Kerjaya

8 Cara Mudah Untuk Meningkatkan Produktiviti Kerja

meningkatkan-produktiviti-kerja

Kajian telah menunjukkan bahawa produktiviti dalam sesuatu kerja amat penting kerana ia boleh meningkatkan lagi kemahiran setiap individu yang bekerja terutamanya bagi mereka yang ingin mengekalkan kedudukan dan mendapatkan kenaikan pangkat.

Terdapat beberapa cara untuk meningkatkan produktiviti kerja iaitu :

1. Jangan tengok handphone terlebih dahulu

Salah satu punca yang boleh melalaikan manusia adalah handphone. Ia sudah menjadi kebiasaan pada semua orang tidak kira umur dan juga pangkat. Kesannya adalah boleh menganggu kerja anda yang mana boleh siap cepat, jadi lambat.

Dari sini kita tahu ia akan memberi kesan untuk meningkatkan produktiviti kerja yang mana kurang dari segi kualiti.

2. Tidur yang cukup

Kita semua tahu bahawa tidur yang tidak cukup mempunyai kesan negatif terhadap prestasi dan produktiviti sesuatu kerja. Kekurangan tidur boleh kurangkan fokus kerja malahan tiada semangat untuk kerja.

Dalam pada masa yang sama pekerja akan sering mengeluh untuk membuat sesuatu kerja.   

3. Datang awal ke tempat kerja

Tiba awal di tempat kerja sebelum semua orang datang adalah salah satu cara boleh meningkatkan lagi produktiviti kerja. Ia juga membantu anda untuk mendapat idea yang fresh di awal pagi anda datang bekerja.

4. Fokus pada satu tugas atau kerja sahaja

Fokus pada satu tugas sahaja membolehkan anda jadi lebih mahir dengan skop pekerjaan anda sendiri. Setiap organisasi memerlukan pekerja yang mempunyai kualiti dalam melakukan setiap skop pekerjaan.

Jadi, fokus amatlah penting bagi setiap pekerja kerana boleh menjimatkan masa dan produktiviti kerja akan terus meningkat malah tangguhan kerja jadi kurang.

5. Elak buat dua kerja dalam suatu masa

Tak semua individu mempunyai kelebihan utuk membuat dua kerja atau lebih dalam satu masa. Jadi, elakkan perkara ini kerana ia akan memberikan tekanan yang tinggi kepada diri anda.

6. Dahulukan kerja mengikut turutan Dateline yang telah anda susun  

Membuat kerja yang mana Dateline lebih awal berbanding kerja yang lain kerana ia memerlukan banyak tenaga dan teknik yang perlu difikirkan sebelum membuatnya.

Jadikan kerja ini sebagai semangat anda untuk jadi lebih baik demi menigkatkan lagi teknik dan produktiviti dalam kerja. Selain itu, jadikan ia sebagai batu loncatan untuk mendapatkan kedudukan yang lebih baik di organisasi.

7. Jadikan kerja yang berat sebagai satu cabaran  

Untuk menyelesaikan projek besar mungkin kelihatan hebat, jadi kan ia salah satu cabaran untuk jadi lebih kreatif dan optimis untuk mengendalikannya. Tetapi kerja akan jadi lebih produktif jika ada semangat bekerjasama antara satu sama lain.

Selain itu, ketua juga memainkan peranan yang penting semasa mengendalikan projek yang besar.

8. Memberi training kepada pekerja

Melalui training yang dianjurkan oleh organisasi, pekerja boleh meningkatkan lagi produktiviti kerja dan meluaskan lagi kemahiran yang sedia ada. Pada masa yang sama dapat memberi manfaat kepada syarikat yang anda bekerja.

Antara contoh-contoh training yang boleh dianjurkan oleh syarikat adalah latihan individu, bengkel, kursus, seminar, dan program mentor mentee.

Secara keseluruhannya, produktiviti membolehkan anda tahu di mana tahap anda berada sama ada sudah cukup bagus atau perlu dibaiki lagi. Selain itu, produktiviti dalam sesuatu kerja amatlah penting kerana ia boleh menilai prestasi syarikat anda dari masa ke semasa.

Akhirnya, dengan produktiviti kerja yang tinggi, pekerja akan mendapat lebih insentif daripada syarikat termasuklah kenaikan gaji, bonus tambahan, insurans yang berkaitan dan sebagainya.

Pendapat anda?

Notice: Undefined variable: logo_output in /home/forge/jobkartel.com/wp-content/plugins/mobile-menu/includes/class-wp-mobile-menu-core.php on line 200
Left Menu Icon