Kerjaya

Menjadi Diri Sendiri Di Tempat Kerja? Ini 4 Kebaikannya

Pernah tak anda disuruh untuk menjadi diri sendiri di tempat kerja? Lalu anda pun terus membayangkan ketawa anda yang kuat hingga satu office boleh dengar, dan karakter anda yang lain di mana membuat anda terfikir… “boleh ke aku jadi diri sendiri dekat office?”

Tetapi, menjadi diri sendiri di tempat kerja boleh digambarkan dengan pelbagai bentuk. Bukan dengan menjadi selekeh tetapi menjadi diri sendiri dengan cara yang sopan.

Sama ada anda lebih terbuka tentang kehidupan peribadi anda atau terbuka tentang dugaan yang anda lalui. Terdapat 3 pelbagai kebaikan apabila menjadi diri sendiri di tempat kerja.

Menjadi Diri Sendiri Di Tempat Kerja? Ini 4 Kebaikannya:

1. Kejujuran

Di tempat kerja, sangat penting untuk anda jujur dengan diri anda sendiri dan penting untuk orang lain mempercayai supaya mereka dapat memberikan tugas kepada anda.

Jika anda perlu orang lain percayakan anda, anda juga mesti percaya diri anda sendiri. Jadi, bila mereka tahu diri anda yang sebenar, ia akan menjadi lebih senang untuk mereka mempercayai anda untuk handle kerja/projek yang ditugaskan.

2. Menarik Perhatian Bos

Setiap orang mempunyai keunikan diri sendiri. Dengan menjadi diri sendiri, orang di sekeliling anda akan perasan akan keunikan anda.

Ciri-ciri unik yang ada pada diri anda mungkin akan membuat orang lebih senang untuk bekerja dengan anda dan dalam pada masa yang sama mendapat perhatian bos anda.

Apabila bekerja di syarikat yang besar di mana ada ramai pekerja, ia agak susah untuk bos itu mengingat setiap pekerjanya.

Tetapi jika anda dapat menarik perhatiannya dengan keunikan diri anda, itu pun sudah cukup bagus.

3. Mendapat kawan baru

Apabila anda mula bekerja di sesuatu tempat, anda seharusnya menunjukkan diri anda yang sebenar (in a proper way) supaya rakan kerja atau bos anda tidak akan bercelaru dengan karakter anda.

Apabila anda sudah menunjukkan diri anda yang sebenar, anda tidak perlu bersusah payah untuk menjadi orang lain dan menipu diri sendiri.

Rakan sekerja anda akan lebih respect anda jika anda tidak menjadi palsu dan pada masa yang sama anda akan mendapat kawan baru yang senang untuk bekerja dengan anda. 

4. Keyakinan Diri Meningkat

Apabila rakan-rakan kerja anda selesa bekerja dengan anda dan bos juga boleh menerima diri anda, keyakinan diri anda juga akan meningkat.

Bila anda menjadi yakin dengan diri anda sendiri, maka kualiti kerja yang anda hasilkan akan menjadi bagus dan disukai oleh rakan kerja dan bos anda.

Jika anda tidak menjadi diri sendiri, bukankah anda rasa seperti tersepit di antara situasi tersebut?

Ramai di antara pekerja di dunia ini yang takut untuk menjadi diri sendiri. Malah ada yang menjadi begitu pendiam kerana takut untuk terbuka dengan rakan kerja dan juga bos mereka.

Betul, anda tidak perlu menjadi diri sendiri sehingga memalukan diri anda, tetapi apa kata anda sediki demi sedikit tunjukkan diri anda yang sebenar?

Cuma, anda dan rakan sekerja anda perlukan masa untuk menyesuaikan diri masing-masing.

Bekerja bukanlah perlu menjadi serius sepanjang masa. Ada masa untuk bekerja, anda kerja, ada masa untuk anda have fun, anda berseronoklah. Tetapi anda harus ingat… bukan semua orang akan okay dengan perangai kita.

Jangan ubah diri anda untuk diterima oleh masyarakat. Tetapi jadilah diri anda yang sendiri… mana tahu diri anda yang sebenar dapat memberi inspirasi kepada rakan kerja atau bos anda? Siapa tahu?

Sumber: liputan6.com

Pendapat anda?
Share: