Bisnes

Ingin Membaik Pulih Bisnes Anda? Lakukan 5 Perkara Ini!

Setiap tahun, para usahawan pasti mempunyai azam untuk membaik pulih bisnes yang dilakukan. Mereka juga ingin melihat kemajuan dalam sektor bisnes yang dibina. Takkan lah tak nak tengok bisnes sendiri maju pula kan? Tapi, kejayaan sesuatu bisnes itu bukan lah jatuh bergolek depan mata, para usahawan perlulah melakukan try and error untuk memastikan bahawa bisnes yang mereka jalankan masih releven untuk setiap tahun.

Ini Adalah 5 Cara Untuk Membaik Pulih Bisnes Anda !

1. Cara Berfikir

Ya, ubah cara anda berfikir ke arah dan hala tuju yang lebih baik. Dengan mengubah corak permikiran, ia akan menjadikan anda seorang usahawan yang matang & mampu untuk berfikir secara terbuka dan tidak membuat diri anda untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah.

Cara anda berfikir juga yang menentukan seberapa jauh fikiran anda berkembang. Jadi, anda perlu membaik pulih cara anda berfikir untuk memastikan anda sentiasa positif dan tepat dalam menguruskan hal bisnes.

Seseorang usahawan itu boleh mengubah cara pemikirannya dengan meletakkan diri mereka bersama-sama rakan usahawan yang lain. Apabila mereka berada di dalam kelompok ini, mereka boleh saling bertukar idea dan pendapat tentang hal mengenai bisnes.

 

2. Teknik Dalam Perniagaan

Apabila sudah memasuki tahun baru, apa-apa strategi dan teknik dalam bisnes anda, perlu diubah mengikut peredaran semasa. Ya lah, mesti nak kena tahu sama ada strategi kita masih releven atau tidak. Elak dari menggunakan teknik yang sama bertahun-tahun kerana ia sedikit sebanyak akan membuat pelanggan mulai bosan dengan teknik yang anda gunakan.

Untuk menarik target audience anda, teknik dalam bisnes seperti pemasaran, pengiklanan atau closing jualan (marketing, advertising and closing sales) haruslah ditambah baik dari semasa ke semasa.

Gaya strategi yang anda jalankan dalam bisnes, perlulah dilakukan secara efektif. Gunakan teknik yang berlainan supaya bisnes and dapat tampil lebih fresh dan kreatif untuk melihat sesuatu yang baharu. Perubahan ini mampu menonjolkan bisnes anda lebih dari pesaing.

3. Pengurusan Kewangan

Ya, pengurusan wang sangatlah penting. Cuba anda mendisiplinkan diri untuk merekod apa-apa sahaja transaksi kewangan yang telah dibelanjakan. Apabila adanya rekod ini, anda akan melihat dengan lebih jelas aliran keluar masuk kewangan dalam perniagaan anda.

Kalau sebelum ini anda mungkin tidak nampak kemana aliran wang dan penggunaan duit syarikat, tapi dengan adanya rekod ini anda boleh tahu kegunaan duit berkenaan.

Rekod dan dokumentasi juga perlu dilakukan ke atas semua invois dan yang berkaitan. Ini untuk memastikan pengurusan kewangan bisnes anda kelihatan teratur dan sistematik.

 

4. Pengurusan Stok

Rekodkan stok keluar masuk dalam bisnes anda untuk mendapatkan data yang tepat. Apabila anda mempunyai rekod, anda boleh mengetahui angka sebenar untuk setiap stok yang anda ada. Apabila anda menguruskan stok dengan betul, ia tidak akan menyebabkan stok anda berlebihan atau berkurangan.

Seperti yang kita tahu, produk yang terlebih akan mendatangkan kerugian manakala kekurangan stok di tangan akan menyusahkan apabila pelanggan mahu membeli. Dengan itu, penting untuk stok berada dalam kuantiti yang diperlukan dan sentiasa check stok yang berada di tangan anda.

 

5. Pematuhan Akta dan Undang-Undang

Penting bagi seorang usahawan untuk mematuhi semua peraturan di dalam perniagaan untuk mengelakkan sebarang masalah yang bakal timbul. Di dalam perniagaan, akhlak dan keperibadian mulia haruslah ditunjukkan. Jadi, jangan sesekali melanggar undang-undang yang telah pun ditetapkan.

Di dalam undang-undang, anda sebagai usahawan ataupun pemilik bisnes tersebut perlulah mencarumkan KWSP, SOCSO untuk para pekerja anda. Ini sebagai jaminan kepada mereka kalau sesuatu perkara berlaku pada masa hadapan. Dan ia adalah HAK pekerja yang anda sebagai majikan harus tunaikan. Seterusnya, anda haruslah lakukan pembayaran cukai hasil daripada keuntungan perniagaan anda.

Pengajaran

Jadi, apa yang anda dapat dari artikel ini? Untuk pengetahuan anda,  penting ya untuk membaik pulih bisnes yang anda sedang jalankan. Catatkan setiap tahun berapa keuntungan bisnes yang anda perolehi, kemudian cari cara untuk menambah baik semula bisnes anda. Selamat berjaya, dari team Job Kartel!

 

 

Pendapat anda?
Share: