Kerjaya

10 Perkara Yang Perlu Dilakukan Pada 3 Bulan Pertama Kerja

perkara-yang-perlu-dilakukan-pada-3-bulan-pertama-kerja

Bagi yang baru mendapat kerja, admin nak ucapkan Tahniah! kerana telah menjalani alam kerjaya. Tapi sebelum anda mulakan kerja, anda perlu tahu apa perkara 3 bulan pertama kerja yang perlu anda lakukan untuk memastikan kerjaya anda lebih berjaya pada masa hadapan.

Ini benda penting untuk anda tahu supaya ia dapat memberikan momentum untuk anda menjalani kerjaya anda dengan lebih baik.

Jom lihat Perkara Yang Perlu Dilakukan Pada 3 Bulan Pertama Kerja Anda

1. Merancang dan semak semula plan dan matlamat  sejak hari pertama.

Lihat semula matlamat yang anda dah tetapkan sewaktu anda diberikan jawatan baru.

Walau apa pun yang anda dah tunjukkan kepada syarikat tersebut sewaktu anda ditemuduga, jadikanlah misi syarikat seperti misi anda sendiri dan usahakan visi tersebut dengan bersungguh-sungguh.

Tunjukkan bagaimana matlamat anda mampu mengubah cara anda bekerja dengan memastikan ianya mampu siap dengan cepat dan menjadikan diri anda sama seperti yang anda impikan sewaktu hari pertama anda bekerja.

2. Menambah nilai kepada rakan sekerja

Cukuplah 3 bulan sebagai tempoh untuk anda belajar dan tahu apa yang rakan kerja anda boleh bantu anda.

Anda dinasihatkan, sejak mulanya minggu pertama anda bekerja, anda perlu sertai dan hadir ke mana-mana meeting serta perbincangan yang melibatkan diri anda untuk memastikan yang anda boleh menjadi seorang yang sangat profesional diantara rakan kerja yang lain.

Cuba untuk memberi nilai diri anda kepada rakan sekerja yang lain supaya mereka merasakan anda adalah rakan sekerja yang mampu untuk bekerjasama.

3. Cari penyelesaian sekiranya ada apa-apa masalah yang boleh memberi kesan kepada pasukan

Kalau anda mempunyai masalah dengan rakan sekerja yang lain, jangan cuba untuk lari darinya. Tapi ambil bahagian untuk bersama-sama menyelesaikan masalah tersebut.

Cuba belajar dari mereka yang berpengalaman di luar sana atau rakan sekerja yang anda percaya tentang bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan profesional.

Letakkan emosi di luar. Fokus kepada penyelesaian.

Jika anda dari awal suka untuk lari dari masalah, percayalah yang anda tidak akan kekal lama dalam syarikat tersebut. 

4. Menilai semula social group anda dan luaskan perkenalan

Memanglah senang untuk berasa selesa dengan jiran jiran bersebelahan meja atau berada disekeliling anda – tetapi bila anda dah mula kenal mereka, inilah masanya untuk anda luaskan kuasa dan berkenalan dengan orang lain pula.

Anda mungkin boleh mula dengan cara tanya nasihat dan pandangan mereka yang lain tentang sesuatu perkara.

Ramai orang akan lebih suka untuk bercakap tentang diri sendiri

Ramai orang lebih memilih untuk berkongsi tentang apa yang mereka dah belajar dalam bidang mereka sepanjang mereka kerja. Jadi janganlah takut untuk anda menambah kenalan, dan apa yang anda perlu buat cuma belajar sahaja.

5. Cuba cari jalan baru untuk dapat pencapaian yang lebih

CEO daripada Slack iaitu Stewart Butterfield ada memberitahu bahawa dia lebih mendorong pekerja-pekerjanya untuk membuat eksperimen dan bersifat inovasi.

“Saya merasakan bahawa remaja yang berusia di antara awal 20an hingga ke pertengahan 20an mempunyai sifat yang sangat bersungguh sungguh.” katanya

“Mereka juga bersifat sangat serius dan mereka ingin capai sebanyak benda yang mungkin sewaktu mereka muda daripada hanya sibuk cuba semua perkara. Jadi saya akan cuba push mereka untuk buat lebih banyak eksperimen.”

6. Perbaiki habit anda

Seorang penulis buku terkenal Charles Duhigg untuk bukunya “The Power of Habit,” ada menulis:

“Typically, people who exercise will start eating better and becoming more productive at work. They smoke less and show more patience with colleagues and family. They use their credit cards less frequently and say they feel less stressed. Exercise is a keystone habit that triggers widespread change.”

Aktiviti lain yang bersifat positif sebenarnya dapat meningkatkan hasil kerja anda ke arah yang lebih baik.

Jika anda mempunyai habit yang tidak baik. Perbaiki dan cari sesuatu habit yang dapat meningkatkan produktiviti diri anda.

7. Kenal pasti perkara yang melalaikan diri anda

Sebenarnya ia merupakan perkara yang sia-sia untuk kita bazirkan masa kita – tetapi itu semua terpulang kepada anda untuk teruskan atau tidak.

Perkara pertama yang anda perlu buat ialah anda perlu tahu macam mana cara untuk habiskan masa keseluruhan hari anda jadi anda boleh kenal pasti apa perkara yang membuatkan anda boleh jadi lebih produktif ataupun tidak.

8. Demostrasikan nilai diri anda dalam syarikat

Orang yang berjaya akan selalu praktikkan nilai yang mereka miliki untuk tunjukkan kepentingan mereka kepada syarikat.

Sekiranya anda ingin mengubah jawatan kepada leadership ataupun anda ingin tukar angin ke syarikat yang lain, perkara pertama yang anda perlu fikirkan ialah,

“Bagaimana caranya saya ingin buatkan mereka rasa terinspirasi dengan siri saya sendiri?”

Jawapanya mudah : “Anda kenalah faham apa yang penting bagi mereka. Bagaimanakah cara mereka melihat kejayaan? Apa yang anda boleh offer untuk buatkan kerja mereka lebih mudah?”

Bila jawapannya ada dapat, tunjukkan nilai ini kepada mereka.

9. Buat matlamat baru untuk penuhi jangkaan majikan

Sekiranya anda ada masa yang terluang, anda boleh cuba untuk berbincang dengan majikan anda untuk tengok dan nilai sama ada matlamat anda bertepatan atau tidak dengannya.

Ini merupakan peluang yang sangat berharga untuk anda dapatkan respon yang cepat tentang apa yang anda sedang buat sekarang, apa yang anda boleh perbaiki, dan apa yang anda boleh buat untuk anda habiskan hujung minggu anda untuk perbaiki apa yang patut supaya anda akan dapat hasil yang bagus untuk syarikat.

10. Ambil setiap peluang yang anda untuk membuat kenalan dengan pekerja

Walaupun networking kedengaran agak menakutkan, tetapi percayalah yang ia sangatlah mudah semudah minum kopi atau hanya bersembang tentang cerita kegemaran anda dengan mereka.

Dengan cara anda berkomunikasi dengan rakan sebaya anda sebenarnya sangat penting, ia akan mempengaruhi seperti mana anda berkomunikasi dengan boss anda.

Admin nak beritahu pengaruh utama dalam hidup ialah rakan sebaya kita, sebab anda akan jatuh dan bangun bersama sama. Admin banyak rakan kerja yang mereka sendiri dapat kerja melalui kenalan rakan-rakan lama mereka yang lama tidak berjumpa. 

Kadang kala, jawatan kosong itu diberikan disebabkan hanya atas dasar kawan kepada kawan yang tahu tentang kerja itu dan ini dan lebih dipercayai. 

Okay semoga tips perkara yang perlu dilakukan pada 3 bulan pertama kerja ini dapat dijadikan sebagai salah satu panduan untuk anda untuk terus kekalkan momentum anda dalam menjalani kerjaya.

Pendapat anda?
Share: