Kerjaya

Google Exec Kongsikan Perkara Yang Paling Teruk Beliau Dengar Ketika Temuduga

perkara-yang-paling-teruk-ketika-temuduga-01

“Ini merupakan kesalahan yang paling besar anda lakukan jika anda membuat permohonan untuk menyertai Google.” – Google’s SVP of Platforms and Ecosystem, Hiroshi Lockheimer.

Jika anda mahu memohon syarikat di seperti Google, ia tidak cukup hanya sekadar anda mahu bekerja di Google.

Jika anda benar-benar mahu mendapatkan pekerjaa seperti syarikat gergasi teknologi ini, anda perlu menjadi lebih spesifik, kata Hiroshi Lockheimer.

“Adalah penting untuk mengetahui apa yang anda sukai, “Bukan sahaja,

“Oh, saya mahu bekerja di Google, kerana saya pernah mendengar beberapa orang mengatakannya.”

Ini adalah perkara yang paling teruk saya dengar daripada calon.

Syarikat teknologi seperti Google ini telah berkembang untuk menggabungkan banyak produk dan perkhidmatan, jadi ia perlukan individu yang betul-betul spesifik untuk membantu menyumbangkan idea dan pasukan mana yang benar-benar anda mahu duduk dan bekerja di dalamnya.

“Mampu menyuarakan kata-kata seperti,

“’Baiklah, inilah yang saya sangat minat untuk lakukan dan saya mahu bekerjasama membantu menjadikan ia sesuatu yang lebih besar,” adalah sangat penting,” kata Lockheimer.

“Pastikan anda membuat pilihan yang betul supaya anda diarahkan ke pasukan yang betul.”

Jangkaan yang tinggi untuk menyatakan perkara seperti ini bukanlah diletakkan kepada mereka yang mahu memohon intern atau calon entry-level kerana mereka masih tidak tahu perkara apa yang mereka perlu fokus dan teroka.

Kata Lockheimer, “Apabila ia datang kepada pemohon yang lebih berpengalaman, Lockheimer mengesyorkan mereka datang dengan rasa perasaan minat mereka sendiri, serta inisiatif dan produk yang mereka mahu bekerjasama.”

Dan sejak ramai Googlers bertukar-tukar projek  setiap beberapa tahun sekali, ini menunjukkan fleksibiliti juga penting jika anda mahu bekerja di Google.

“Sekiranya mereka mahukan kepakaran mereka berada  di sesuatu kawasan, itu memang cukup baik, tetapi memikirkan perkara itu juga perkara yang lebih penting,” katanya.

“Anda menghabiskan banyak masa dalam hidup anda – walaupun hanya 9 Pagi hingga 5 Petang, itu merupakan sebahagian besar daripada hidup anda, iaitu bekerja. Anda kena memastikan pekerjaan yang anda pilih itu adalah yang paling sesuai. ”

Bagi yang masih memikirkan karier apa yang patu anda pilih, boleh rujuk artikel ini sebagai panduan.

5 Kesilapan Di Dalam Memilih Karier

Pendapat anda?