Umum

Menghargai Pekerja, Mampu Meningkatkan Prestasi Syarikat Ke Tahap Yang Tinggi

menghargai-pekerja-mampu-meningkatkan-100-prestasi-syarikat

Setiap individu yang bekerja di sesebuah syarikat mesti suka apabila kerja yang mereka lakukan itu dihargai oleh majikan ataupun rakan sekerja yang lain. Ramai yang salah anggap, hargai seseorang itu hanya berlaku pada tarikh-tarikh yang ditetapkan sahaja.

Ia seolah-olah seperti anda membuat sesuatu kesalahan, tetapi hanya memohon maaf ketika hari raya sahaja. Sama juga seperti menghargai pekerja. Sentiasa berikan penghargaan di setiap pencapaian yang mereka telah lakukan.

Mengikut kajian daripada OC Tanner  mereka mendapati pekerja yang mendapat penghargaan sekurang-kurangnya sekali tahun menunjukkan peningkatan dari segi prestasi berbading mereka yang tidak mendapat apa-apa penghargaan langsung daripada syarikat.

Kenapa Perlu Menghargai Pekerja Anda

1) Meningkatkan Penglibatan Pekerja

Untuk memastikan penglibatan yang baik buat para pekerja, perkara yang paling baik yang boleh dilakukan oleh majikan adalah dengan menghargai kerja mereka.

Apabila kerja yang dilakukan mendapat satu penghargaan, ia akan membuat seseorang pekerja itu akan lebih semangat dalam melakukan kerja dan dapat mewujudkan suasana yang lebih harmoni.

Suasana yang harmoni dapat memberi kesan yang besar dari segi tenaga, usaha dan minat seseorang pekerja itu dalam menyelesaikan tugas yang mereka dapat.

2) Dapat Mengekalkan Bakat

Jika majikan selalu melakukan sikap memberitahu pekerja mereka bahawa dia sangat menghargai seseorang pekerja itu secara personal, ia dapat meningkatkan lagi peluang bahawa pekerja itu akan kekal lama dalam syarikat berkenaan.

Selain daripada dia rasa dihargai, kemungkinan besar dia akan memberitahu rakan-rakan mereka yang lain untuk bekerja disitu. Ini akan membawa tarikan dalam pencarian bakat yang baru menjadi lebih mudah.

3) Tingkatkan Kepercayaan

Kepercayaan adalah antara salah satu faktor yang memainkan peranan yang amat penting  dalam memastikan sesuatu tempat kerja itu menjadi satu tempat yang hebat untuk bekerja. Kepercayaan dalam hubungan di dalam sesebuah syarikat ini besar.

Ia boleh jadi sama ada nilai yang dibawa oleh pekerja konsiten dengan nilai yang cuba dibawa oleh syarikat, perasaan dalam menyerahkan tugas-tugas penting, persepsi kepada motif syarikat dan banyak lagi.

Kepercayaan yang diletakkan kepada barisan pekerja adalah sangat penting kerana mereka merupakan orang yang bertanggunjawab dalam menjana dan mengerakkan syarikat untuk lebih kehadapan.

Bagaimana Cara Untuk Menunjukkan Penghargaan?

1) Mengucapkan Terima Kasih

Ya, ia semudah dengan hanya mengucapkan terima kasih. Ramai yang mengabaikan sikap memberi ucapan terima kasih. Dengan ucapan ini sahaja ia mampu membuatkan pekerja merasakan ia rasa dihargai.

Yang lebih menyeronokkan, teknik ini tidak mengeluarkan apa-apa kos walau 10sen, tetapi ia mampu memberikan kesan yang besar terhadap seseorang sehingga ia boleh menjadi kepada satu pencetus semangat yang besar.

2) Berikan Hadiah

Hadiah ini boleh menjadi pelbagai jenis. Antaranya ia boleh dalam bentuk voucher, pingat, sijil dan sebagainya. Sesetengah syarikat mempunyai board dimana mereka menunjukkan “Pekerja Pilihan Bulanan”.

Perkara seperti ini mampu meningkatkan lagi motivasi pekerja-pekerja untuk melakukan sesuatu tugas itu dengan lebih baik.

Itulah antara peri pentingnya dalam memberikan penghargaan ke atas rakan sekerja ataupun pekerja anda sendiri. Tidak perlu membelanjakan wang ringgit yang terlalu banyak untuk meningkatkan prestasi syarikat. Semuanya bermula dengan menjaga ahli-ahli di dalam syarikat itu sendiri. 

Cara awal yang paling terbaik adalah dengan menghargai diantara satu sama lain ^^

Pendapat anda?