Work Life Balance

5 Idea Untuk Bawa Makanan Sihat Ke Pejabat

Pernah terfikir tak nak bawa sendiri bekalan makanan sihat dari rumah ke pejabat? Yela, dari asyik membazir duit beli makanan yang sama setiap hari  makan tengahari. Sekurang-kurangnya anda boleh berjimat dan mengurangkan pembaziran wang.

Selain itu, kesihatan anda juga akan lebih terjaga kerana makanan yang anda bawa dimasak oleh anda sendiri. Boleh lah lepas ini anda jaga berat badan anda pula untuk dapatkan bentuk badan ideal ya. Tapi, pastikan makanan yang anda bawa adalah makanan yang berkhasiat tau, barulah anda sihat dan bertenaga.

Ini Adalah 5 Idea Untuk Bawa Makanan Sihat Yang Menarik Ke Pejabat

1. Sediakan Bahan Masakan Pada Hujung Minggu

Sediakan bahan masakan anda pada hujung minggu supaya anda tidak menjadi kelam-kabut untuk sediakan bekalan anda nanti. Jadi, anda tidak perlu bangun di awal pagi atau berjaga hingga lewat malam semata-mata mahu menyiapkan bekalan setiap hari. 

Admin cadangkan anda untuk menyediakan 5 bekas tupperware untuk menyimpan bahan-bahan basah dan kering. Kenapa 5 bekas tupperware? Admin cadangkan 5 bekas tupperware supaya anda boleh bahagikan setiap satu bekas untuk sehari. 

Tapi, jika anda hanya mempunyai satu bekas tupperware, gunakan saja bekas yang sama dan sediakan bahan-bahan masakan pada malam sebelumnya. Easy!

 

2. Bawa Bahan-Bahan Ke Pejabat

Jika pantri di pejabat anda mempunyai peralatan-peralatan yang secukupnya untuk memasak, bawa saja bahan-bahan masakan ke pejabat. Cara ini juga sesuai dilakukan apabila anda terlambat dan tidak mempunyai masa yang cukup untuk masak di rumah pada waktu pagi.

Tapi, sekiranya anda tidak mahu mengotorkan baju & berbau, bawa saja bahan-bahan kering yang senang untuk disiapkan. Contohnya, menu yang senang dan ringkas untuk disiapkan ialah smoothie. Bahan yang diperlukan untuk membuat smoothie hanya beberapa biji buah yang segar. 

Bahan-bahan untuk membuat smoothie mudah didapati & dibuat. Hidangan ini sesuai untuk dijadikan sebagai alas perut pada waktu tengahari atau pada waktu petang.

Lihat Juga : [ 3 Langkah Mudah Sediakan Air Detox Untuk Dibawa Ke Pejabat ]

 

3. Jadi Kreatif

Jika anda seorang yang kreatif dalam masakan, cuba buat sesuatu yang baru untuk menjadikan makanan anda kelihatan menarik dan sedap untuk dimakan. Manfaatkan bahan-bahan yang ada dirumah dengan campurkan ia dalam masakan anda sebaiknya. 

Admin cadangkan anda untuk tambahkan bahan masakan yang berwarna supaya warnanya akan kelihatan menarik. Contohnya, kalau sup ayam, anda boleh campurkan lobak merah dan brokoli yang berwarna hijau dengan ayam yang telah anda rebus. Wah, sedapnya!

 

4. Sediakan Snek Yang Sihat

Salah satu snek yang senang untuk dimasak ialah popcorn. Tapi, jangan campurkan dengan perasa-perasa yang lain tau kalau mahu kurangkan kuantiti gula dalam makanan. Kunyah-kunyah je popcorn yang tiada perisa dekat pejabat tu dah boleh kenyangkan perut anda buat seketika.

Sekurang-kurangnya anda dapat mengurangkan pengambilan kuantiti makanan pada waktu makan tengahari. Admin sarankan anda untuk sediakan satu bekas besar yang berisi popcorn untuk dibawa ke pejabat. Sambil lakukan kerja boleh lah anda mengunyah sambil cari idea kan.

 

5. Elakkan Keluar Makan Di Luar Pada Waktu Tengahari 

Keluar makan tengahari hanya mendorong anda untuk menghabiskan duit dan makan makanan yang tidak berkhasiat. Setidak-tidaknya apabila anda memasak sendiri makanan anda di rumah, anda tahu bahan apa yang anda gunakan untuk memasak.

Anda sendiri yang akan mengetahui sejauh mana tahap kebersihan makanan yang anda sediakan. Di samping itu, anda boleh gunakan duit tersebut untuk keluar meluangkan masa bersama rakan-rakan atau membeli barang keperluan anda.

 

Amalkan pemakanan yang sihat supaya badan anda terhindar dari sebarang penyakit yang tidak diingini. Menyediakan bekalan makanan sendiri sebenarnya amat menyeronokkan kerana pada waktu inilah anda boleh memperbaiki dan meningkatkan kemahiran memasak anda. Selamat mencuba!

Sumber : entitymag.com

Pendapat anda?
Share: