Aplikasi

Malas Menaip? Jangan Risau, Kini Anda Boleh Guna Voice Typing!

Okay, mesti anda semua pernah lalui masa-masa ‘malas’ nak siapkan tesis, assignment atau kerja kan? Rasa malas nak buka laptop, malas nak menaip, hmm, tipulah kalau tidak pernah. Kena cari idea, buat kajian, then kena taip pulak! Alahai, banyaknya benda yang perlu dilakukan. Lebih-lebih lagi bila anda buat last minit, mahu tak tidur & makan semata-mata nak siapkan tugasan, aduhh!

Malah, semua orang pasti akan rasa bosan kerana melakukan perkara yang sama berulang-ulang kali. Jika anda seorang pelajar, tugas anda pergi ke kelas, tutorial, buat presentation dan assignment. Walaupun anda merupakan seorang pekerja, rutin anda juga tidak banyak berubah dari hari ke hari.

Dengan lambakan kerja mahupun tugasan yang perlu dihantar, anda pastinya akan berasa tertekan untuk menyiapkannya. Ingin mengejar masa tapi dalam masa yang sama ingin kerja yang dihasilkan berkualiti. Lalu, bagaimana kalau anda semua cuba alternatif yang kami nak share ni.

Ya, lepas ni anda semua dah tak perlu menaip lama-lama dah. Anda boleh siapkan kerja dalam masa yang lebih cepat hanya dengan menggunakan suara sahaja. Macam Mana? Dengan voice typing di Google Doc, anda boleh ‘luahkan’ apa sahaja yang hendak ditulis. Jom tengok steps yang admin share dari seorang pengguna Facebook.

1. Create Google Doc

So, seperti biasa boleh create Google Doc untuk start buat kerja atau assignment anda tu. Mesti kebanyakkan pembaca tahu macam mana nak guna Google Doc ni kan especially students sebab senang nak compile assignment. Bagi yang tak tahu pulak, anda just taip je ‘Google Doc’, pilih go to Google doc, log in email anda, klik start a new document (blank) dan taraaaaaa…

Di bahagian untitled document tu boleh la letak tajuk kerja atau assignment anda tu.

2. Select ‘Tool’ Then Klik ‘Voice Typing’

Lepas klik tu, akan jadi keluar macam kat bawah ni.

3. Pilih Bahasa Yang Dikehendaki

After that, anda boleh pilih bahasa yang anda nak gunakan untuk buat tugasan. Contohnya, kalau nak buat assignment menggunakan Bahasa Melayu just klik je bahasa yang bersesuaian.

4. Klik Ikon Microphone

Dah selesai pilih bahasa? Kalau dah, anda terus je klik simbol microphone tu dan cakap apa yang nak ‘ditulis’ dalam tugasan tu. Yayyy dah boleh start! Kalau nak mudah lagi, boleh tengok tutorial dari Maisarah ni.

Via : Maisara Mohd Pauzi

Yang paling menarik, dengan menggunakan voice typing ni, kita boleh minimalkan kesalahan ejaan dan betulkannya dalam masa yang singkat. Lepas ni tak perlu pening-pening nak buat kerja, assignment or tugasan dah, boleh try teknik yang admin share ni. Good luckk!

 

 

 

Pendapat anda?
Share: