Umum

6 Cara Mudah Menjadi Seorang Ketua Kepada Diri Anda Sendiri

menjadi-seorang-ketua-1

Menjadi seorang ketua? Ia mungkin sebuah perkataan yang besar.

Selalunya apabila kita sebut menjadi ketua ini, orang akan mengambarkan seperti memegang tampuk kerajaan, kena kawal sesebuah industri atau perlu menjadi ikon yang terhormat dikenali di seluruh dunia.

Apabila kita memandang sebuah perkataan ketua itu sebesar itu, anda sendiri akan berasa takut. Kerana anda fikir anda tidak boleh capai sehingga ke tahap itu. Tetapi adakah ia mustahil ? TIDAK.

Tidak kira pekerjaan apa yang sedang anda lakukan, apa yang penting dan dikira adalah bagaimana anda melakukan pekerjaan tersebut. Adakah anda lakukan dengan integriti atau sambil lewa?

Apa yang lebih penting adalah, anda perlu mencari sifat ketua di dalam diri anda sendiri dan pastikan ia hidup di dalam diri anda.

Tips untuk menjadi seorang ketua ini mudah, anda kena “bekerja untuk mendapatkannya”.

Menjadi seorang ketua perlukan usaha anda untuk bekerja mendapatkannya.

Apabila anda sudah melakukan sesuatu, pasti sedikit demi sedikit anda akan melihat sifat menjadi pemimpin ini akan lahir dalam diri anda dan juga anda mampu membuat perbezaan yang positif setiap hari!

1. Menjadi pemimpin yang baik adalah sentiasa memperkasakan orang lain

Walau apa pun tugas anda sekarang, perkara paling baik yang boleh anda lakukan adalah sentiasa  memperkasakan orang lain.

Bagaimana? Jika anda seorang yang pandai menulis, anda boleh sentiasa berkongsi idea dan pengalaman anda kepada mereka yang mungkin masih baru tetapi mempunyai minat yang sama seperti anda.

Itu adalah satu nilai dimana tiada harga yang boleh dinilaikannya.

2. Mampu menjadi pendengar yang baik

Ya, mendengar. Pasang telinga anda dengan memberikan fokus yang sepenuhnya apabila ada rakan sekerja atau sesiapa yang cuba untuk berkomunikasi dengan anda.

Mempunyai kapasiti untuk mendengar dan memahami apa yang orang lain bercakap adalah satu kemahiran. Itu adalah baik untuk diri anda. Perlahan-lahan untuk menjadi pendengar yang terbaik setiap hari.

3. Mampunyai sikap bertolak ansur

Anda mungkin bukan orang yang sentiasa terakhir untuk bercakap dan anda tidak mungkin boleh menang sentiasa di setiap tindakan yang anda cadang atau ingin lakukan.

Anda perlu tahu bila waktunya untuk memberi perkataan setuju atau tidak setuju atau memberikan orang lain peluang untuk membuat keputusan tersebut.

Boleh menjadi fleksible dalam apa jua situasi adalah satu sumbangan, ketahui bahawa anda membuat sesuatu keputusan untuk kebaikan semua orang bukan kerana kepentingan diri sendiri, adalah kunci.

4. Sentiasa ingin belajar dan ingin tahu

Jangan pernah berhenti untuk belajar. Cari sesuatu perkara baru yang ingin anda belajar.

Jack Ma ada beritahu “The best workers in this world is always yourself!”

Ia bukan setakat untuk anda menjadi smart, tetapi untuk anda sentiasa sedar dengan keadaan dan perubahan yang berlaku pada sekeliling anda.

5. Mampu untuk berkomunikasi dengan baik

 Semua leader yang anda di dunia ini mampu menjadi seorang ketua yang baik adalah disebabkan mereka bijak untuk berkomunikasi dengan baik.

Komunikasi juga adalah elemen yang paling penting dalam apa jua hubungan, tidak kira di rumah ataupun di tempat kerja.

Mengetahui teknik dan cara komunikasi yang baik akan membawa anda pergi lebih jauh dalam sesuatu kerjaya.

6. Sentiasa menjadi diri anda sendiri

Menjadi seorang pemimpin yang baik adalah sentiasa menjadi diri anda sendiri.

Anda tidak mungkin boleh membantu orang lain jika anda tidak menjadi diri anda yang sebenar kepada orang yang memerlukan anda ketika itu (diri anda sendiri).

Pastikan sentiasa jadikan diri anda sendiri sebagai TOP PRIORITY dalam kehidupan anda.

Kesemua ini tidak hadir dengan mudah, ia perlukan masa dan seperti yang dikatakan tadi, anda perlu lakukan dan bekerja untuk mendapatkannya.

Tiada siapa di dalam dunia ini sempurna, kita akan bosan jika kita seorang yang sempurna. Ambil sedikit masa untuk mencari sifat pemimpin di dalam diri anda sendiri.

Anda akan lihat perbezaan bagaimana anda melihat dunia dan bagaimana dunia melihat anda.

Pendapat anda?