Kerjaya

Ini Adalah Langkah Demi Langkah Proses Sesuatu Permohonan Kerja

Jika anda memohon sesuatu kerja, ia adalah satu perkara penting untuk anda tahu bagaimana proses sesuatu permohonan kerja itu berlaku daripada awal sehinggalah akhir.

Langkah dibawah akan membantu anda untuk lebih teratur di dalam sesuatu pencarian kerja yang anda ingin cari :

Langkah 1 : Pastikan Resume Anda Telah Bersedia

Banyak syarikat sememangnya merujuk kepada resume dan cover letter untuk menyemak mengenai maklumat calon untuk sesuatu pekerjaan yang telah ditawarkan.

Apabila anda menghantar resume untuk permohonan sesuatu jawatan, ia adalah satu perkara penting untuk anda memastikan yang resume anda dalam keadaan yang berkualiti tinggi.

Anda juga kena pastikan resume anda itu disuaikan dengan jawatan yang ingin dipohon. Ramai yang tersilap dengan menghantar resume mereka ke seluruh syarikat dengan satu jenis resume sahaja.

Ini Salah. Anda kena ubah suai resume anda mengikut iklan jawatan yang telah disiarkan. Barulah keberangkalian anda untuk dipanggil ke sesi temuduga akan lebih tinggi.

[Lihat : Koleksi Resume Infografik Yang Mampu Memukau Majikan Anda]

Langkah 2 : Tulis Cover Letter

Cover Letter merupakan satu dokumen yang menerangkan kenapa kemahiran dan pengalaman yang ada pada diri anda boleh digunapakai kepada syarikat dan amat sesuai dengan jawatan yang telah ditawarkan

Pastikan setiap cover letter anda juga disuaikan dengan jawatan yang anda sedang pohon supaya ia adalah sebuah surat yang spesifik. Bukan pakai hentam sahaja.

Surat cover letter yang memukau hati bakal majikan adalah apabila anda boleh menyatakan “kesakitan” yang syarikat tersebut alami. Kesakitan yang dimaksudkan adalah masalah utama yang dialami oleh syarikat.

Jika syarikat itu mencari seorang programmer. Apakah kemahiran yang anda pada  diri anda yang anda mahu tawarkan kepada mereka dimana ia mampu menyelesaikan masalah syarikat tersebut.

Teknik ini dipanggil sebagai “Seni Menulis Pain Letter”. Mungkin anda perlu mengkaji lebih sedikit mengenai syarikat yang anda mahukan jika anda benar-benar mahu bekerja di tempat tersebut.

Langkah 3 : Mula Membuat Permohonan Kerja

Anda boleh memohon sesuatu kerja secara online, melalui emel atau bersemuka secara berdepan. Tidak kira apa sahaja jawatan yang anda mohon, pastikan anda mengikut arah spesifik kepada jawatan yang dimohon.

Sebab itu anda tidak digalakkan menggunakan satu jenis resume untuk kesemua syarikat yang anda mohon. Sebab itu kebanyakkan resume anda akan berakhir ke dalam tong sampah. Kerana ia tidak spesifik.

Nak kerja, kena berusaha. Jangan Malas.

[Lihat : 5 Kesilapan Besar Yang Dilakukan Dalam Permohonan Kerja Melalui Emel]

Langkah 4 : Proses “Screening”

Tahukah anda, kebanyakkan syarikat menggunakan software “Applicant Tracking Software” (ATS) di dalam proses penyaringan, mengesan, mengurus dan memilih calon-calon yang membuat permohonan.

Kenapa mereka membuat penyaringan menggunakan software? Kerana untuk memastikan setiap resume yang sudah di short-listed kan itu menepati dengan iklan kerja yang telah dikeluarkan. 

Yang membuat permohonan bukan sorang dua, tetapi beratus. 

Sekali lagi admin menegur, pastikan resume anda itu menuju kearah yang spesifik mengikut iklan jawatan yang dipohon.

Contohnya, sebagai seorang akautan. Mesti ada banyak nama jawatan yang akan diiklankan seperti Account Manager, Account Assistant, Account Exec dan sebagainya. Pastikan anda letakkan nama jawatan permohonan berdasarkan iklan jawatan kosong yang telah disiarkan.

Sebab software ATS akan mengesan resume anda melalui KEYWORD dan kata kunci itu berada di tajuk permohonan jawatan kosong tersebut untuk memastikan jawatan kosong yang disiarkan match dengan resume yang mereka dapat.

Langkah 5 : Ujian Kepada Calon

Tidak semua syarikat melakukan perkara ini. Tetapi jika anda yang belum pernah ada pengalaman membuat permohonan kerja, jangan terkejut apabila selepas anda menghantar resume, pihak syarikat yang anda mohon akan menyuruh anda membuat satu ujian sebelum hadir ke sesi temuduga.

Ujian ini termasuklah ujian personaliti, kesihatan, latar belakang dan sebagainya. Ujian ini selalunya dibuat apabila ada sesuatu jawatan yang dibuat itu memerlukan penilitian yang lebih terhadap diri calon.

Langkah 6 : Sesi Temuduga

Jika anda telah terpilih untuk sesi temuduga, anda akan dijemput untuk bersua muka dengan bakal majikan atau pihak pengurusan sumber manusia bagi syarikat yang anda mohon,

Sesi temuduga dijalankan bertujuan untuk mengetahui diri anda dengan lebih jelas. Sebab itu akan anda sesi soal jawab soalan-soalan yang akan menduga emosi anda ketika sesi temuduga berlangsung.

Sesi temuduga ini juga mempunyai prosesnya tersendiri. Ada yang berlangsung secara one-to-one, dan ada juga yang berlansung dalam kumpulan kecil (4/5 orang)

[Lihat :Ketahui 50 Soalan Killer Temuduga]

Langkah 7 : Proses Pengambilan Kerja

Dari masa anda memohon kerja sehinggalah anda mendapat tawaran kerja, di pertangah proses ini anda akan melalui beberapa siri perjalanan yang perlu anda lalui.

Contohnya proses follow up majikan. Follow up ini perlu untuk menunjukkan anda seorang yang bersemangat untuk mendapatkan jawatan berkenaan.

Tingkah laku kecil seperti ini akan memudahkan bakal majikan membuat keputusan apabila mereka mengalami situasi yang sukar untuk memilih calon.

Beberapa proses lain mungkin anda akan diminta membuat ujian kesihatan, ataupun beberapa perkara lain yang akan diminta sendiri oleh syarikat tersebut.

Langkah 8 : Surat Tawaran Bekerja

Apabila anda telah mendapat surat tawaran bekerja, anda sekarang berada di proses akhir pengambilan pekerja.

Tetapi anda perlu ingat, jangan terus membuat keputusan. Jika anda mempunyai beberapa tawaran lain juga. Ambil sedikit masa untuk melihat dan belajar untuk membuat keputusan yang terbaik untuk diri anda sendiri.

Apabila anda sudah mempunyai keputusan untuk memilih sesebuah syarikat, disini lah anda kena belajar pula bagaimana untuk menerima sesebuah tawaran, menolak dan membuat rundingan dengan jawatan yang telah ditawarkan kepada anda.

Pendapat anda?