Kerjaya

Ini 9 Perkara Anak Muda Perlu Belajar Dari Sekarang

perkara-yang-anak-muda-perlu-belajar

Okay, jika anda masih berumur 20-an. Ini pesanan yang sangat penting untuk anda dan pastikan anda baca sampai habis apa yang admin nak sampaikan ni. Ini 13 perkara anak muda perlu belajar dari sekarang.

Admin tanak sentuh bab2 belajar ni. Korang semua memang dah pandai dah bab tu. Tapi untuk tempuhi dunia realiti di luar sana, bukan seperti baca di dalam buku teks. Banyak kemahiran yang korang perlu kuasai untuk kekal survive dalam dunia ni terutamanya dalam pekerjaan.

Berat kan? Tapi ini realiti. Kebanyakan anak muda kurang kemahiran ini dan membuatkan mereka cepat putus asa dalam mengejar apa yang diaorang nak.

Pastikan korang mahirkan 9 perkara ini untuk kekal releven dalam kehidupan korang sendiri :

1) Bagaimana Untuk Terima Kritikan

Ya, anak muda memang sekarang ni boleh dikatakan bersifat sangat rebel. Itu proses menjadi dewasa. Tapi korang kena ingat, tak semua benda kita perlu rebel. Ada masa kita perlu tahu bagaimana untuk menerima kritikan.

Belajar untuk absorb kritikan dan respon dengan positif tanpa berniat ingin membalas kritikan tersebut, kerana itulah salah satu cara pembelajaran yang paling baik. Kemahiran ini mahal, kerana ia bermain dengan EQ yang sangat tinggi.

Tapi jika anda mahir dalam kemahiran ini, anda sangat potensi untuk menjadi orang yang luar biasa pada masa hadapan.

2) Bagaimana Untuk Berkomunikasi Dengan Baik

Tidak kira anda bijak macam mana sekalipun, jika anda tidak tahu untuk berkomunikasi dengan baik. Ianya akan membuatkan diri anda sukar untuk bergaul dengan orang lain.

Komunikasi ini ada teknik-tekniknya, komunikasi apabila dimarah, apabila dipuji, apabila menerima sesuatu masalah dan sebagainya. Anda perlu tahu bagaimana unutk respon secara verbal apabila ianya berlaku pada diri anda.

Yang penting, kalau ia melibatkan kerja, jangan sesekali bawanya secara peribadi.  Anggap itu sebagai satu pembelajaran. Rileks, anda baru umur 20-an, jauh lagi perjalanan tu. Banyak masa lagi untuk belajar perkara-perkara ini.

Nak belajar mudah je, anda kena lalu dahulu. Slowly you will learn throughout the process.

[Baca Juga : Teknik Berkesan Mengurus Konflik Ketika Berkomunikasi]

3) Bagaimana Untuk Pegang Pada Janji

Anak muda perlu tahu apabila kita berjanji, mesti kita kotakannya. Belajar untuk jadi gentleman. We walk the talk. Anak muda jangan suka beralasan banyak untuk tidak mengotakan janji yang telah dijanjikan.

Anda perlu tahu, walaupun kita ada buat 100 kebaikan sekalipun, jika satu kesalahan itu dibuat dengan sengaja, ia mampu melenyapkan 100 kebaikan yang anda pernah buat pada seseorang itu. Percayalah. Anda kena ready dengan perkara ini.

Sebab itu penting untuk kotakan janji apabila sudah berjanji, kerana ianya melibatkan kepercayaan. Kepercayaan ini, apabila ianya sudah dikhianati, ianya susah untuk diperbaiki.

4) Bagaimana Untuk Meminta Sesuatu Yang Anda Mahu

Ini salah satu kemahiran yang penting juga, ada orang tidak pandai dalam meminta sesuatu. Sebab apa? Takut, malu dan sebagainya.

Keupayaan untuk bertanya adalah salah satu kemahiran yang paling mudah, tapi ramai yang tidak tahu dengan bijak meminta, ianya mampu meletopkan kerjaya anda.

Anda kena tahu, jika ada sesuatu yang anda buat dan anda layak mendapatkannya, anda perlu berani untuk bertanya dan meminta sesuatu yang anda nak. Tapi pastikan anda rasa anda layak menerimanya, barulah anda minta.

Kalau anda rasa syok sendiri sahaja, ingatlah, semakin banyak anda meletakkan diri anda dalam keadaan orang tidak selesa dengan anda, selagi tinggi kemungkinan anda akan memutuskan hubungan dengan bos atau supervisor anda.

5) Bagaimana Untuk Menangani Ketidakpastian

Anak muda sekarang sebut apa ? YOLO. Ha chill la. YOLO kan. Anda kena belajar untuk percaya diri sendiri dan memeluk ketidakpastian tersebut. Dalam apa jua kita buat, tiada apa yang benar-benar pasti. Yang penting anda kena percaya pada diri anda sendiri.

Anda masih muda dan mampu untuk menghadapi risiko. Kehidupan ini, kita kena lalu dengan sesuatu yang boleh mencabar diri kita sendiri barulah ianya menjadi satu petualangan yang bermakna. U get it boy?

6) Bagaimana Membuat Keputusan

Anda kena belajar membuat keputusan. Dari permulaan usia muda ini yang menentukan siapa kita pada masa hadapan. Keputusan harini menentukan siapa kita pada hari esok.

Antara cara yang paling mudah sebelum membuat keputusan adalah dengan membuat analisis kebaikan dan keburukan di setiap decision yang kita akan buat. Senaraikan sehabis baik barulah anda membuat keputusan.

Jangan terburu-buru apabila membuat sesuatu keputusan yang kritikal. Ambil masa dan analisis dengan sebaiknya. Tapi, ada ketika kita perlu belajar untuk membuat keputusan dengan cepat.

Masa ini, anda kena analisis cepat2 kebaikan dan keburukan yang ada, adakah ianya akan meet your objective dan apa risiko yang perlu ditanggung dalam sesuatu keputusan yang diambil. Belajar untuk hadapi tekanan dan fikir dengan waras pada masa yang sama.

7) Bagaimana Untuk Menjual Diri Anda

Dalam apa jua interview kerja, anda kena pandai jual diri anda sendiri. Kebanyakkan kesalahan yang selalu dibuat adalah, anda menjilat majikan, bukan menjual diri.

Bodek bukan penyelesaian untuk dapat kerja. Majikan mahu tahu siapa diri anda. Apa manfaat atau kekuatan anda yang boleh menyumbang kepada company mereka.

Cuba belajar untuk menceritakan kekuatan diri anda dan pastikan cerita itu boleh menjadi percakapan di kalangan bakal majikan anda.

Ini antara perkara anak muda perlu belajar daripada sekarang untuk memastikan anda menjadi lebih outstanding daripada yang lain.

8) Bagaimana Hendak Berunding

Adakah anda boleh lakukan daripada orang mengatakan “tidak” kepada “ya” apabila anda berunding dengan seseorang.   

Apabila anda tidak jumpa jalan sehaluan dalam perbincangan, pastikan anda cuba untuk bawa conversation itu kepada nada yang positif dan bangkitkan semula objektif yang ingin dicapai supaya dua-dua dapat menjelaskan bahawa perbincangan itu perlu mengfokuskan kepada objektif yang ingin dicapai dan bukanlah emosi semata-mata.

9) Bagaimana Untuk Bersabar

Setiap kerja keras yang dibuat sama ada anda mahu sampai ke suatu level top management atau ke career path yang lebih baik, ianya perlukan kesabaran. Anak muda hari ini terlalu ghairah dan tidak sabar dalam mendapatkan sesuatu.

Anda kena belajar untuk bersabar dan teruskan focus dengan kerja yang bagus. One day, people will recognise your work. Ingat, empayar ROME tidak dibina dalam satu hari.

Itulah antara 9 perkara anak muda perlu belajar dari sekarang. Bagi admin, anda boleh anggap ini seperti nasihat biasa, tetapi jika anda tidak mahir dalam 9 perkara ini, perjalanan anda dalam meneruskan kerjaya ataupun kehidupan anda akan lebih sukar lagi.

Semoga manfaat!

Reference : https://www.businessinsider.my

Pendapat anda?
Share: