Inspirasi

Nasihat Nadhir, CEO The Lorry Kepada Semua Pemula Startup

nadhir-asyafiq

***Sumber gambar dari Medium.com

Hari ini saya nak kongsikan apa yang telah diberitahu oleh Idola kepada anak muda harini iaitu CEO TheLorry, Tuan Nadhir Ashafiq. Ini nasihat kepada pemula startup di luar sana.

Sedikit Cerita TheLorry.com

Bermula dengan idea “cuba-cuba” dengan membuat proses validasi produk dimana pada permulaanya beliau belum sebenar-benar melakukan servis ini secara serius.

Nadhir, seorang anak muda yang bersemangat tinggi menetapkan ideanya untuk membangunkan satu produk berasaskan teknologi yang dapat menyelesaikan masalah logistik. Thelorry.com mengfokuskan kepada penghantaran logistik yang menggunakan jalan darat sahaja.

Beliau memulakan ucap kata dengan menekankan proses validasi.

Apa Itu Validasi Produk ?

Sebagai sebuah syarikat Startup, sangat penting untuk membuat validasi produk ” we are creating new ideas that we never know the society will accept for it or not ” Itulah Startup. 

Apabila ditanya, mengapa 9/10 startup kebanyakkannya gagal daripada mencapai impian mereka?

” Perkara ini saya tekankan sekali lagi. Anda, yang cuba mencipta idea yang baru perlukan proses validasi, seharusnya pada peringkat EARLY STAGE ini anda memerlukan jawapan sama ada servis ataupun produk yang ingin anda lakukan ini mempunyai demand nya ataupun tidak”

Bagaimana Proses Validasi Untuk TheLorry.com ?

Pada permulaanya, perkara utama yang beliau tekankan adalah mendapatkan freelancer yang dapat membina website pada kos yang minimal. Yang penting website tersebut dapat berfungsi dengan baik. Itu sudah cukup baginya sebagai permulaan.

Ketika ini hanya melakukan proses “cuba-cuba”. Apabila order ini semua disubmit di dalam website, semua proses Nadhir akan lakukannya secara manual. Beliau akan masukan semua info di dalam excel — buat panggilan kepada pelanggan — buat panggilan kepada pemandu lori yang berminat untuk ambil job ini — apabila dua pihak bersetuju — close deal.

Selepas membuat validasi dan berjaya, proses seterusnya adalah anda WAJIB memahami avatar kepada pelanggan yang berminat menggunakan servis anda.

Cara Nadhir Membina Avatar (Watak Pelaggan)

Membina avatar ini penting di dalam proses validasi, katanya “saya membuat avatar kepada tiga bahagian iaitu masalah, minat & ketakutan”

Contohnya, jika anda seorang pakar di dalam bisnes online,ini cara Nadhir akan buat : 

Masalah : mereka tidak tahu untuk membuat marketing.
Minat mereka : mereka inginkan kereta mewah, rumah besar dan money freedom.
Ketakutan : mereka tidak tahu bagaimana untuk kekalkan momentum jualan.

Anda bole keluarkan 5-7 avatar untuk dibuat dan barulah keluarkan idea “the best solution” 
Yang paling penting “never wait until the product perfect, jalan sahaja apabila semua sudah cukup-cukup untuk dibuat test”

Idea yang lain beliau beritahu, anda boleh melakukan FAKE ADS untuk servis yang anda mahu lakukan. Target kepada niche pelanggan anda, dan lihat bagaimana responnya sama ada ia mempunyai permintaan yang tinggi ataupun tidak.

Apa Kisah Kesilapan TheLorry.com?

Semua startup akan melalui proses research and development, kesilapan merupakan satu jalan wajib untuk terus berkembang, apa kisah the lorry?

1. Kesalahan pertama kami “We take all the oppurtunity semua yang datang kepada kita, tetapi jaga-jaga dengan Do first, Think Later” Ada yang bagus, ada yang tidak bagus. Beliau cerita yg tidak bagus. 

Kesilapan mereka apabila mengambil projek untuk menghantar barang-barang dalam lingkungan berat 20kg-50kg. 

Kebanyakkan syarikat logistik yang lain tidak membuat servis ini. Nadhir berpendapat bahawa ini adalah peluang lautan biru, tetapi akhirnya, ianya merupakan satu kerugian.(selama setahun mereka gagal membuat keuntungan dalam penghantaran skala begini) 

2. Kesilapan kedua mengenai, Hiring. Pengalaman beliau sering kali silap mencari pekerja. Di syarikat seperti ini beliau memerlukan orang-orang yang mempunyai jiwa untuk bekerja dengan team TheLorry. 

Banyak kesilapan yang dilakukan dalam pengambilan talent yang benar benar layak.. Kerana apa? Ini semua melibatkan masa dan wang ringgit. Banyak yang dilabur untuk mencari seseorang yang benar-benar layak untuk sesuatu jawatan yang dibuka. 

Katanya “Jangan tergesa-gesa untuk hire talent people! Guna tips ini. Hiring slow,firing fast. Kalau tk perform, cut the cancer! Saya bukan bercerita untuk menjaga satu periuk nasi tetapi beratus yang lain, Ini perjalanan syarikat untuk pergi lebih jauh

Akhir kata daripada Tuan Nadhir Ashafiq “Ideas is very cheap, to execute it, make it really expensive, don’t afraid to tell your ideas to others”.

– Nadhir Ashafiq,
CEO TheLorry.com

Pendapat anda?