Kerjaya

Perkataan Yang Dilarang Digunakan Ketika Sesi Temuduga

Perkataan Yang Dilarang Digunakan Ketika Sesi Temuduga

Perkataan yang dilarang digunakan ketika sesi temuduga? Tentu sekali setiap pengurus mempunyai soalan kegemaran mereka ketika dalam sesi interview (temuduga).

Ada soalan yang susah, ada juga yang senang. Dan tidak lupa juga, ada juga yang agak tricky.

Tetapi sebagai contoh, anda mungkin dapat soalan seperti “Bagaimana rakan-rakan sekerja anda mendefinasikan watak/character anda?” atau “Guna 3 patah perkataan untuk menggambarkan diri anda.”

Apa-apa jenis soalan yang dilontarkan pun, cara anda menjawab soalan itu haruslah berhati-hati, lagi-lagi perkataan yang anda ingin gunakan.

Harini admin nak kongsi..

Perkataan Yang Dilarang Digunakan Ketika Sesi Temuduga

 1. Intelligent

Ya, perkataan Intelligent ada salah satu perkataan yang dilarang digunakan ketika sesi temuduga.

Anda tahu anda bijak, dan anda tahu pengurus tersebut sedang mencari seseorang yang pandai dan cerdas, tetapi anda tidak boleh menggambarkan diri anda seperti itu.

Ini adalah salah satu perkataan yang anda ingin orang katakan tentang anda, tetapi anda tidak mahu mengatakan perkataan itu kepada diri anda.

Nanti dianggap “syok sendiri” pula.  Sama ada anda ini bijak atau tidak, bukanlah diri anda yang harus gambarkan tentangnya, dan anda ingin mengelak dari menggunakan kata-kata seperti itu.

Apa yang Harus Lakukan Sebaliknya

Bercakap tentang cara anda berfikir, dan gunakan kata-kata seperti, “logical,” “kuantitatif,” “fast learner” atau “big-picture thinker”.

Anda akan menggunakan kata-kata yang berbunyi seperti fakta dan kurang seperti syok sendiri.

2. Likeable

Likeable juga salah satu  sebab yang sama, anda tidak mahu menggambarkan diri anda sebagai pintar, bijak pandai, dan anda ingin mengelakkan perkataan seperti “disenangi”.

Ditambah pula jika anda menggambarkan diri anda sebagai orang yang disenangi, apa je contoh yang boleh support ayat anda mengatakan yang anda ini disenangi ramai orang?

“Semua orang cakap dekat saya yang mereka suka mendengar lawak saya yang kelakar dan akan merindui saya apabila saya tidak datang ke tempat kerja”.?   <—- Begini??

Um, tidak!

Apa yang Harus Dilakukan Sebaliknya

Gunakan kata-kata yang boleh anda tukar, seperti “team player” “outgoing” “enthusiastic” atau “caring” dan support jawapan anda dengan contoh bagaimana anda membuat presentation, bercakap dalam mesyuarat, atau menyelesaikan sesuatu masalah di pejabat.

Ia lebih mudah apabila bukti yang anda berikan melibatkan tindakan yang anda ambil daripada tindakan atau tindak balas orang lain.

 

3. BERJAYA

Berjaya juga ialah salah satu perkataan yang dilarang digunakan ketika sesi temuduga. Kenapa? Kerana anda berjaya melakukan sesuatu, tetapi anda tidak boleh menyebut diri anda berjaya.

Ia seperti berkata dalam temu bual bahawa anda kaya dan handsome. Adakah anda benar-benar berfikir bahawa itu adalah idea yang baik? TIDAK SAMA SEKALI! Macam angkat bakul sendiri saja.

Apa yang Harus Dilakukan Sebaliknya

Kecilkan tumpuan dari kejayaan kepada kemahiran yang lebih spesifik. Anda benar-benar boleh mengatakan bahawa anda baik pada apa yang anda lakukan. Malah, anda perlu.

The thing is, apa yang membezakannya ialah anda tidak spesifik kan kemahiran apa yang anda betul-betul mahir.

Sebaliknya jika anda terlalu tumpukan kepada diri anda, orang akan menganggap ia sebagai sesuatu yang menjengkelkan. Macam narcicist

4. Obsesif

Walaupun anda sangat bersemangat tentang kerja anda, anda masih mahu mengelakkan menggambar sifat ini atau sifat apa-apa dengan kata-kata yang mempunyai maksud yang negatif.

Jika anda perlu menjelaskan diri anda bermakna anda dan interviewer tidak berada pada konteks yang sama, dan idealnya, anda boleh mengelakkan semua itu.

Apa yang Harus Dilakukan Sebaliknya

Terdapat banyak perkataan yang boleh anda gunakan untuk memberitahu bagaimana anda melabur dalam kerja anda yang mungkin lebih spesifik dan tidak memerlukan penjelasan yang janggal.

Kata-kata seperti “focused,” “detail-oriented,” “hard working,” atau “dedicated” boleh digunakan ketika sesi temuduga itu.

5. Humble

Ia adalah sangat pelik untuk seseorang itu bercakap tentang how humble he/she is. It works apabila orang lain yang menggambarkan anda humble.

Tetapi kalau diri anda sediri yang menggambarkan diri sendiri humble, sangat pelik dan menjengkelkan.

 Apa yang Harus Dilakukan Sebaliknya

Jika anda ingin menyatakan speciality anda, anda hanya harus mengatakan perkara fakta sahaja.

Nyatakan apa yang anda buat sebelum ini, resultnya dan juga feedback dari orang-orang lain. Selebihnya, biarkan interviewer anda yang menilai anda.

Berikut adalah perkataan yang dilarang digunakan ketika sesi temuduga. Harap para bakal pekerja take note dan mengambil serious tentang hal ini.

Jangan menyesal kemudian hari, selepas itu merungut kenapa majikan tidak ambil anda sebagai pekerja. Selamat berjaya dan selamat bekerja!

Sumber: themuse.com

Pendapat anda?
Share: