Kerjaya

3 Perkara Perlu Dielakkan Selepas Sesi Temuduga

3 Perkara Anda Perlu Elakkan Selepas Menjalani Sesi Temuduga

Anda boleh menarik nafas lega selepas selesai menjalani sesi temuduga. Kesemua masa yang telah dikorbankan untuk membuat persediaan telah pun digunakan sepenuhnya semasa sesi temuduga yang telah dijalani.

Sekarang peluang yang besar sedang menanti anda di hadapan. Tibanya anda di rumah adalah untuk memastikan anda menghabiskan sesi temuduga tamat dengan keadaan yang kukuh.

“When your are finish, make sure you finish strong.”

Sesi temuduga boleh dikatakan belum tamat sepenuhnya  selagi anda belum mendapat tawaran untuk bekerja ke syarikat yang anda mohon.

Maka ramai yang akan membayangkan pelbagai senario buruk yang mungkin akan berlaku selepas tamat sesi temuduga. Anda perlu ingat, ini 3 perkara yang tidak patut anda lakukan selapas tamat sesi temuduga :

1. Jangan terlalu “over think”

Selalunya mereka yang baru habis temuduga akan berusaha memikirkan kembali sesi temuduga yang telah dilalui dan fikirkan kesilapa-kesilapan yang telah dilakukan ketika sesi itu berlangsung.

Tidak perlu anda duduk dan fikirkan  adakah anda telah menggunakan ayat-ayat atau bahasa yang betul ketika sesi temuduga, pakaian yang betul dan sebagainya. Perkara itu sepatutnya difikirkan sebelum anda hadir ke sesi temuduga.

Lepas temuduga cukuplah sekadar anda fikir “Okay, aku dah buat yang terbaik”.

Setiap proses pengambilan sesuatu pekerja  itu melalui proses yang berbeza-beza. Jangan pula anda membandingkan sesi temuduga yang telah anda lalui dengan rakan anda yang lain.

Ya, ia memang lebih mudah untuk dikatakan daripada melakukannya tetapi itulah perkara yang terbaik yang wajib anda lakukan selepas tamat sesi temuduga.

2. Jangan lupa untuk menghantar nota Terima Kasih

Untuk memastikan anda tidak kelam kabut selepas sesi temuduga, adalah baik untuk anda menyediakan siap-siap draf ucapan terima kasih sehari sebelum sesi temuduga.

Menulis nota terima kasih agak kelihatan seperti cara lama, tetapi percayalah ia sebenarnya dapat memberikan anda kelebihan dari segi hasil keputusannya nanti.

Membuat susulan dengan rasa menyatakan kesyukuran adalah cara yang baik untuk menunjukkan penghargaan serta minat anda yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu jawatan yang dipohon serta mengingatkan bakal majikan bahawa andalah calon yang terbaik untuk mengisi jawatan kekosongan tersebut.

3. Jangan berhenti dalam membuat pencarian kerja

Satu-satunya perkara yang lebih baik daripada mendapat satu tawaran kerja adalah mendapat 2,3 tawaran kerja!

Apabila bercakap mengenai tawaran kerja, anda berhak menjadi tamak. Ini adalah proses untuk melihat peluang manakah yang lebih sesuai untuk anda.

Dengan mendapat tawaran serta maklumat daripada bakal majikan yang lain akan memperlihatkan anda suatu perspektif berbeza dan membuatkan anda mengambil sesuatu keputusan nanti menjadi lebih baik dan yakin.

Ini  untuk memastikan anda berada di tempat dan jawatan yang paling terbaik untuk mengecapi sesuatu kejayaan. Kerja bukan untuk sehari dua, tapi ia melibatkan perkembangan karier anda pada masa hadapan.

Untuk memastikan anda sentiasa berada di keputusan yang baik, sentiasa beringat bahawa sesuatu temuduga itu belum tamat walaupun selepas sesi temuduga. Teruskan mencari sehingga anda telah benar-benar membuat keputusan untuk menerima sesuatu jawatan daripada syarikat yang telah anda pilih nanti.  

Pendapat anda?