Kerjaya

12 Perkara Yang Majikan Inginkan Sekarang

apa-yang-majikan-inginkan-sekarang

Ini adalah topik mengenai apakah perkara yang majikan inginkan daripada calon yang ditemuduga.

Baru baru ini pihak “Society For Human Resource Management” ada membuat satu seminar yang bertemakan “Talent Acquisition: Creating Your Organization’s Strategy” dan apa yang dibincangkan ialah tentang persediaan calon temuduga untuk pergi ke sesi temuduga. Mereka tekankan mengenai perkara yang majikan inginkan sekarang.

Sepanjang seminar tersebut, mereka juga membincangkan tentang bagaimanakah majikan akan membuat persediaan untuk sesi temuduga. Malahan, calon juga perlu membuat persiapan untuk ditemuduga.

Terdapat beberapa isu yang menceritakan tentang segelintir calon yang langsung tidak bersedia untuk menghadapi sesi temuduga. Perkara ini terjadi kerana mereka sendiri tiada idea apa yang majikan mahukan daripada calon itu sendiri.

Sebagai ringkasan, ini merupakan senarai antara apa yang majikan inginkan sebenarnya daripada calon temuduga:

1. Resume yang ringkas dan padat

Dapatkan Koleksi Resume Infografik Yang Diiktiraf HR

Sebenarnya perkara ini sudah banyak dijelaskan oleh banyak pihak yang telah mengajar cara untuk membuat resume dengan betul. Resume cumalah cara anda menceritakan siapa dan apa pengalaman anda secara ringkas.

Sekiranya anda merupakan calon yang baru nak bermula kerja, jadi resume yang hanya ada satu muka surat sahaja pun sudah memadai.

Sekiranya anda ingin mengembangkan lagi kareer anda, anda juga perlu bijak untuk meringkaskan lagi tentang pencapaian anda dalam resume tersebut.

2. Cover letter merupakan bonus!

Ada yang cakap cover letter sebenarnya kedengaran seperti lapuk dan tak laku, padahal, cover letter lah yang membantu calon untuk menerangkan apa-apa info yang tak ada di dalam resume mereka.

Contohnya, jangkaan untuk gaji, sebab anda ingin menukar kerja ataupun ceritakan bagaimana anda berasa sangat teruja untuk bekerja dalam organisasi tersebut. Inilah perkara yang majikan inginkan daripada anda. Mereka ingin tahu semangat dan minat anda sendiri.

3. Buat research tentang company

Baca tentang mereka daripada blog atau website. Paling tidak pun, apa yang syarikat tersebut buat. Contohnya adakah mereka menjual produk ataupun menyediakan servis?

Apakah yang mereka hasilkan? Adakah mereka mempunyai banyak anak syarikat atau branch lain?

Memanglah tak akan ada siapa pun yang akan suruh calon tersebut untuk tahu semua benda tetapi sekurang kurangnya tahu perkara yang asas dan penting.

4. Faham tentang kerja tersebut

 Baca semula job description tersebut supaya jelas. Buat sedikit ulangkaji di internet dan tengok apa yang dikatakan.

Kadangkala apa yang difahami sebenarnya lain dari yang sebenarnya mengikut kefahaman syarikat itu sendiri. Tetapi dengan cara anda dah tahu serba sedikit tentang kerja yang anda akan anda lalui ini akan menunjukkan yang anda minat dengan jawatan tersebut.

5. Kaitkan pengalaman anda dengan kerja dan organisasi tersebut

Tidak salah untuk anda bekerja dalam skop kerja yang lain sebelum ini. Jika begitu, anda perlu bersedia untuk ceritakan serba sedikit tentang kerja anda yang lepas.

Fikirkan skills yang boleh dikaitkan. Majikan anda ingin tahu jika skills yang anda ada berguna ataupun tidak untuk mereka.

6. Pakailah pakaian yang sesuai

Setiap organisasi ingin lihat pekerja yang mereka ambil untuk bekerja boleh menjaga imej syarikat ataupun tidak. Dan untuk tambahan penting, anda perlu berlatih untuk pandai menggunakan bahasa tubuh semasa mendengar serta pandai menggunakan eye contact.

7. Ceritakan cerita anda

Soalan yang paling kerapa ditanya dalam mana-mana sesi temuduga ialah ‘ceritakan sedikit tentang diri anda’.

Ini merupakan tanggapan pertama majikan anda terhadap diri anda. Fikir dahulu sebelum bercakap.

Dengan jalan cerita yang menarik dan menyeronokkan, ia akan membuatkan mereka ingat tentang cerita anda dan yang paling penting, mereka akan ingat anda.

8. Tidak mengapa untuk anda ceritakan kekuatan dan kelemahan anda

Ini merupakan antara soalan yang sering ditanya juga. Bakal majikan anda cuma ingin tahu apakah kekuatan dan kelebihan yang anda ada dan apakah kelemahan yang akan anda buat dan perbaiki lagi.

Ini bukanlah soalan trick. Ini cuma soalan tentang diri anda sendiri sahaja.

Apa yang perlu anda buat adalah beritahu kedua-dua kekuatan/kelemahan ini dalam jawapan yang positif.

9. Bersedialah untuk bercakap tentang masa depan anda

Tak kiralah jika kerja yang anda minta ini merupakan kerja impian anda ataupun cuma kerja sementara, adalah sangat penting untuk anda ada matlamat dalam kareer anda.

Bakal majikan anda cuma inginkan calon yang sudah setkan matlamat hidup mereka.

10. Bertanyalah!

Pastikan anda dah sediakan soalan untuk bertanya sewaktu akhir sesi temuduga tersebut. Sekiranya penemuduga itu berjaya menjawab kesemua soalan anda, mungkin anda juga boleh tanya mereka tentang ‘Apakah perkara yang paling mereka suka sepanjang bekerja dalam organisasi ini?’

11. Follow up dalam masa 24 jam

Anda tidak perlulah menghatar surat yang tulis tangan, tetapi sekurang-kurangnya email mereka dengan ucapan terima kasih kerana sudi menemu duga anda. Walaupun anda kecundang dan tidak puas hati dengan apa yang dah berlaku sepanjang sesi temu duga tersebut.

Sekiranya anda benar benar sukakan sesi temuduga tersebut, beritahulah mereka. Anda juga boleh beritahu mereka semula kenapa mereka perlu ambil anda bekerja dan cuba yakinkan mereka lagi.

12. Tahu budaya syarikat

Terdapat satu lagi yang dibincangkan dalam seminar tersebut iaitu kesedaran terhadap budaya dari segi individual serta organisasi tersebut.

Organisasi tersebut ingin tahu samada calon temuduga boleh terima atau tidak budaya yang diamalkan oleh mereka dan adakah mereka akan berasa selesa bekerja begitu. Manakala pemburu kerja akan cuba tunjukkan yang mereka boleh terima.

Ini antara perkara yang majikan inginkan sekarang. Sumber maklumat seminar ini adalah daripada hrbartender.com.  

Bila admin baca balik dan lihat, sememangnya ia perkara yang betul. Semua perkara yang mereka beritahu ini sebenarnya adalah perkara ASAS yang ramai terlepas pandang.

Admin harap anda sedar mengenai perkara yang majikan inginkan sekarang ini kerana ia sangat penting untuk anda lebih bersedia pada temuduga akan datang.

Interview Mastery Kit

Interview Mastery Kit – Solusi Lengkap Pencarian Kerjaya Anda

Pendapat anda?
Share: