Kerjaya

Sejauh Mana Nilai Penglibatan Di Universiti Mampu Memberi Kesan Pada Dunia Kerjaya Anda

nilai-penglibatan-anda-di-universiti

Setiap yang bergelar mahasiswa/graduan pasti sudah biasa dengan penglibatan di universiti, malahan perkara ini sudah dipupuk dari fasa persekolahan lagi.

Penglibatan secara akademik, bukan akademik, sukan, aktiviti anjuran kolej kediaman, universiti dan penglibatan komuniti dianggap sebagai satu usaha pembelajaran di luar suasana kelas.

Penglibatan sebegini amatlah disarankan kerana mampu memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan kompetensi, kemahiran komunikasi dan soft skills yang lain.

Ini amat penting bagi menentukan kebolehpasaran pelajar apabila bergelar sebagai seorang graduan kelak.

Namun, ada yang berpendapat bahawa penglibatan di universiti hanyalah sekadar tiket mendapatkan kemudahan kolej, merit malah dianggap sebagai hanya membuang masa.

Adakah benar ianya sia-sia? Tetapi, apakah manfaat yang dapat kita perolehi jika menyertai aktiviti-aktiviti di universiti?

Betul ke penglibatan sebegini mempunyai nilai kepada graduan apabila ke temuduga nanti? Teruskan membaca!

1) Membantu kemahiran pengurusan masa

‘Eh join aktiviti universiti/persatuan/kolej dapat membantu pengurusan masa!’

Hm cliché bukan? Tetapi tahukah anda, ianya benar sama sekali. Bagaimana? Apabila kita makin mempunyai komitmen kepada berlainan organisasi dan keutamaan, kita akan belajar untuk merancang dan selesaikan tanggungjawab kita dalam masa yang ditetapkan.

Apabila kita makin terbiasa dengan aturan jadual, perjalanan harian kita di universiti semakin lancar, kita belajar untuk tidak sia-sia kan masa yang terluang dan setiap saat dimanfaatkan dengan baik! Don’t be busy, be productive!

Bakal majikan berpotensi untuk menganggap anda sebagai calon yang amat mementingkan komitmen masa dan produktif, sentiasa deliver on time dan tidak akan melengah-lengahkan tugasan.

2) Kemahiran komunikasi

Apabila kita sertai persatuan dan aktiviti pelajar/universiti, kita akan berjumpa dengan orang-orang baru dan berurusan dengan pelbagai pihak seperti wakil persatuan, pengurusan universiti, wakil komuniti dan sebagainya.

Jadi, kita akan belajar dan adapt untuk berkomunikasi dengan lebih baik, terutamanya skill negotiation, win-win solving dan bagaimana untuk menyakinkan pelbagai pihak dengan apa yang ingin kita cadangkan serta lakukan.

 3) Kepimpinan dan Semangat Berpasukan

Jika anda melibatkan diri dengan aktiviti di universiti, bagus! Dan jika anda diberi tanggungjawab untuk memegang jawatan, tahniah!

Itu satu bonus untuk anda kembangkan skill kepimpinan anda dan bagaimana anda akan mengetuai bukan sahaja organisasi, malah rakan sejawatan anda.

Tetapi, jangan menjadi terlampau bossy! Apabila kita berada dalam kepimpinan organisasi, belajar untuk lebih menerima dan menghargai pendapat orang serta menggalakkan komitmen orang lain.

Apabila kita ke temuduga nanti, skill leadership dan teamwork anda akan dinilai sebagai satu aset berharga! Mengapa?

Apabila majikan melihat penglibatan dan kepimpinan anda di dalam resume, majikan akan lebih cenderung untuk melihat anda sebagai team player!

Anda akan dilihat sebagai calon yang kompetitif, tahu bagaimana bekerja dalam sesebuah pasukan dan menyumbang kepada matlamat organisasi. Simple tapi besar maknanya bukan? J

4) Dokumentasi dan Protokol

Jika anda seorang yang aktif terutamanya dalam penganjuran aktiviti dan pengurusan organisasi, anda amatlah beruntung!

Anda akan belajar skill dokumentasi dan protokol yang amat berharga, tahu bagaimana merancang penganjuran program, pembahagian tugas, format-format dokumen yang anda mampu terapkan apabila anda mula bekerja nanti.

Apabila anda aktif dalam penganjuran aktiviti dan majlis, anda akan mendapat first impression yang positif kerana majikan tahu anda amat yakin dan tahu menyelesaikan masalah dengan cara yang kreatif dalam masa yang singkat!

5) Reputasi & Networking

Apabila anda aktif dalam pengurusan organisasi, penganjuran aktiviti, peluang komunikasi dan kesukarelawanan komuniti, anda sebenarnya sedang membina reputasi dan self branding anda!

Sambil menyelam minum air, untung bukan? Anda akan berkenalan dengan lebih ramai orang dari pelbagai organisasi dan tahap kepimpinan, anda dapat meluaskan networking dan mendapat peluang penyertaan berharga seperti aktiviti korporat dan CSR ber-reputasi tinggi.

Bagaimana Pendapat Anda ? 

Tidak sia-sia bukan melibatkan diri dalam aktiviti di universiti bukan? Tiada yang merugikan sebenarnya, semuanya terpulang kepada diri anda sendiri.

Proses pembelajaran bukan sekadar di bilik kuliah, ianya berterusan sepanjang masa. Anggap sahaja komitmen dan masa yang anda luangkan itu sebagai pelaburan masa depan dalam membentuk the best version of yourself!

Apa apa sahaja jawatan dan aktiviti yang anda sertai, mempunyai nilai yang tersendiri. Ianya bukan sahaja resume builder malah membentuk peluang first impression, keyakinan dan kualiti anda untuk anda menyumbang kepada organisasi dan komuniti.

Jadikannya sebagai platform untuk terokai ilmu dan pengalaman yang berharga bagi menghadapi realiti kerjaya kelak.

Keep on inspiring people!

 

Pendapat anda?