KerjayaUmum

Meragui Diri Sendiri? Sebenarnya Ia Baik Untuk Kerjaya Anda

meragui diri sendiri

Ini ialah fakta tentang self-doubt (meragui diri sendiri) : SEMUA ORANG MEMILIKINYA.

Meragui diri sendiri? Untuk pengetahuan anda, beberapa orang yang paling terkenal juga mengalami masalah yang sama. Lady Gaga pernah mengatakan dalam dokumentari bahawa dia “kadangkala terasa seperti loser di sekolah menengah”.

Malah, George Washington perdana Menteri pertama Amerika Syarikat juga meragui diri sendiri sebelum beliau menjadi perdana Menteri kerana takut rakyatnya menaruh harapan yang tinggi kepadanya.

Terdapat banyak nasihat yang bagus mengenai cara untuk overcome the anxiety of having a self-doubt. Tetapi, ia sebenarnya mempunyai beberapa kebaikan jika anda belajar bagaimana untuk mengatasi dengan cara yang betul.

Oleh itu, sebelum anda melayan perasaan “negatif” dan biarkan Ia menjejaskan keyakinan diri anda, anda harus ingatkan diri anda tentang empat perkara ini:

4 SEBAB UNTUK ANDA TIDAK TAKUT UNTUK MERAGUI DIRI SENDIRI

1. Meragui Diri Sendiri Memberi Anda Motivasi Untuk Terus Belajar Dan Berjaya

Meragui diri sendiri, sekali-sekala membuatkan anda untuk menjadi lebih baik. Contohnya, jika anda mempunyai kemahiran, dan anda mempersoalkan serta ragu-ragu sejauh mana kemahiran yang anda ada, ia membuatkan anda berasa untuk mengambil kelas bagi mengasah lagi kemahiran yang anda miliki.

Atau anda tidak pasti akan sesuatu perkara dan anda meminta rakan sekerja anda untuk memberi pandangan dan nasihat. Dengan itu, kemahiran dan pengetahuan anda akan seimbang.

Perasaan ragu-ragu ini akan membuat anda berasa yakin, membuat anda untuk bergerak ke hadapan dalam kerjaya anda dan membuka peluang atau pintu yang boleh membawa anda kepada penemuan bidang yang baharu yang mungkin anda akan minati.

2. Meragui Diri Sendiri Akan Membuat Anda Rendah Diri

Kita ini manusia, yang bermaksud kita takkan lari dari membuat kesilapan atau tidak mengetahui perkara-perkara tertentu. Kesedaran diri dan kejujuran menjadikan anda orang yang boleh dipercayai, dan orang akan berasa selesa bekerja dengan anda.

Apabila anda faham dengan nilai diri anda dan sentiasa rendah diri, ia akan membuatkan orang lain untuk lebih senang untuk bergaul dengan anda. Lagipun tiada siapa yang mahu bekerja dengan orang yang narcicist, sombong.. ughh, cuba bayangkan kalau bekerja dalam team nanti….

3. Meragui Diri Sendiri Akan Mendorong Anda Untuk Melakukan Sesuatu Yang Lebih Baik

Jika anda berasa insecure dengan diri anda tentang sesuatu perkara, Ia sangat possible untuk anda merasakan anda bekerja ditempat yang salah/di syarikat yang salah.

Dengan mengetahui ini dan sedar akan silapnya, ia sedikit sebanyak mendorong anda untuk memperbetulkan keaadaan. Anda mungkin memutuskan untuk meninggalkan kerja yang lama dan pergi kepada kerja yang memberikan anda kepuasan.

Atau anda mungkin juga boleh cuba bercakap dengan bos anda tentang apa yang bermain di fikiran anda. Tanpa meragui dengan diri sendiri atau self-check, anda tidak akan dapat memperbaikikan diri anda.

 4. Meragui Diri Sendiri Dapat Mencipta Perbualan Yang Lebih Jujur dan Ikhlas

Bila anda meragui diri sendiri, ini boleh mencipta perbualan antara anda dan bos anda tentang kerjaya anda, beban kerja ataupun tugas semasa yang anda sedang alami. Mungkin bos anda memberikan tugasan yang terlampau banyak sehinggakan anda berasa cemas (anxiety/panic attack).

Honest conversation between u and your boss mungkin dapat menarik kepercayaan dari bos kepada diri anda. Mungkin nasihat dari seorang majikan dapat meningkatkan keyakinan diri anda dan anda juga akan bergerak maju ke hadapan?

Kadang kala, it is okay untuk meragui diri sendiri dan menerima kelemahan pada diri anda akan membuatkan anda tahu matlamat kerjaya anda. Ingat, jangan biarkan rasa ragu-ragu ini menguasai hidup anda, tetapi gunakannya untuk kelebihan anda.

SUMBER: THEMUSE.COM

Pendapat anda?
Share: