Aplikasi

Bersihkan Laptop Dari Masalah Serangan Virus Dengan Mudah

Sebut saja pasal laptop pasti tidak lari dengan masalah serangan virus. Terutamanya, virus yang jenis shortcut. Jadi sebagai pengguna yang bijak, anda haruslah tahu cara-cara bagaimana untuk membuang virus shortcut yang menyerang laptop anda.

Rugi lah kalau laptop dah mahal-mahal, tapi cepat rosak akibat sering terkena serangan virus kan? Ish ish ish… Tanda-tanda apabila virus shortcut mula menyerang ialah apabila anda dapati fail-fail penting anda mulai hilang.

Sebenarnya, ia sama sekali tidak hilang. Cuma, fail-fail tersebut telah disembunyikan oleh virus shortcut itu sendiri. Mengikut fakta, hampir 95% virus menyerang pengguna sistem operasi Windows.

Sebenarnya, terdapat banyak lagi jenis ancaman yang boleh menyebabkan keselamatan laptop anda tergugat. Di antaranya ialah seperti virus Trojan, Worm, Backdoor, Malware dan Spyware.

Jadi bagi melindungi laptop anda, admin amat sarankan anda untuk memuat turun aplikasi UiTM V3.1 Shortcut Virus Remover. Apa pula tu? Jom Admin terangkan di bawah.

 

Apa Itu UiTM V3.1 Shortcut Virus Remover?

 

UiTM V3.1 Shortcut Virus Remover ialah sejenis aplikasi untuk mengesan virus shortcut di dalam laptop. Jadi, anda boleh membuang virus shortcut tersebut dengan mudah.

Selain itu, aplikasi ini juga membantu anda untuk keluarkan semula fail-fail yang telah disembunyikan oleh virus shortcut di dalam laptop anda. Seramai 70% pelajar yang telah menggunakan aplikasi ini tanpa ada sebarang masalah.

 

Kelebihan Menggunakan UiTM V3.1 Shortcut Virus Remover

Banyak kelebihan yang anda akan dapat selepas memuat turun aplikasi UiTM V3.1 Shortcut Virus Remover ini. Antaranya ialah:

 

1. Membuang Virus Shortcut

Aplikasi ini dapat mengesan virus shortcut yang berada di dalam laptop anda dengan cepat. Jadi,anda dapat membuang virus-virus tersebut dengan mudah.

 

2. Mengesan Fail Yang Tersembunyi

Aplikasi ini membantu anda untuk mengesan fail-fail yang telah disembunyikan oleh virus shortcut. Dengan aplikasi ini, anda akan dapat keluarkan semula fail-fail yang disangkakan ‘hilang’.

 

3. Mudah Untuk Digunakan

Aplikasi UiTM V3.1 Shortcut Virus Remover ini sangat mudah untuk digunakan. Di samping itu, ianya tidak mengambil masa yang lama untuk mengesan virus shortcut dan fail yang tersembunyi di dalam laptop anda.

 

4. Muat Turun Secara Percuma

Anda tidak perlu untuk keluarkan sebarang bayaran untuk memuat turun aplikasi ini. Kenapa? Sebab aplikasi UiTM V3.1 Shortcut Virus Remover ini boleh di muat turun secara PERCUMA sahaja.

 

5. Mesra Pengguna

Aplikasi ini bukan sahaja berfungsi untuk laptop anda. Tapi, anda juga boleh menggunakan aplikasi ini untuk mengesan virus shortcut dan fail yang tersembunyi di dalam Pendrive serta Hardisk anda.

 

Step-By-Step

1. Klik link dibawah untuk memuat turun aplikasi UiTM V3.1 Shortcut Virus Remover secara percuma.

Download UiTM V3.1 Shortcut Virus Remover 

 

2. Pilih sama ada mahu membuang virus shortcut di laptop atau Pendrive.

 

3. Untuk Pendrive, pilih mana-mana device yang ingin di scan. Tekan scan dan delete semua virus shortcut yang dijumpai.

 

4. Untuk laptop, hanya perlu tekan scan. Kemudian, delete semua virus shortcut yang dijumpai.

 

5. Settle!

 

Admin harap anda dapat memanfaatkan aplikasi ini dengan sebaiknya. Jangan biarkan laptop atau Pendrive anda diserang virus dengan begitu kerap kerana lama-kelamaan ia boleh menyebabkan kerosakan.

Jika masalah laptop anda berlarutan, cepat-cepat bawa laptop anda ke kedai untuk diperiksa. Sayangi laptop anda seperti nyawa anda sendiri okay!

 

Sumber: Info Terengganu Darul Iman

Pendapat anda?
Share: