KerjayaUmum

Membina Diri Ke Tahap Kepimpinan Yang Terbaik

membina diri Ke Tahap Kepimpinan Yang Terbaik

Oleh ROSHAN THIRAN

Membuat resolusi untuk tahun baru adalah perkara yang biasa menjelang bulan Januari memandangkan kita semua menganggap tahun baru sebagai titik permulaan.

Pernah dikatakan bahawa manusia adalah mahluk yang bersandarkan pola dan rutin. Kita suka menetapkan sasaran dan gol. Kita selesa dengan rangka masa dan tamat tempoh. Kesemua ini membuat kita seolah-olah mempunyai kawalan terhadap hidup kita ‘seperti mana ia sepatutnya’.

Tetapi kita memang sedar bahawa hidup jarang berlangsung seperti yang kita jangkakan. Ia terbentang detik demi detik.

Jika kita ingin membuat perubahan, kita tidak akan terfikir untuk menunggu dan mengumumkannya sebagai resolusi buat tahun akan datang. Kita akan melakukannya sekarang juga kerana ia adalah masa yang terbaik untuk bermula kembali.

Inilah perkara yang saya mula renungi apabila saya menerima mesej daripada seseorang yang inginkan nasihat mengenai cara untuk ‘menambah baik diri, bukan hanya pada permulaan tahun, tetapi pada bila-bila hari atau bulan yang saya berada.’

Jika anda ingin berubah, berubahlah

Di sini saya ingin kongsikan beberapa tip membina diri sepanjang tahun 2019 dan kemudiannya.

Kisah-kisah kita mungkin ada permulaan, pertengahan dan kesudahan, tetapi hidup kita bagaikan air mengalir — kita boleh memilih untuk mencipta permulaan baru pada bila-bila masa kita mahu.

1. Tentukan siapa yang ANDA mahu menjadi (bukan cadangan orang lain)

Mulakan dengan menyenaraikan sehingga 20 nilai yang anda rasa penting. Beberapa contoh termasuk: berkhidmat; menghormati tradisi; berkembang secara rohani; memberi tumpuan kepada keluarga; membangunkan pengetahuan diri; meningkat tahap kerajinan, menyumbang kepada komuniti; membangunkan penerimaan diri… dan sebagainya.

Sebaik saja anda menyenaraikan 15-20, tandakan 10 yang anda anggap penting. Selepas itu, susunkan lima nilai teratas. Ini akan membantu memberi anda petanda di mana anda patut mula untuk membangunkan diri anda yang terbaik.

2. Fikirkan jenis insan yang anda ingin menjadi dan ikut jejak mereka

Mengikut jejak seseorang bukan bermakna meniru mereka — ia bermakna anda memerhati apa yang dilakukan mereka, kualiti yang dimiliki mereka, dan anda cuba memupuk kualiti yang serupa yang sesuai untuk diri anda.

Mereka ini mungkin dari kalangan anggota famili, kawan, guru, rakan sekerja, dan kenalan. Mereka juga boleh berupa orang ternama yang anda sanjungi.

Pilih seramai lima orang dan tulis tiga perkara bagi setiap seorang:

  • Apa yang anda kagumi tentang mereka?; dan
  • Apa yang anda boleh pelajari daripada mereka; dan
  • Apakah kesalahan yang dibuat mereka, dan wawasan yang anda boleh peroleh daripada pengalaman mereka?

3. Senaraikan kualiti atau kemahiran yang anda miliki yang tidak dimiliki oleh lima orang tersebut.

Jika tiada yang ternyala dalam fikiran, cuba fikirkan kualiti atau kemahiran yang tidak dimiliki mereka tetapi yang anda ingin bangunkan. Tuliskan cara anda boleh mula memupuk kualiti berkenaan.

Ini akan membantu anda membina asas mengikut jejak mereka yang anda kagumi, tetapi juga memberi kelebihan kepada anda — sesuatu yang unik untuk anda — yang anda boleh gunakan untuk mengukuhkan nilai diri dan apa yang anda ingin capai.

4. Apakah yang menghalang anda untuk membina diri?

Akhirnya, apakah yang anda akan lakukan sekiranya tiada apa-apa yang menghalang anda untuk membina diri ke tahap yang lebih tinggi?

Kita semua, pada satu ketika, pernah membuat pertimbangan dan penundaan yang tidak membantu. Kita tahu kita  perlu belajar untuk tambahan sejam sehari, atau pergi ke gim, atau dapatkan pekerjaan itu … tetapi kerana beberapa sebab, ia lebih mudah ditunda.

Apa akan terjadi kepada hidup anda jika, sepanjang minggu atau bulan hadapan, anda membuat komitmen untuk berhenti mengelak daripada apa yang perlu dilakukan? Betapa banyak kemajuan yang anda akan capai? Betapa puasnya anda akan menjadi? Bagaimanakah rasa pencapaian sekiranya anda melakukan apa yang perlu dilakukan, dan sebalik mengelakkannya, membuatnya dengan baik sekali?

Bagaimana sekiranya anda berikhtiar melakukan ini semua dan membuat keputusan untuk menguruskan hala tuju dan takdir anda? A

Terbitan asal: LeaderonomicsBM

Pendapat anda?
Share: