Kerjaya

Perlukah Saya Terima Kerja Yang Tidak Membuatkan Saya Begitu Teruja

perlukah-saya-terima-kerja-yang-tidak-membuatkan-saya-begitu-teruja

Bila bercakap tentang kerja yang ‘selamat’ dan ‘kerja ‘impian’, sebenarnya satu benda yang sangat susah bila anda sendiri tak tahu apa kesudahannya.

Ini sedikit nasihat “ Perlukah saya terima kerja yang tak membuatkan saya teruja?”

Jadi persoalannya disini: sekiranya anda mendapat kerja yang anda tak begitu teruja, adakah anda perlu terima atau tidak?

Sebenarnya jawapan itu bergantung dengan situasi yang anda hadapi. Ada macam macam sebab untuk anda katakana ya, tak kiralah disebabkan anda ada pengalaman yang cukup, anda memerlukan duit ataupun anda ingin beralih angin dalam alam pekerjaan.

Peringatan: bukan semua kerja perlu jadi kerja impian anda, tetapi setiap jawatan yang anda pegang boleh tawarkan anda peluang yang banyak untuk anda lebih maju.

Terdapat beberapa guideline yang boleh membantu anda untuk buat keputusan yang bijak:

Ya Sekiranya : Dapat sedikit sebanyak membantu anda untuk mencapai matlamat anda

Bukanlah sesuatu yang asing untuk anda mendapat gaji yang sedikit alam masa 2 3 tahun pada masa anda bekerja, tetapi anda perlulah belajar untuk menerima perkara tersebut – demi mencapai matlamat anda. 

Walaupun anda menerima gaji yang kecil tetapi ia mampu membantu anda mencapai matlamat masa hadapan anda. Terima dengan senang hati.

Tidak Sekiranya : Anda mengetepikan matlamat yang penting untuk jawatan tersebut

Kalau matlamat anda ingin menjadi seorang pereka fesyen, dan pada masa yang sama anda ditawarkan untuk bekerja sebagai pengurus media sosial .

(dan takda peluang langsung untuk jadi pereka fesyen & kejar matlamat akhir anda), sebaiknya keputusan terbaik untuk anda ialah tolak tawaran kerja tersebut.

Ya Sekiranya : Gaji yang ditawarkan tinggi dan dapat membantu anda selesaikan masalah lain dalam hidup anda

Kalau anda hidup dengan hutang kad kredit, perlukan duit untuk bayar banyak benda seperti sewa rumah sendiri, bayar bil atau apa apa, dan kalau gaji kerja yang ditawarkan tersebut boleh meringankan beban, jangan ditolak tawaran tersebut.

Kerjalah sehingga anda rasa dah bersedia untuk sambung kareer yang anda minat di kemudian hari.

Tidak Sekiranya : Gaji yang ditawarkan lebih kurang sama dengan apa yang anda dapat sekarang

Tahu tak yang bertukar perkerjaan ni sebenarnya untuk memajukan lagi kareer, menambahkan gaji dan membuat kerja yang lebih menyeronokkan.

Bukannya anda bekerja dengan jawatan yang dibayar gaji yang masih sama, tiada peningkatan.

(Ini untuk mereka yang lompat pekerjaan pada bidang yang sama)

Ya Sekiranya : Anda ingin menambahkan pengalaman kerja

Walaupun anda merasakan kerja tersebut agak membosankan, mana tahu yang anda boleh dapat pengalaman yang lebih menyeronokkan bersama-sama dengan kemahiran yang lebih bernilai, bukankah lebih bagus?

Seterusnya, anda boleh letakkan pengalaman bekerja tersebut dalam resume anda dan boleh mula mencari kerja yang lebih menyeronokkan dan menarik, dan disinilah anda boleh menggunakan bakat baru anda.

Tidak Sekiranya : Ia merupakan kerja yang sama

Sekiranya jawatan yang anda dapat tersebut merupakan jawatan yang sama yang anda sedang buat atau pernah buat dan tiada apa-apa potensi untuk anda dapat majukan diri sendiri ..

Untuk situasi sebgini anda boleh tolak tawaran ini.

Ya Sekiranya : Peluang keemasan menanti anda dihadapan

Mungkin anda seorang receptionist sekarang, tetapi syarikat tersebut menghasilkan sesuatu yang anda minat dan mereka suka mengambil pekerja untuk mengisi sesuatu jawatan atasan dalam syarikat dari kalangan mereka juga.

Jika anda melihat syarikat tersebut mempunyai matlamat yang anda ingin capai pada masa hadapan dan mempunyai budaya pengambilan pekerja seperti ini, anda boleh terima pekerjaan tersebut.

Kadang-kadang, anda perlu buat sesuatu yang anda tak suka terlebih dahulu untuk anda dapatkan perkara yang anda inginkan – tetapi anda cuma perlu pastikan yang pengorbanan tersebut tidaklah sia-sia.

Tidak Sekiranya : Anda tidak nampak peluang baru disitu

Sekiranya orang yang bekerja untuk jawatan idaman anda terlalu passionate, dah lama bekerja dan tak nampak tanda-tanda yang mereka ingin berhenti kerja, dan di situlah anda boleh lihat yang mereka tidak akan mencari pengganti lagi, jadi anda perlulah cari syarikat lain.

Kadangkala ada syarikat yang sangat mengekalkan orang-orang yang mereka passionate sehinggakan mereka takut untuk mencari orang lain untuk mengantikan sesuatu jawatan kerana takut hasilnya tidak akan sama seperti orang asal yang memegang jawatan tersebut.

Ya Sekiranya : Anda memang tidak bekerja dan tidak diterima bekerja

Sebenarnya orang yang terlalu lama menganggur ini kelihatan sangat tak bagus untuk bakal majikan yang berpotensi.

Sekiranya beberapa bulan anda tidak menerima mana-mana tawaran, adalah lebih baik anda terima sahaja apa yang ada. Ini boleh juga membantu anda untuk kumpul duit dan majukan diri sendiri.

Tidak Sekiranya: Anda telah mendapat kerja yang bagus dan anda tak merasa puas dengan cara menerima kerja lain

Sebenarnya takda apa-apa kebaikan pun bila anda sengaja menukar-nukar kerja. Fokuskan tugas yang sedang buat dan buatlah perubahan yang positif.

Sekiranya anda membuat keputusan untuk terima tawaran yang anda tak terasa teruja pun, ingatlah 2 perkara ini:

Pertama sekali, sebab utama anda terima kerja tersebut. Sentiasa ingat yang anda terima kerja tersebut untuk capai matlamat hidup anda.

Perkara ini akan membantu anda untuk tak merasa terlalu tertekan dan terpaksa terima sesuatu yang anda tak minat – cuba paksa diri sendiri untuk buat perubahan hidup.

Keduanya, letakkan passion dan semangat yang tinggi dan anggap kerja yang anda buat itu merupakan kerja idaman anda walaupun bukan.

Hanya ini sahaja yang boleh membantu anda untuk berjaya nanti, dan akan membuatkan persekitaran anda menjadi lebih baik dari apa yang anda sangkakan.

Its all about mindset.

Pendapat anda?
Share: