaran di Malaysia melalui pembelajaran futuristik.

Revolusi Pendidikan 2017

Teknologi sememangnya menyumbangkan perkara yang besar kepada dunia kita harini. Lihat sahaja bagaimana kedatangan UBER, FOOD PANDA, THE LORRY, KATSANA dan banyak lagi syarikat yang berasaskan teknologi mengubah cara hidup seharian kita.

Perubahan ini ada yang menyebutnya sebagai Pendidikan 4.0,  tetapi ini sebenarnya adalah revolusi pendidikan!

Dengan kemunculan konsep dan pendekatan seperti gamification (pendidikan melalui permainan video), kursus dalam talian terbuka secara besar-besaran (MOOC),  realiti maya, kurikulum hibrid, kelas media sosial, Internet of Things (IoT) dan banyak lagi, Pendidikan tidak seperti apa yang kita lihat hari ini.

Tugasan besar anda adalah, memikirkan bagaimana pembelajaran FUTURISTIK dalam pendidikan tinggi Malaysia?

 “Kami Sedia Mendengar Idea Unik Anda” – ONE

Sertai dan terangkan kepada mereka apa yang sedang anda fikirkan mengenai pembelajaran futuristic dan bagaimana ia akan mengubah landskap masa depan pendidikan tinggi Malaysia. Pitch terbaik akan berpeluang memenangi hadia yang hebat!

Bukan Sekadar Pertandingan

Jika anda menyertai PfP 2.0, ia bukan hanya sekadar pertandingan tetapi ia adalah sesi untuk menambahkan nilai kepada pengalaman anda.

Mereka akan membawa orang-orang muda dan berbakat untuk membantu anda meningkatkan kemahiran ketika anda pitching, memahami dengan lebih baik mengenai pendidikan tinggi dan landskap pendidikan yang berasaskan teknologi

Permulaan ini adalah akan memperbaiki literasi kewangan dan membawa  masa depan Negara bersama-sama untuk mencapai matlamat pada tahun 2057 iaitu Malaysia Merdeka Ke yang 100.

Jangan risau, anda akan dipimpin untuk memastikan ketika hari berlangsungnya sesi pitching nanti anda dalam keadaan yang bersedia!

Terma Dan Syarat

1. Cari pasukan yang suka berfikir seperti diri anda.

2. Dapatkan kelulusan daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar di Universiti anda.

3. Boleh mendaftar disini : pfp.oneonline.com/pfp-form/

4. Mula untuk berfikir idea apa yang cuba anda bawa. Apa pendekatan futuristik yang cuba anda perkenalkan, medium apa perlu digunakan dan konsep yang cuba dibawa. Pastikan anda mempunyai (Why, When,How,Where untuk memastikan pitch anda lebih lengkap)

5. Jangan segan silu untuk mendapatkan maklumat daripada Google untuk mencari idea idea. Ini mungkin tips yang boleh anda gunakan untuk mencari idea.

6. Fikirkan apakah cabaran besar yang sedang berlaku pada pendidikan harini dan fikirkan bagaimana pembelajaran futuristik mampu menangani cabaran ini.

7. Yang paling penting, sila semak peraturan-peraturan disini untuk memastikan anda jelas dengan sesuatu perkara yang dibolehkan atau tidak dibolehkan.

 Maklumat Tambahan

1. Pendaftaran dan penyertaan untuk Pitch For Progress ini adalah PERCUMA!

2. Setiap pasukan yang telah diterima panggil akan diberikan penginapan selama 2 hari.

3. Tempat adalah terhad kepada 64 pasukan pertama yang mendaftarkan diri (First Come, First Serve)

4. Jika sekiranya anda mempunyai apa-apa soalan, sila hubungi kami di [email protected]

5. Jangan lupa follow FB mereka untuk melihat bagaimana keseronokkan PfP1.0 yang lepas : Organisastion For National Empowerment 

 

 

Pendapat anda?

Notice: Undefined variable: logo_output in /home/forge/jobkartel.com/wp-content/plugins/mobile-menu/includes/class-wp-mobile-menu-core.php on line 200
Left Menu Icon