Kerjaya

4 Perkara Yang Perlu Anda Buat Sebelum Bekerja Di Perantauan

perkara-yang-perlu-anda-buat-sebelum-bekerja-di-perantauan

Sekarang ini ramai yang ingin cuba untuk bekerja di luar negara, tetapi sebelum itu anda perlu tahu perkara yang perlu anda buat sebelum bekerja di perantauan.

Sebenarnya kita boleh sahaja ubah angin dari segi tempat kerja dan bekerja sambil merantau ni merupakan perkara yang baik jika anda memang seorang yang suka kepada cabaran. 

Malahan ada sesetengah orang yang inginkan sesuatu yang bersifat kekal. Sebenarnya dengan cara bekerja sambil merantau boleh memberikan peluang yang besar untuk anda terdedah dengan tempat asing dan baru.

CEO daripada Jobbatical iaitu Karoli Hindricks menyatakan bahawa bekerja sambil merantau ini sangat bagus untuk orang orang yang sukakan perasaan ingin merantau dan keluar dari kepompong dan menghadapi pelbagai cabaran hidup.

Tetapi jangan lupa yang proses untuk memperkukuhkan kerja anda sambil merantau ini lebih mencabar daripada anda bekerja di negara sendiri.

Ada beberapa tips bagaimana ingin bekerja sambil merantau:

1. Buat Kajian Terlebih Dahulu

Apakah cabaran terbesar yang membuatkan orang ramai gagal semasa ingin bekerja di luar negara?

Ia sebenarnya berkaitan dengan kajian yang anda buat. Jawapan kepada soalan di atas ialah :

Kurangnya buat kajian ataupun membaca.

Ingatlah bahawa membuat sedikit kajian tak sama dengan cara anda membaca sepintas lalu sahaja berkaitan ‘travel guide’ negara yang anda ingin pergi sebenarnya.

Hindricks mencadangkan anda ambil tahu dengan imigresen negara tersebut, tax serta polisi kesihatan sebelum anda buat apa apa keputusan dan secara tak langsung anda perlu ada komitmen.

Jangan lupa, sebenarnya ada beberapa negara yang sangat mudah untuk merancang proses begini tetapi ada negara yang sangat susah.

“Di Estonia, terdapat permohonan yang bernilai $190 dan anda boleh terus bekerja sehari selepas itu selepas anda dah diterima masuk dan tanda tangan kontrak,” kata Hindricks dalam satu temu ramah.

Tambahan pula, untuk negara seperti  German, Netherlands, Portugal, Austria, dan Poland sangat mudah untuk memalsukan pemohon permit kerja.

Selain itu, untuk negara Greece, Australia, Sweden dan United State merupakan negara yang sangat ketat dan susah sewaktu proses imegresen.

2. Tunjukkan Semangat Yang Betul

Semangat anda merupakan fator tambahan yang bagus apabila anda sedang memohon untuk sesuatu pekerjaan.

Sekiranya anda sedang memohon untuk kerja di luar negara, anda kena pastikan semangat tersebut dapat dilihat sebagai perkara yang baik.

“Sekiranya ada pemohon yang menjawab soalan temuduga dengan jawapan – mereka inginkan jawatan tersebut kerana mereka ingin tinggal di tempat itu contohnya Barcelona, ini merupakan jawapan yang salah dan paling tak boleh diterima oleh syarikat tersebut,” kata Hindricks.

“Memanglah Barcelona memiliki tempat yang snagat cantik, tetapi ingatlah anda perlu utamakan kerja anda dulu baru lah tempat di mana anda bekerja.”

Ingatlah, bisnes sememangnya berlaku di seluruh pelusuk negara. Janganlah mencari kerja hanya disebabkan ia berada di negara yang berlainan dan anda menganggap ianya sepert percutian.

“kebanyakan orang menghabiskan separuh masa mereka dengan membina sesuatu yang mereka rasa penting untuk mereka,” kata Hindricks.

“Tak kiralah sama ada di Malaysia, Spain mahupun Finland. Semua orang inginkan ahli baru yang sertai syarikat mereka seorang yang bersemangat dan kerja bersungguh-sungguh seperti mereka juga.”

Dan jangan lupa juga untuk memasukkan pengalaman bekerja anda yang mengujakan ke dalam resume anda.

3. Gunakan Media Sosial Sebaik Mungkin

Cuba gunakan media sosial sebagai cara untuk anda cari peluang pekerjaan di luar negara.

Anda boleh gunakan LinkedIn untuk cari apa apa nasihat berkaitan bekerja di luar negara – kadangkala anda mungkin dapat tawaran daripada platform berkenaan.

Anda juga boleh letakkan location di Facebook iaitu di bahagian mencari pekerjaan untuk membuka peluang anda bekerja di tempat yang anda inginkan.

4. Ketahui Budaya Negara Tersebut

Sebelum anda pergi bekerja di luar negara, pastikan anda dah tahu banyak perkara berkaitan budaya negara tersebut dan anda kena pandai sesuaikan diri dengan perkara tersebut.

“Kadangkala kita terlupa yang kita ada persepsi sendiri tentang budaya mereka dan salah faham akan berlaku jika kita tak terdedah dengan perkara tersebut.” Kata Hindricks.

 “Anda tak perlu berpindah ke luar negara jika pemikiran anda masih inginkan perkara yang sama seperti di negara sendiri,” kata Hindricks.

“Lainlah kalau anda dah buka minda untuk terima perkara dan pengalaman yang baru dan sedikit sebanyak dapat meningkatkan aura positif dalam diri anda.”

Ini antara perkara yang perlu anda buat sebelum bekerja di perantauan.

Yang paling penting bagi admin adalah jika anda seorang yang suka kepada cabaran dan ingin lihat dunia lebih daripada tempat tinggal anda sendiri (yang sekarang), travel sambil bekerja adalah pilihan tepat untuk anda.

Memang admin ada lihat sendiri travel sambil bekerja ini sememangnya sangat mencabar dan pada masa yang sama ia menyeronokkan. Goodluck pada yang nak bekerja di luar negara ya!

Pendapat anda?
Share: