Bisnes

Perkara Produktif Yang Boleh Dibuat Sebelum Mesyuarat

perkara produktif yang boleh dibuat sebelum mesyuarat

Perkara produktif yang boleh dibuat sebelum mesyuarat? Ada ke? Boleh buat apa je?  Ya, masa ialah emas dan ianya adalah sesuatu yang beharga.

Bagi pekerja yang mempunyai banyak mesyuarat yang perlu dihadiri, sementara menunggu mesyuarat untuk bermula, korang mempunyai banyak masa untuk diisi dengan perkara-perkara yang produktif.

Ini termasuk apabila terdapat beberapa mesyurarat yang kadang-kala mesyuarat tersebut agak lambat untuk bermula.

Biasalah, kadang-kadang hadapi masalah-masalah teknikal, atau bos anda mengambil masa yang agak lama untuk meletakkan presentationnya di led screen, atau mesyuarat itu tidak boleh dimulakan sehingga rakan sekerja anda yang lain tiba di bilik mesyuarat tersebut.

So ini antara..

Perkara Produktif Yang Boleh Dibuat Sebelum Mesyuarat

Mempunyai 2 minit?

1. Berjalan-Jalan

OK, berjalan-jalan ialah salah satu perkara prduktif yang boleh dibuat sebelum mesyuarat bermula. Ia membantu anda untuk hilangkan rasa mengantuk juga.

Oleh itu, gunakan masa ini untuk get yourself away from any screens untuk beberapa minit dan berjalan kaki di sekitar pejabat, bawa air atau makanan ringan anda, dengar lagu-lagu yang dapat relaks kan minda anda.

Anda akan berterima kasih kepada saya apabila anda berada dalam 6 jam mesyuarat nanti.

2. Tutup Apa-Apa Tab Di Laptop Anda

Contoh perkara produktif yang boleh dibuat sebelum mesyuarat pun anda boleh tutup semua tab yang tak digunakan di browser internet anda seperti Chrome/Mozilla.

Kalau anda nak tahu, tab tab yang terkumpul juga mampu mempercepatkan penurunan bateri laptop anda. Jadi it is very essential untuk anda menutup semua tab tab yang tidak digunakan.

Hal kecil kan? Kadang-kadang masa anda kerja anda tidak menyempat untuk buat perkara yang kecil ini.

 3. Bersosial

Anda dikelilingi dengan rakan sekerja anda dan anda berdua tidak melakukan apa-apa.

Ambil kesempatan daripada masa ini untuk berbual dengan mereka mengenai kehidupan atau berkaitan dengan kerja secara santai.

Ini juga merupakan taktik yang hebat untuk akrab bersama kawan di tempat kerja baru.

Mempunyai 5 minit?

4. Balas Satu E-mel

Bolehkah anda mencari satu e-mel yang berkaitan dengan kerja yang boleh dijawab dalam hanya beberapa ayat? Jika boleh, apa kata anda mengambil kesempatan ini untuk membalas e-mel yang penting untuk mengisi masa anda.

 

5. Media Sosial

Media sosial ialah perkara yang tidak produktif (bagi mereka yang tidak menggunakannya dengan cara yang betul ).

Jadi jika anda boleh mengehadkan diri anda untuk bermain dengan media sosial anda hanya selama lima minit, ini juga sudah cukup baik untuk anda mengisi masa anda. Janganlah serius sahaja kan, have fun lah sikit.

 

6. Ceriakan Hari Orang Lain

Memberi pujian kepada rakan anda melalui whatsapp ataupun membuat video kelakar dan hantarkan kepada rakan anda dapat menceriakan hari-hari mereka. Ataupun memberi mereka ucapan tahniah atas kerja dan usaha mereka.

Mempunyai 10 minit?

7. Baca Satu Artikel

Apa kata anda membaca satu atau dua artikel yang berilmu. Google sahaja artikel yang anda berminat untuk baca ataupun anda mempunyai artikel yang anda sudah simpan sebelum ini untuk dibaca. Ini adalah masa yang sesuai untuk anda membaca artikel tersebut.

Bayangkan jika satu hari, anda boleh amalkan satu artikel yang boleh menambah ilmu anda. 30 hari? 30 ilmu baru yang anda boleh tambah!

8. Bersihkan Meja Anda

Mungkin anda tidak mempunyai masa untuk melakukan apa-apa kerja dalam masa 10 minit (atau anda memang sebenarnya tidak berminat untuk melakukan perkara yang produktif).

Oleh itu, cuba anda pertimbangkan untuk mengelap ruang meja anda.

Kalau meja yang diletak barang sudah lama tidak dilap, pasti akan mempuyai banyak habuk. Ambil cecair sabun lap dan bersihkan meja anda atau susun semula fail-fail yang bertingkat mengikut susunan supaya dapat menyenangkan kerja anda pada masa akan datang.

Banyak perkara produktif yang boleh dibuat sebelum mesyuarat. It is just jika anda pandai menggunakannya atau tidak.

Jangan asyik main phone je sampai orang me-labelkan anda “anti-social”. Jadi, gunakan masa anda dengan bijak dan hargai masa anda yang anda perolehi.

Kadang kala hal yang kecil ini yang susah kita nak buat. Mungkin sedikit perkongsian ini mampu menyelesaikan kerja-kerja kecil yang anda rasa sukar untuk selesaikannya selama ini. Okay itu sahaja,

Selamat bekerja!

Sumber: themuse.com

Pendapat anda?
Share: