Work Life Balance

Penat Bekerja Untuk Duit, Pastikan Kita Paksa Duit Bekerja Untuk Kita Pula

Duit Bekerja Untuk Kita

Kita telah bekerja berhempas pulas untuk mendapatkan pendapatan dan pendapatan tersebut akan habis jika kita tidak punyai perancangan untuk membina simpanan ataupun membuat pelaburan. Sedangkan kos keperluan dan kehendak akan sentiasa meningkat, ibarat tangki yang menadah hanya satu aliran air masuk tetapi mempunyai 5 aliran air keluar. Tangki tersebut boleh mencapai tahap bahaya ataupun ‘kering’.

Jadi anda perlu buat perancangan yang rapi dengan pendapatan yang anda ada sekarang, supaya anda boleh paksa wang yang anda ada ‘bekerja’ untuk anda pula. Baru la betul! Ini tidak kerja, siang malam hanya untuk dihabiskan pada benda yang tak diperlukan.

Jadi bagaimana cara untuk duit bekerja untuk anda ? Semestinya pelaburan, tetapi jangan laburkan pada skim cepat kaya! Laburkan pada pelaburan yang genuine sahaja, contohnya laburkan untuk perniagaan, start-up, instrumen-instrumen simpanan atau pelaburan.

Antara Instrumen simpanan & pelaburan di Malaysia adalah :

  1. Amanah Saham Bumiputera ASB (dividen 7-8%)
  2. Tabung Haji (dividen 5-6%)
  3. Saham Bank Rakyat (dividen 15-20%)
  4. Amanah Hartanah Bumiputera AHB (dividen 6-7%)
  5. Unit Trust (dividen + capital gain)
  6. Stock @ Bursa Malaysia (dividen + capital gain)
  7. Fixed Deposit @ Simpanan Tetap (3-4%)

Jadi artikel kali ini ingin menerangkan bagaimana pengiraan compounding berfungsi untuk simpanan anda! Bagaimana anda boleh membina tabung financial freedom dengan konsisten menyimpan setiap bulan

Contoh situasi :

Abu baru bekerja dan bergaji RM 2000, dan dia mengasingkan 10% daripada gajinya untuk tujuan menyimpan.

Bermaksud Abu menyimpan RM200/sebulan. Ini cara mengasingkan gaji anda dengan efisien

Kita andaikan Abu menyimpan di Tabung Haji

RM2000 (gaji sebulan) x 10% = RM200 (untuk simpanan)

Abu istiqomah menyimpan Rm200/sebulan selama setahun

RM200 x 12 bulan = RM2400/setahun

Simpanan permulaan : RM100 (andaikan abu membuka akaun tabung haji dengan memasukkan RM100)

Tambahan tahunan : RM2400 setahun (RM200 x 12 bulan)

Dividen : 5%

Berdasarkan compound calculator di atas simpanan yang istiqomah tanpa diusik selama 5 tahun akan menghasilkan RM 13,389.00

Bagaimana jika anda berpendapatan lebih tinggi ? sudah tentu anda akan mengasingkan jumlah yang lebih besar, kan ?

Anggap simpanan ini sebagai tabung untuk kegunaan hari mendatang kelak, dan sekurang-kurangnya jika pendapatan anda semakin bertambah. Anda dah tahu di mana anda boleh salurkan sedikit dari pendapatan anda, tak lah tiap tiap tahun nak tukar kereta baru, kan ?

Baca juga : Tips Membina Tabung Kewangan Yang Berkesan

Pendapat anda?

Notice: Undefined variable: logo_output in /home/forge/jobkartel.com/wp-content/plugins/mobile-menu/includes/class-wp-mobile-menu-core.php on line 200
Left Menu Icon