Umum

PERCUMA Debit Bernilai RM250 Melalui KADS1M

KADS1M

Ini satu lagi initiatif kerajaan dalam membantu para pelajar adalah melalui pemberian Kad Debit Siswa 1 Malaysia. Mesti masih ramai yang tidak faham apa kegunaa KADS1M ini.

Baru-baru ini Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sudah menyalurkan RM124.51 Juta untuk pembayaran kepada 498,040 pelajar di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) awam dan swasta yang layak menerima bantuan Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KADS1M) ini.

Ini merupakan pembaharuan sistem dari kerajaan dimana sebelum ini pelajar-pelajar menerima RM250 dalam bentuk voucher tetapi sekarang ia disalurkan terus ke dalam akaun bank. Bank yang digunakan adalah Bank Rakyat.

Dari segi perubahan sistem ini sebenarnya kita dapat lihat kerajaan cuba mengatasi masalah-masalah pelajar yang menjual voucher secara haram seperti mana yang berlaku pada tahun sebelum-sebelum ini.

KPT memaklumkan bahawa pembayaran ini telah disalurkan secara berperingkat sejak 28 Mac yang lalu melalui Bank Rakyat.

 “Proses padanan dan pembayaran akan dibuat secara berterusan dan dijangka selesai awal Jun,” kata KPT.

Seramai 919,628 pelajar sudah membuka akaun di Bank Rakyat sehingga 9 Mei lalu.

KPT menasihatkan para pelajar yang belum membuka akaun Bank Rakyat supaya berbuat demikian dengan segera melalui pautan www.bankrakyat.com.my/bppt

Selain bantuan RM250, pelajar juga akan mendapat diskaun apabila menggunakan KADS1M untuk membeli barangan dan perkhidmatan terpilih, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat dan peniaga yang mengambil bahagian.

Maklumat lanjut mengenai terma dan syarat KADS1M boleh lihat disini

Ini adalah syarat wajib untuk anda layak mendapatkan kad ini :

1. Warganegara Malaysia
2. Seorang pelajar aktif belajar di sebuah institusi awam atau swasta pada 31 Disember 2016
3. Belajar sepenuh masa atau separuh masa
4. Bukan penerima BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia)
5. Berada dalam Malaysia semasa pelaksanaan program kad KADS1M Debit

“Pelajar perlu membuka akaun baru Bank Rakyat walaupun sudah mempunyai akaun bank itu kerana bantuan ini hanya akan disalurkan menerusi akaun KADS1M Debit Bank Rakyat,” katanya.

Pertanyaan mengenai pembayaran, boleh hubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat melalui talian 1-300-80-5454.

Kementerian Pendidikan Tinggi boleh dihubungi di 03-88705331/03-88705342/03-88704361 bagi pertanyaan mengenai kriteria kelayakan.

Sumber artikel daripada : Says & Hmetro

Pendapat anda?
Share: