Work Life Balance

Perasaan Empati Boleh Membunuh Anda

Anda pernah mengalami perasaan empati terhadap orang lain? Apakah maksud empati yang sebenarnya?

Empati ialah satu kemampuan untuk merasakan keadaan emosional orang lain, merasa simpati dan cuba untuk menyelesaikan masalah dari perspektif orang lain. Sebagai seorang manusia, kita memang saling memerlukan di antara satu sama lain.

Mempunyai perasaan empati ini sangat bagus sebenarnya kerana dapat lebih mendekatkan diri anda dengan seseorang. Namun, jangan terlalu taksub dengan perasaan empati anda terhadap orang lain sehingga mengabaikan perasaan diri anda sendiri.

Ini Adalah Cara-Cara Untuk Kendalikan Perasaan Empati Anda Di Tempat Yang Berlainan :

 

1. Di Tempat Kerja

Apabila anda melakukan kerja seharian di pejabat, anda akan mula merasa letih. Badan yang letih akan turut menganggu emosi anda pada hari tersebut. Untuk mengelakkan gangguan emosi yang tidak stabil berlanjutan, Admin sarankan anda untuk berhenti melakukan kerja dan berehat buat seketika.

Sambil-sambil itu anda boleh pergi meninjau rakan-rakan sekerja anda di meja yang lain. Berbual tentang sesuatu yang menggembirakan hati anda untuk beberapa minit. Anda akan dapat rasakan badan anda kembali segar setelah kembali ke meja anda. Selain itu, sedikit regangan badan dapat membantu anda kembali cergas.

 

2. Di Rumah 

Katakan rakan yang tinggal serumah dengan anda pulang dengan keadaan emosi yang tidak stabil, namun anda juga mengalami kecelaruan emosi disebabkan masalah di tempat kerja. Bagaimana untuk menenangkan hati rakan anda dan dalam masa yang sama juga, anda harus meredakan emosi anda?

Dalam situasi sebegini, anda harus bijak untuk memainkan peranan supaya anda berdua dapat kembali tenang. Admin sarankan anda untuk cuba mengajak rakan anda pergi berjogging, makan atau pergi ke tempat yang dapat menenangkan hati anda berdua.

Selepas itu, barulah anda cuba ajak rakan anda untuk berbual dan menanyakan apa sebenarnya yang telah terjadi. Begitu juga sebaliknya. Baru lah hati anda dan rakan anda tenang dan kalian dapat kembali tersenyum.

Lihat Juga : [ Menyelami Depresi, Mendengar Lebih Baik Daripada Memberi Nasihat ]

 

3. Di Mana-Mana Sahaja

Pernah tak anda rasakan emosi anda menjadi tidak stabil apabila selalu melayari laman media sosial? Anda akan mengalami keletihan dan badan anda menjadi tidak berdaya untuk melakukan perkara-perkara lain. Otak anda juga akan mulai tepu disebabkan hampir separuh dari hari anda, anda asyik menghadap telefon.

Jadi, Admin sarankan anda limitkan masa anda untuk melayari laman media sosial. Buat satu jadual harian anda sendiri dimana hanya 1 atau 2 jam sahaja anda dibenarkan untuk melayari laman sosial. Selebihnya, isi masa-masa terluang anda dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

Selain dapat merehatkan mata dari skrin telefon, ia juga memberi peluang untuk anda berfikir secara kreatif dan kritis. Ketahui bahawa mempunyai perasaan empati memang bagus untuk merapatkan hubungan di antara sesama manusia.

Namun, jika anda tidak dapat membantu diri anda sendiri, bagaimana anda akan membantu orang lain kelak. Sayangi diri anda terlebih dahulu sebelum sayangi orang lain.

 

Admin harap sedikit sebanyak anda dapat belajar bagaimana untuk mengawal perasaan empati di dalam diri anda. Sayangi diri anda sebelum perasaan empati membunuh diri anda sendiri. Love yourself first okay!

Sumber : inc-asean.com

Pendapat anda?
Share: